Wednesday, 17 May 2017

Bila Badan Anak Naik Ruam Panas

First of all, nak mintak maaf sebab skrang tak sempat nak blogwalking dek kerna load kerja yang sangat memerlukan perhatian ketika ini. Tapi aku hargai sangat-sangat komen-komen korang.. Nanti bila aku dah free sikit, aku cuba blogwalking ke rumah korang k... Terima kasih tau korang selalu baca entry-entry aku...


************************

Last week, FL demam. Mungkin musim demam kot sekarang.. Pastu, selang beberapa hari, seluruh badan dia naik ruam merah - merah.. Mula-mula tak gatal, tapi esokkan harinya dia dah start gatal-gatal dan mula rasa tak selesa, pastu kadang-kadang rasa pedih. So asyik menangis la bila rasa pedih tu datang & setiap masa duk menggaru je.. 

Aku & daddy dia dah risau, takut kena chicken pox, so kami bawak dia ke klinik pakar kanak-kanak, tapi hati Ahad klinik tutup.. Sobb.. Sobb.. Sob.. So, terpaksa bawak ke klinik biasa. Pilihan kami - Klinik As-Salam kat Seksyen 7, Bangi.. So far, kami berpuas hati lah menerima rawatan kat situ sebab klinik tu 24 jam, kami pernah ke klinik jam 3 pagi, masa ada emergency, plus suasana klinik pun selesa.

Then, lepas jumpa Doktor, Dr kata tu ruam panas, bukan chicken pox.Alhamdulillah. So, Dr bagi lotion CALAMINE. 




Lepas 2-4 hari, ruam tu hilang sikit demi sikit.. But, kulit FL jadi kasar. Aku tahu itu salah satu kesan sebab ECZEMA. So, kami pun sapu AQUA CREAM yang memang sentiasa tersedia di rumah. Alhamdulillah,setelah 2 -3 hari, kulit FL dah kembali normal seperti sedia kala.



Alhamdulillah... Syukran... 

13 comments:

  1. sama macam anak IQ. bila demam panas hari tu kena ruam teruk sangat, lepas tu naik chicken pox. huhu...budak eczema jugak. letak aquas cream tu bru ok. skrg ruam lagi...so, mencari aquas cream la lagi jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owwh anak IQ pun ada eczema jugak erk.. huhuhu.. samalah ngan anak kita... tu lah saya risau sangat hari tu takut FL naik chicken pox, sebab ruam tu kira macam simpton chicken pox jugak kan..

      Delete
    2. haish, banyak kena belajar pasal anak dengan kalian berdua ni.

      Delete
    3. Saya tak hebat sangat pasal parenting nisa, ramai blogger2 lain yang lebih hebat dalam ilmu parenting, so nisa kene menuntut ilmu dengan orang yg lebih berpengalaman dalam parenting ni..

      Delete
  2. SYUKUR ALHAMDULILLAH FL SUDAH SEMBUH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah akak, kalau tak, risau je saya dibuatnya

      Delete
  3. Alhamdulillah dah sembuh. Susah nk jaga kulit baby eczema ni, anak buah saya jadi sorang... kena berhati2 selalu, kadang2 ubat pun tak sesuai dengan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul may.. Orang eczema ni sensitif sikit, kena sentiasa monitor

      Delete
    2. Nak bagi ubat pun kena cari yang sesuai dengan kulit dia & yang disarankan oleh doktor

      Delete
  4. Kesiannya... Alhamdulillah kalau dah okey. Calamine lotion memang elok untuk seisi keluarga dalam rumah ni especially opah, ada je stok mama beli kat farmasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah! Opah fairuz pun guna calamine lotion ya... Good. Good

      Delete
  5. ecad pun kalau demam akan naik merah merah satu badan.. tapi tak gatal laa sebab takde nampak die garu-garu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oowh ye ke e'in. FL ni first time naik merah2 mcm ni

      Delete