Tuesday, 23 May 2017

#Wishlist - Novel Suamiku Si Mata Biru

Aku ni kaki novel. Tapi dalam keadaan skrang aku tak berkesempatan lagi nak baca novel. So, aku pasang niat nak letak dalam #wishlist dulu novel-novel yang menjadi pujaan aku. Perhaps, lepas aku dah submit thesis ni, bolehlah aku baca novel ni untuk meraikan diri sendiri.

Lately, aku duk tengok kakak angkat aku duk upload Novel Suamiku Si Mata Biru ni karya Evelyn Rose kat IG dia hari-hari. Kalau dah hari-hari duk upload di IG, mestilah best kan. And from her personal review dia cakap novel ni memang best sangat, mungkin dari kisah sebenar si Evelyn Rose ni yang diadaptasi menjadi cerita novel.

 
Tapi katanya, Novel 13 Jam A380 hasil karya garapan dari penulis yang sama juga lagi BEST, lagi best dari cerita Weding Breaker (Novel drama Ariana Rose).



Kalau kakak angkat aku tu cakap Best, memang best la maknyanya. Aku percaya kat dia sebab dia pun kaki novel macam aku since dari zaman sekolah.

So, lepas aku submit thesis aku beberpaa bulan lagi, confirm aku nak gi MPH cari novel-novel Evelyn Rose ni...

Sunday, 21 May 2017

Master & Ph.D Talk :: 5 Tips to Prepare for Viva

Skrang ni aku tengah pulun untuk siapkan thesis untuk disubmit ke Graduate School. Setiap kali aku menulis, kepala aku asyik fikir pasal Viva jer. Fyi, viva is a final oral examination for postgrad student. Aku takut sangat nak mengahadapi Viva nanti. Dalam kepala, asyik duk fikir - betul ke apa yang aku tulis ni, macam mana nanti kalau examiner tanya itu, tanya ini, tanya  pasal A, tanya pasal B, tanya pasal xyz..aduuusss.. mati aku nak jawab..

So, aku pun ambik inisiatif untuk attend workshop pasal "Viva Preparation" yang dianjurkan oleh pihak Universiti untuk meredakan sikit kegusaran hati aku ni. Alhamdulillah, universiti tempat aku belajar ni, namely UPM sangat membantu dalam menyediakan kemudahan  dan workshop-workshop untuk student postgrad. 

Lecture pasal Viva tu diberi oleh seorang profesor dari UPM ni. Best lah talk dia & sangat infomatif. Lepas habis workshop tu, akudah boleh agaklah apa yang akan berlaku pada hari Viva nanti & bolehlah prepare apa yang patut. 

So, based on apa yang disampaikan oleh Prof masa lecture tu, aku share kan 5 TIPS ni - 5 Tips to Prepare for Viva for Master and Ph.D Candidate. Tips ni buat peringatan diri sendiri untuk menghadapi VIVA kelak.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/5-tips-to-prepare-for-viva-phd.html


Semoga Tips ni dapat membantu korang jugak untuk menghadapi VIVA nanti. 
Doakan aku berjaya ya... Thank in advance u all.


Wednesday, 17 May 2017

Bila Badan Anak Naik Ruam Panas

First of all, nak mintak maaf sebab skrang tak sempat nak blogwalking dek kerna load kerja yang sangat memerlukan perhatian ketika ini. Tapi aku hargai sangat-sangat komen-komen korang.. Nanti bila aku dah free sikit, aku cuba blogwalking ke rumah korang k... Terima kasih tau korang selalu baca entry-entry aku...


************************

Last week, FL demam. Mungkin musim demam kot sekarang.. Pastu, selang beberapa hari, seluruh badan dia naik ruam merah - merah.. Mula-mula tak gatal, tapi esokkan harinya dia dah start gatal-gatal dan mula rasa tak selesa, pastu kadang-kadang rasa pedih. So asyik menangis la bila rasa pedih tu datang & setiap masa duk menggaru je.. 

