Thursday, 1 June 2017

Resolusi Ramadhan 2017 #3 dan Telur Masin

Resolusi Ramadhan yang ke-3 tahun ni ialah - EATING IN. Nak makan kat rumah,aku masak! Tapi ada jugaklah hari-hari tertentu yang aku dah plan nak berbuka di luar.

Alhamdulillah, selama berpuasa ni hari-hari aku masak. Even hanya lauk yang simple pun, kira ok lah, at least masak dengan air tangan sendiri dengan penuh kasih sayang. Bulan puasa ni balik awal, so sempatlah masak.

Disebabkan niat nak masak tu berkobar-kobar, jadinya aku pun buatlah list - My Ramadhan Menu,hajatnya untuk memudahkan kerja aku supaya tak perlu nak fikir nak masak apa hari - hari.


List Menu ni aku type kat handphone jer.
Dan hari ke-12 tu tak nak masak sebab nak makan laksa,beli kat pasar Ramadhan.

Tapi sehingga ke hari ni, List tu ke laut! Langsung aku tak ikut pun , cuma hari first tu je la aku ikut - nasi Goreng. Hari-hari lain, aku masak je apa yang terlintas dalam fikiran aku. Kekonon macam smart sangatlah buat #listramadhan tapi hampeehhh!!

Tapi walaupun tak ikut, aku masih lagi masak hari-hari dengan penuh kasih sayang.. Gitteeewww.. Perkataan KASIH-SAYANG tu kene highlight in case my suami baca entry ni....khakhakha

Semalam aku masak tomyam pekat kaw -kaw + ayam masak merah + sayur + telur masin + ikan pekasam. Pastu en.suami request nak makan tomyam putih kaw plak lepas ni. Ok yang, nanti i buatkan (isteri mithali - isteri menurut perintah)....

And, disebabkan aku nak masak hari-hari masa Ramadhan tahun ni ,so aku letakan "pemangkin semangat" iaitu TELUR MASIN... Sepanjang Ramadhan tahun ni, aku nak makan telur masin yang dimasak sendiri,so barulah semangat aku nak masak tu BERKOBAR-KOBAR sikit....giteeewww..

Kalau korang nak tahu, aku tak pernah masak telur masin sendiri ya kat rumah, biasanya makan kat kedai je telur masin, or tapau dari kedai. So, kira inilah percubaab pertama untuk masak sendiri telur tu. And sebelum Ramadhan lagi aku dah cakap kat en.suami untuk belikan telur masin.


Alhamdulillah.Berjaya beli.
Kalau kat Bazaar Ramadhan, sebiji telur masin yang dah siap dimasak ni harganya RM2 sebiji. Kalau beli yang mentah hanya RM 1 sebiji..

Then, semalam pertama kali aku masak telur masin tu. Dan inilah hasilnya πŸ‘‡


Nampak sangat tak berseni dan tak pernah masak telur masin.. Tapi takpe, masih ada lagi 24 hari untuk perbaiki....πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Sekian... Itulah cerita aku & telur masin....

23 comments:

  1. hye la telur asin nmpk tempting sgt buln2 pose. 1 thing i like about it is the way it look ofkos nmpk lembik2 msti nyaman dimakan

    ReplyDelete
  2. Akak rebus terus ke telur masin tu..? Mak kita ajar masak telur masin sambil tanak nasik.. Basuh bersih arang dia, then before tanak nasik tu, letak telur masin.. Nanti dia akan masak sekali telur and nasik tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mcm tu ka anes. Thanks aite for the info..

      Delete
  3. Saya pernah buat mcm ni! Hahha. tapi sebab geram kat diri senang sangat belanja duit. Buat utk seminggu so boleh plan ahead kalau tak nanti pening taktaw masak apa senang je pergi beli. Baru perasan, saya pon tak pernah masak telur masin. Jarang sangat makan telur masin kat rumah. Setahun boleh kira berapa kali.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Sama la kita nurul. Hehe

      Delete
    2. Sebelum ni tak ada hati pun nak masak telur masin

      Delete
  4. TELUR MASIN BIASA MKN NASI PANAS MASA SAHUR SEDAP TU..DP BERI ALAMAT DP KAT EMEL KAK YA..
    paridah.ishak@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sedap dimakan dengan nasi... Ok akak,nanti saya emelkan kat akak

      Delete
  5. Murah harga telur masin tu..
    Kat sini jual rm2 sebiji belum masak...
    Mrs pip suka mkn campur bubur nasi ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana, semua barang naik harga sekali ganda kan? Saya pun suka gak makan dgn nasi ayam tu mrs pip

      Delete
  6. hihi, IQ pun tak pernah masak telur masin, tak reti...lagipn IQ tak makan telur masin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak makan, tak yah la masak iq.. Bte, selamat berpuasa iq

      Delete
  7. Antara semua menu tu, nasi ikan singgang la yang buatkan saya meleleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss.. Ikan singgang sangat sedaaapp walaupun sgt senang nak masak..

      Delete
  8. paling suka masakan kat rumah. tp kadang tak sempat T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan kat umah jimat & dijamin kebersihan. Tapi kalau tak sempat, beli je lah, janji perut kenyang nadhie. Saya pun selalu gak beli makanan kat luar masa sebelum bulan puasa

      Delete
  9. sedap makan telur masin ni...tambah lagi kalau waktu sahur

    ReplyDelete
  10. Hehehe..list bukan main eh . takpe tak ikut pun takpe yang penting masakkk sendiri lebih jimat dan bersih .. kat rumah ni tak boleh buat telur asin nanti yg konker syakirah sorg je walaupun telur tu 3 biji T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa.. List tu poyo je izwa.. .. Tapi yg penting masak - jimat minyak keret nak cari parking.. Hihihi

      Delete
  11. kalau sy mmg sah tak payah list bagai...mesti hancur hehe

    ReplyDelete
  12. telur asin, dap nyer!
    aida memang tiap ari masak.
    tapi xde list.
    sebab tau dah, kalau ada list mesti ke laut jugak list tu :)

    ReplyDelete