Wednesday, 11 January 2017

Wean-Off from Mummy's Milk


FL dah wean off from breastfeeding sejak umur dia 2 tahun hari tu. Sekarang umur dia dah 2 tahun 5 bulan. (Sorry tak sempat nak blog). Kalau korang nak tahu pasal breastfeding journey aku, boleh baca kat SINI.



Agak payah nak wean off sebenarnya. Almaklumlah dah 2 tahun kan asyik berkempeng duk bawah ketiak mak jer. Macam-macam drama keluar.. Sampai aku rasa boleh buat drama Akasia TV3 tu.



Aku rasa better aku cerita kronologi perjalanan untuk wean-off ni la k, supaya korang tahu kisahnya dari awal.

1.  Firstly, masa umur FL setahun aku dah start bagi dia formula milk sebab susu badan aku dah berkurang dan tak cukup nak menampung permintaan dia yang sangat tinggi. FL ni kuat minum susu tapi badan kurus, berat tak naik-naik. Atas sebab berat tak naik jugakla, doktor suggest aku bagi formula milk sebab dah setahun kan. Dan susu yang disyorkan oleh doktor ialah Pediasure sebab Pediasure ni tinggi kandungan kalori dan ada mineral yang lengkap, contohnya macam karbohidrat, lemak, kalsium dan lain-lain. So, aku pun bagi la susu Pediasure tu dan Alhamdulillah nampaklah kesannya - FL dah start naik berat badan walaupun peningkatannya sangat sikit. Tapi dia sangat aktif.


http://4.bp.blogspot.com/-MQ-nJeW88Q0/VSqqjjGj_uI/AAAAAAAAA4A/h3i8108xQzk/s1600/CYMERA_20150413_002156.jpg

Sebulan FL habiskan 3.2 kg susu perisa Vanila ni


2.  FL minum susu Pediasure tu siang jer masa aku tak ada. Bila malam atau hari cuti, dia direct feeding la ngan mummy. Fasa ni bermula dari umur dia setahun sampai la umur 2 tahun.

 3. Lagi 2-3 bulan FL nak masuk umur 2 tahun, aku dah start 'cakap-cakap' ngan dia yang  dia    dah tak boleh minum susu mummy lagi bila dia dah umur 2 tahun sebab dia dah besar. And her reaction - "No mummy! I still want your milk (dalam longhat kepelatan dia)". And I just smile….

4.   Then, masa tepat-tepat birthday dia 2 tahun which was June 11th, 2016. My husband cakap kat FL - " OK! No more mummy's milk, u are already 2 years old". And her reaction was still the same - "NO! NO! NO!"

5. And she kept minum susu mummy sampailah seminggu lepas tu….



6.  And slowly, aku start delay untuk bagi susu badan kat dia… Kalau malam-malam dia mintak, macam-macam alasan aku bagi, mummy nak mandi jap lah, mummy nak minum air lah, aku suruh dia tengok TV dulu la.. Tapi kami bagi dia minum susu botol la. Dia ok jer tak nangis pun.. Pastu dia tertidur sendiri dengan ayah dia..



 7. Untuk seminggu pertama, bila tengah-tengah malam dia bangun tidur nak susu, aku bagi lagi macam biasa.

8.  But, after that, bila tengah-tengah malam dia bangun tido cari susu, aku dah start tak bagi. Masa ni Tuhan jer yang tahu perasaan aku, macam mana seorang ibu terpaksa melihat anak dia menangis meraung. Aku perlu tabahkan diri, aku perlu kuat tapi kadang-kadang aku pun terbabas jugak. Hati ibu mana yang tak kesian bila tengok si anak menangis-menangis nak susu. And my husband said - " u have to be bold, be strong! This is just for a while"..

 9.   Then bila drama ni start bersiaran, masa siang hari aku duk sibuk tanya pakcik google pasal wean-off ni - adakah cara aku ni betul? Betul ke keputusan aku ni?. Dalam sebak dan hati duk merintih, aku baca satu-satu artikel. And 1 artikel yang aku jumpa (english article) yang telah buat aku terkesan ialah - kata-kata dalam artikel tu cakap "breast feeding is not the end of mommy-child's bonding, breast feeding is just the beginning of life. After weaning off, mummy and child will have a strong relationship that would be tie tightly till the kids growing up being an adult". Baca jer ayat ni, aku terus jadi bersemangat dan hati kental untuk meneruskan misi wean-off ni.

10. It was not easy OK!... Banyak la episod drama air mata bersiaran. And last skali yang jadi penyelamat ialah en.suami. Masa process ni (and up untill now), my husband don’t have his sweet dream all night long. Dia yang akan berjaga bila FL menangis tengah-tengah malam, and aku pulak tido dengan lena… haahahahhahhaa (bad wife). Sebabnya, masa siang aku dah penat uruskan FL, so bila malam en.suami la pulak ambik turn tu. 

 Pediasure selalu bagi free gift - barang mainan. 
So, jimatla duit daddy dari membeli toys sebab banyak dapat toys free from Pediasure.

11.   Masa process nak wean -off ni, banyak la cara aku cuba. Mula-mula, pujuk dengan kata-kata manis, aku cakap dia - "mummy akan tetap sayangkan Leena sampai bila-bila. Leena anak mummy yang solehah, yang baik, good girl, clever girl, mummy sayaaaaang Leena sangat-sangat walaupun Leena dah tak minum susu mummy lagi" -TAK JALAN!. 

Pastu, aku letak asam jawa kat boobs - TAK JALAN!. Pastu, aku letak jus limau nipis kat boobs - TAK JALAN!. Then, lastly, aku letak ubat gigi - yang ni baru ada kesan. Sampai sakit la jugak boobs aku terkena ngan ubat gigi sepanjang malam, sampai crack, then terpaksa pulak pakai nipple cream Medela. 

12.  Lepas letak ubat gigi tu, Alhamdulillah FL dah tak nak minum susu mummy lagi, but dia ambik masa jugak la dalam 3-4 hari macam tu. 
 
13. Then, lepas tu barulah berjaya. Skrang umur FL dah 2 tahun 6 bulan. Pagi petang siang malam dia akan minum susu Pedisure jer (of course solid food makan jugak). Sebulan dalam 3.2 kg dia minum. So en.suami kena beli 2 tin besar tu setiap bulan. And just recently, dia dah tak pakai pampers masa siang, malam masa tido jer pakai pampers. She has been growing up being a kid... huwwaaaaaa.. Time flies really fast..  Nanti aku crite plak macam mana process diapers-free tu k.. 

 Dah besar dah... dah tak minum susu mummy lagi..

3 comments:

  1. Awh... such a big girl already! Although tak kenal in person tapi reading about her I dah mula sayang lak. Kentalnya nak wean off...

    ReplyDelete
  2. Btw DP, letak macam-macam including ubat gigi tu kelakar okay 😂

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Drama juga kan nak wean off. Teringat adam terpaksa wean off sebab baru keguguran. Skrg dia tgok umar menyusu, dia acting nak bf juga tapi geli hahaha dia cepat2 lap mulut. Hahahaa. Adam pun dah 3 bulan potty training. Malam je belum kuat nak teruskan. Hahaha leena good girl. Dah besar pun..

    ReplyDelete