Aku & daddy dia dah risau, takut kena chicken pox, so kami bawak dia ke klinik pakar kanak-kanak, tapi hati Ahad klinik tutup.. Sobb.. Sobb.. Sob.. So, terpaksa bawak ke klinik biasa. Pilihan kami - Klinik As-Salam kat Seksyen 7, Bangi.. So far, kami berpuas hati lah menerima rawatan kat situ sebab klinik tu 24 jam, kami pernah ke klinik jam 3 pagi, masa ada emergency, plus suasana klinik pun selesa.

Then, lepas jumpa Doktor, Dr kata tu ruam panas, bukan chicken pox.Alhamdulillah. So, Dr bagi lotion CALAMINE. 




Lepas 2-4 hari, ruam tu hilang sikit demi sikit.. But, kulit FL jadi kasar. Aku tahu itu salah satu kesan sebab ECZEMA. So, kami pun sapu AQUA CREAM yang memang sentiasa tersedia di rumah. Alhamdulillah,setelah 2 -3 hari, kulit FL dah kembali normal seperti sedia kala.



Alhamdulillah... Syukran... 

Friday, 12 May 2017

New Zealand 2017 | From Auckland to Christchurch

Sambungan dari entry ini - "Travelog New Zealand 2017 | How to Get to Hobbiton"


Macam yang aku cerita sebelum ni, aku tak sempat nak ke Hobbiton, so dari Pekan Matamata, sebab kitaorang terkejar-kejar masa nak catch flight untuk ke Christchurch, so kitaorang terus je gerak ke Auckland Airport. Perjalanan ambik masa 2 jam. Sebelum gerak, lepak jap kat McDonald sebelah I-Site tu, untuk set GPS kat dalam Goggle Maps -  navigate ke Auckland Airport.

Sebelum ke Dosmestic terminal, Auckland Airport, kitaorang berhenti solat dulu kat Airport Mosque, terletak di Kirdbride Road, hanya 5 minit drive dari terminal. Kitaorang naik flight Jetstar Airlines - MURAH!

 Kat sebelah Airport Mosque ni ada supermarket HALAL, siap ada restoren lagi. So, bolehlah makan kat sini sebelum pergi airport

Masa sampai airport, drop semua orang kat domestic terminal, then en.suami (driver) pergi antar kereta kat office sewa kereta ni. Pastu pekerja car rental company tu - Ezi Car Rental antar dia ke terminal semula. 





 Kat dalam terminal domestik, Auckland Airport

Bila fly  guna Jetstar, korang just check-in guna mesin ni jer, print boarding pass & luggage tag sekali, then pergi kaunter untuk drop bag. Ingat! JANGAN BAWAK POWER BANK kat dalam check-in luggage , nanti beg korang kena kopak dengan crew airport & powebank diRAMPAS. Kat sini sangat STRICT.

Kalau bawak stroller untuk anak-anak, kena check-in kat kaunter bagitau ada stroller, then crew akan bagi stroller tag. Stroller tag ni TAK BOLEH diprint dari mesin check-in layan diri, so terpaksa pergi ke kaunter. Lepas tu, kena letak stroller kat extra-size baggage. 

P/S : Different airport / airlines ada peraturan yang berbeza-beza pasal bawak stroller ni, so kalau pergi mana-mana destinasi, kena tanya dulu kat airport crew kat mana nak letak stroller samaada boleh bawak sehingga ke pintu pesawat atau tak. 

 

  Ni kat departure hall   

Nak take off



 Ini aktiviti FL dalam flight. Setiap kali pergi bercuti, aku memang akan bawak activity book (colouring book + sticker books + reading books) + stationary + washi tapes + pencil colours untuk dia main, kalau tak nanti dia meragam.. So, bila ada banyak aktiviti, dia asyik la main colour-colour or conteng-conteng or membaca or main tampal-tampal sticker. Korang boleh gak bawak mainan kegemaraan anak-anak or bagi diaorang main ipad , just untuk elakkan diaorang rasa bosan. 

   Lepas dah penat main color-color, dia pun tertido..  Memang kebiasaannya, speanjang perjalanan even naik flight ke, naik car ke, or naik train, dia memang akan tido. Senang! Mummy pun boleh tido sekali. Tapi tak dapat nya nak tido, sebab view cantik giler.













 Ini view sepanjang perjalanan dari Auckland ke Christchurch.

P/S : Kalau travel siang hari, ambiklah seat di tepi tingkap. Sure korang tak kan menyesal! hehe..

