Wednesday, 8 March 2017

Travel Guide : 5 Info Penting Yang Perlu Diketahui Sebelum Travel

Ini adalah info-info penting yang aku search sebelum pergi travel & semua info-info ni aku akan catatkan dalam my traveler notebook yang aku akan sediakan setiap kali pergi travel.



1. Keperluan Visa
Yang ini memang penting sekali. Takut nanti, kalau tak buat VISA tak dapat pulak masuk negara tu. So, lepas beli tiket flight tu,buat research negara tersebut perlukan Visa atau tak untuk Pemegang Passport Malaysia. Ada banyak negara yang tak perlukan Visa untuk masuk kesana, contoh macam Europe, Korea, Japan, New Zealand,& semua negara South East Asia. Tapi banyak jugak negara yang perlukan Visa, contoh macam Australia, USA, China, India dan banyak lagi.. Ada negara yang senang je nak buat (tak banyak songeh), tapi ada negara yang sangat susah & perlukan macam-macam dokumen , contoh macam Amerika.. So, better buat Visa ni awal-awal, takut proses tu dragging..


2. Cuaca / Weather
Ini penting untuk pastikan jenis pakaian yang peru dibawa ke sana. Kalau masa tu musim Winter so terpaksa la bawak banyak baju sejuk & thermal wear. But dont rely on the season itself. Sebab suhu di sesebuah tempat tak sama dengan tempat lain walaupun musim sama. Kena check berapa suhu/temperature tempat tu exactly. Sebab lagi sejuk tempat tu (sampai mencecah negative celcius) so perlu bawak extra clothing..

3. Waktu Solat
Yang ini penting untuk musafir yang beragama Islam sebab setiap tempat tu berlainan waktu solat kan.... (yang ini semua orang tahu).. Ada tempat , subuh masuk kul 4 pagi.. kalau korang pergi ke Kutub Utara / Kutub Selatan, - please refer to Ustaz for more confirmation. 



4. Halal Food
Kalau pergi negara Islam macam Turki or Jeddah , merata tempat ada makanan halal. So tak perlu susah-susah. Yang menjadi susah nya kalau pergi ke negara bukan Islam.. So, better sebelum depart, list kan dulu restoren-restoren Halal yang terdapat disana, kalau boleh catat sekali koordinat tempat tu. Nanti senang korang nak mencari, tak adalah sesat.

 Korang search jer kat Zabihah.Com - lengkap list kedai HALAL di serata dunia.


5.Lokasi Masjid
Yang ini tak berapa nak penting, sebab korang boleh solat je kat mana-mana. Tapi yang penting untuk tahu lokasi masjid ni ialah sebab kat sekitar masjid confirm ada restoren / kedai makan halal. Korang jalan jer sekitar masjid tu, confirm mesti jumpa. Tak pun, tanya je kat orang yang datang solat situ kat mana kedai Halal.

Ni Experience aku masa pergi Sydney, tak ada kedai halal kat area Masjid tu. Kebetulan ada sorang driver teksi ni datang solat situ dia pun bagitau kat mana restoren halal tapi macam susah jer nak jalan kaki dari masjid, so dia bawak kitaorang (aku & my hubby, masa tu tak ada anak lagi) naik kereta dia tanpa sesen pun bayaran pergi kedai halal tu. So tips ya, jangan malu jangan segan untuk bertanya, nanti sesat jalan. hehehe


Sekarang ni zaman teknologi, so confirm info ni semua dah ada dalam smart phone korang, just DOWNLOAD APPS je.. Tapi aku ni jenis old skool, nak gak tulis dalam buku baru rasa puas... Kot-kot nanti kat sana handphone aku habis bateri ker, terlupa nak bawak adapter ke etc..etc..  So ada la Plan B in case terjadi apa-apa.

P/S : Download sekali Apps Arah Kiblat. Senang nanti korang nak solat kat mana-mana. Aku dulu sebelum ada smart phone ni, bawak kompas pergi mana-mana.. ceeeettttt (memang sangat-sangat old skool).

Hopefully info ni dapat membantu sikit sebanyak korang yang nak gi travel... 

Last but not least, thank you for reading....

13 comments:

  1. Thanks for the sharing! nanti kalau saya nak pergi travel mana-mana saya boleh refer ni. memang cuaca main peranan yang penting. Sebab takut kita tak dapat adapt dengan cuaca tu and takda preparation kan. Lepastu kalau nak pergi pulau ke apa, kalau pergi musim yang tak elok sia-sia ja nanti duduk dalam rumah jela jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome syed... tu la nak pegi mana2 even dalam malaysia pun kene tengok cuaca dulu kalau tak nanti takut journey tak smooth... kalau musim tengkujuh tak sesuai pergi pulau, naik gunung & air terjun..

      Delete
  2. Thank youuuu... Saya teringin sangat nak selalu selalu pergi travel. Dah banyak juga yang ditanda dalam map, macam wishlist lah hehe.. Tapi tu lah, kot mana pun fulusnyaaa mesti ada. Thanks again for sharing such an informative entry! 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan duit fairuz, InshaAllah nanti dapat pergi

      Delete
  3. info menarik....boleh guna utk tavel nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully membantu serba sikit lokman

      Delete
  4. Jangan segan untuk bertanya. Hihi. Itu paling penting kalau travel kan. Agar tak sesat jalan. Good info DS :)

    ReplyDelete
  5. info yg sngt bguna utk sy & semua 😉 yg pntg sy x mau travel time winter ⛄ sebab x tahan sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah Nour, kita geng ...

      Delete
    2. Good sharing DP....
      Tak tau bila la nak fly lagi...
      Yang bab makan halal tu mmg wajib utk kita ambil tahu...
      Susah kan kalau nak makan tapi tak yakin ianya halal...
      Cheers..

      Delete
  6. bagus info nie, detail :D
    boleh rujuk kalau nak pergi travel luar negara suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  7. Good info! Sama jugak macam DP, agak old skool la suka catat instead of guna phone.. hahah.

    ReplyDelete