Friday, 21 April 2017

New Zealand 2017 | Our Accomodation in Rotorua

Ini adalah penginapan kitaorang di Bandar Rotorua. Kitaorang stay kat sini 2 malam. Kitaorang book rumah ni melalui airbnb.com dengan harga RM 1310 semalam. Rumah ni ada 5 bilik tidur, 1 bilik air, ada wifi, ada kitchen, ada tv & ada mesin basuh. Selesa sangatlah duduk sini sebab dekat nak pergi mana-mana. Ownernya pun friendly dan sangat baik. 

Persekitaran kat sini sangat nyaman tapi rumah ni bergegar sikit bila ada lori lalu kat main road depan rumah ni. And ada bau sulfur la kat sini sebab Rotorua ni spot GEYSER yang utama di NZ ni seperti yang aku pernah cerita sebelum ni. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Ni post box rumah ni. 
FYI, aku sangat suka ambik gambar post box bila travel mana-mana sebab bagi aku post box setiap tempat adalah berbeza. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
Ini fasad hadapan rumah ini. 
Pintu masuk yang bawah tu ilah bilik tidur.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Rumah ni menghadap jalan utama, sebab tu terasa gegaran bila lori lalu jalan ni.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Rumah ni ada washing machine, so senang lah nak cuci baju

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Ini bahagian belakang rumah a.k.a dapur. kitaorang suka design rumah ni, sebab simple & nampak macam ada ala-ala kampung sikit design dia. Kitaorang cadang nak design rumah kitaorang nanti style macam ni

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Ini rumah jiran belakang rumah

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Ini kitchen. Ada dapur elektrik, ada peti ais, ada microwave, ada toaster,  ada pinggan mangkuk yang mencukupi, sabun & span basuh pinggan pun disediakan. Vakume pun ada disediakan. Lepas guna semua peralatan tu, kena kemas balik seperti keadaan masa kita sampai sini, kalau tak nanti kena denda.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Ini dining table kat luar rumah ni, tapi kitaorang makan kat dalam jer sebab kat luar sejuk.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Ini living room

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
 Ini dining table dalam rumah

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html
Ini koridor ke bilik-bilik tido, terdapat 3 bilik tido disini , satu lagi bilik dibawah - so kena turun tangga nak kesitu.

Keseluruhannya, kitaorang sangat berpuas hati dengan rumah ni, sampai sekarang pun kitaorang masih lagi cakap 'rumah kat rotorua, rumah kat rotorua'. Kitaorang suka rumah ni sebab konsep dia sangat simple & selesa. 

Aku harap, korang tak bosan baca review aku ni.
Hingga kita berjumpa lagi untuk cerita NZ yang seterusnya. Till then, thank you for reading.

16 comments:

  1. Aissshhhh.. dalam banyak2 tempat... NZ & Ausie belom sempat singgah... harap boleh dimasukkan dalam bucket list famili setahun dua ni.. anyways thanks for this useful info... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much irsah sebab sudi baca my travelog...

      Delete
  2. simple ja tapi mmg nampak selesa...selalunya rumah kat airbnb mmg best-best kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sally. Tapi nak book kat airbnb ni mcm complicated skit, website dia tak friendly mcm bookin.com

      Delete
  3. RUMAH YG SIMPLE TAPI LENGKAP KEPERLUANNYA OK SGTLH TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah akak. Walaupun simple tapi semua kemudahan ada n kitaorang pun suka duduk sini

      Delete
  4. Saya guna hp samsung model lama ni. Too small so tak berapa nampak gambar dalam letterbox tu. Is it tupai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tupai??? Tak lah en. Adam, it just a newspaper..

      Delete
    2. Mungkin bayang2 tu kot en. Adam nampak macam tupai. Hehe

      Delete
  5. Walaupun classic tapi not bad la dalam dia kak. cantik juga hehe.
    Memang design rumah bilik dekat bawah ke? tak pelik eh? kalau orang nak rompak ke apa senang ja.
    Lepastu kalau ada snow tak boleh buka la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu syed.. Tapi kadar jenayah d nz ni skit or maybe langsung tak ada jenayah Kat sini.. Tapi mcm pelik la jugak bila bilik kat bawah, kalau Kat Malaysia, maybe bilik tu sesuai dijadikan living room untuk guest datang

      Delete
  6. Hipsturr sangat postbox tu. Sukesuke!
    Suka jugak dekat area dining table tu. Mesti best kalau makan sambil menikmati cuaca? Kalau tak sejuk sangatlaa semestinya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak hipster kan Ana.. Yes, Kalau tak sejuk OK sangat duduk kat luar tu..

      Delete
  7. Tengok bahagian luar di belakang, nampak macam rumah kampung. Tapi bila tengok gambar di dalam, moden dan cantik tersusun 😍 Memula ingat post box tu rumah burung 🐦 Rupanya... tapi smart 😄

    ReplyDelete
  8. KIRIMAN DP SUDAH KAK TERIMA TKSH BNYK HADIAHNYA

    ReplyDelete