 Bila dah sampai di destinasi yang dituju


 Ini domestic terminal, Christchurch Airport

 Perkara pertama yang dibuat setelah ambik baggage, ialah uruskan pasal sewaan kereta. Semua kaunter car rental terletak kat sebalah tempat ambik bagasi, so senang.

Ada macam-macam syarikat car rental kat sini. Kitaorang dah book kereta through online, so samapi disini, just bayar jer & bagi diaorang semua dokumen - driving license Malaysia & pasport & booking receipt yang dibuat through online tu. So, diaorang akan bagi kunci kereta beserta no.bay (no parking lot yang kereta tersebut).




 Sculpture ni berdiri megah di luar terminal.


 OOTD : 
Tudung - Jalan TAR
Baju - Uniqlo
Jeans - Guess
Shoes - Skechers

 Ini tempat parking yang menempatkan kereta-kereta sewa. Semua kereta ini dah ada orang book.

 Singboard yang dalam bulatan merah tu ialah No.Bay yang aku maksudkan tadi. So, bila dapat kunci beserta dengan No.Bay ni, kita kena cari sendiri mana kereta kita.

 Ini salah sebuah kereta kami.

Perjalanan dari Auckland ke Christchurch ni hanya 1 jam jer, so kitaorang sampai disini kul 6 petang, then ambik beg, pastu setelkan hal sewa kereta dah kul 7. Pastu, bila peri kat kereta, kereta ada masalah - Bonet tak boleh ditutup, so kitaorang mintak tukar kereta. roses tukar kereta kena tunggu lama sikit, sebab diaorang nak kena ambik kerata dari warehouse. Tup-tup dah kul 8 malam, baru dapat keluar dari perkarangan airport.

Keluar je dari aiport, kitaorang singgah Countdown dulu beli groceries. Countdown ni dekat je dengan airport, dalam 5 minit je drive. Then, dah habis shopping terus drive ke tempat penginapan - rumah sewa yang dibook through airbnb.com.


 So, nanti next entry aku sambung cerita kitaorang kat Christchurch pulak k..

Thank you for reading.

Thursday, 11 May 2017

Master & Ph.D Talk :: Tenses that Should Be Used in Thesis Writing

A friend of mine share this, and i would like to share with you, those who are currently doing their master or phd research... Perhaps, it would help you..P

Saturday, 6 May 2017

Starbucks Card

Because i'm a big fan of Starbucks, so today i get this RM20 card for FREE.. And My next drink could be FREE as well..

Btw, Popzel Coffee Frappucino is super delicious... Minum air ni hari-hari pun tak bosan...

Thursday, 4 May 2017

Travelog New Zealand 2017 | How to Get to Hobbiton


Biasanya kalau orang pergi New Zealand, pasti diaorang akan pergi ke Kampung Hobbit a.k.a Hobbiton a.ka The Shire & post gambar kat Facebook atau Instagram kan.. Pastu korang tengok macam jealousssssss nyee sebab tempat tu super-duper cantik. Kan? Kan?..

 Pic courtesy - source

So, same goes with me. Aku pun nak pergi sangat ke kampung En.Hobbit ni. Aku start pasang angan-angan nak pergi kampung en.hobbit masa aku tengok 1st movie Hobbit . Masa tengok kat dalam cinema tu, memang hati teruja sangat kalau one day dapat pergi visit kampung Hobbit ni. Masa tu tak tahu lagi kg tu kat New Zealand, and production team pun tak pernah reveal pasal movie set ni.

Aku ni peminat filem fiksyen macam ni such as macam Narnia, Lord of The Ring, Harry Porter. Citer Avatar aku tak tengok sebab aku tak suka citer animasi. And citer yang paling aku suka ialah Narnia. Narnia punya citer pun banyak berlakon kat NZ gak. Dulu, Narnia pernah buat exhibition tour kat Singapore, aku sanggup pergi Singapore tu semata-mata nak tengok  exhibition tu. So dapat la rasa pegang pedang Peter & King Edmund - berat giler oooo, diaorang guna besi betul untuk buat tu dapat pakai baju besi diaorang - sangat-sangat berat, dapat pegang 'trumpet' Lucy yang dia guna untuk panggil Aslan and macam-macam lagi lah. Best sangat. So memang pasang angan-angan nak tengok movie set Narnia gak kat NZ ni tapi tak sempat. 

Set movie Lord of The Ring - LOTR , aku dah dapat rasa sikit kat puncak Gunung Gayong, Perak. hahhahaha.. Biarpun bukan real movie set, tapi ok lah tu....Ala-ala macam set movie LOTR ni banyak kat gunung-gunung kat Malaysia ni, cuma kena kuatkan stamina jer untuk naik sampai puncak. LOTR banyak shooting kat NZ ni gak.

So, untuk ke Hobbiton ni memang menjadi angan-angan aku sejak Filem Hobbit dilancarkan lama dulu. kalau korang peminat citer fiksyen macam aku ni berbaloi lah pergi ke Hobbit a.k.a The Shire. Tapi kalau korang tak minat dengan citer-citer macam ni, TAK YAH lah pergi sebab tak berbaloi dengan tiket yang korang beli - Mahal! Harga tiket nak masuk ke The Shire ni paling murah ialah dalam RM 270 - RM 300 seorang, (depends pada pakej).Tiket sampai harga lebih dari RM 1000 pun ada.  Tapi kalau korang memang big fan citer fiksyen macam ni, memang BERBALOI la sangat pergi The Shire ni sebab tempat ni super cantik.

Itinerary aku hari tu, kami akan catch flight kat Auckland Airport, untuk terbang ke Christchurch. Perjalanan dari Rotorua ke Auckland dalam 3 jam. And tour Hobbiton ni pulak ambik masa dalam 2 jam setengah, so tak sempat aku nak ke Hobbit tu. huhu seedddiiihh.. Lagipun aku sorang jer yang nak masuk dalam The Shire ni, orang lain semua tak nak masuk sebab tak minat dengan En.Hobbit. So, jadinya aku tak jadi nak ke Hobbiton. Takpe, next time ada peluang lagi. Confirm akan datang balik ke NZ tahun depan. hahahahha (ada alasan nak pau en.suami). 

 Walaupun aku tak pergi, aku nak citer gak kat korang macam mana nak pergi sana. Mana tau, kot-kot nanti korang nak pergi kat Kg En.Hobbit ni , so boleh lah rujuk blog aku ni... kan?..

The Shire ni terletak dalam Daerah Matamata. Perjalanan dari Pekan Rotorua ke Matamata ambik masa dalam 1 jam. Kalau dari Auckland, memakan masa 2 jam. Nak masuk The Shire ni tak boleh main masuk sorang-sorang, dia kena masuk dengan tour guide. So, kena ikut waktu-waktu tour yang telah ditetapkan tu.
http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Ini masa on the way dari Rotorua ke Matamata. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Rumah-rumah kat NZ ni semua cute-cute satu tingkat macam ni, jarang la nampak rumah 2 tingkat. Rumah kondo atau apartment langsung tak ada kat sini.

 

Kat mana-mana tempat kat NZ, memang akan nampak lembu-lembu & biri-biri jer along the way

So, aku suggest kalau korang nak gi Hobbiton ni, korang bermalam di Matamata, sebab kalau bermalam kat Rotorua jauh sangat, so takut tak sempat nak pergi ke Matamata macam aku hari tu. Pekan Matamata ni happening jugak, ramai tourist kat sini, so banyak attraction jugaklah kat Matamata ni. 

 I-Site Matamata

Ini  Tourist Information Centre untuk hobbiton kat Pekan Matamata = I-Site. dari Pekan Matamata nak ke Hobbiton, ambik masa dalam 30 minit. So, korang boleh beli tiket kat I-Site ni dan ambik tour dari sini. Macam aku cakap tadi, nak masuk ke The Shire ni, korang kena pakai tour guide, so dia ada macam-macam pakej. Korang pilihlah nak pakej yang mana satu & setiap pakej berlainan harga. Waktu tour pulak aku tak pasti sebab dia depends pada pakej yang korang ambik, ada pakej yang siap dengan makan ala-ala Hobbit, ada pakej nak experience Trilogy Hobbit ni, ada private pakej dan macam-macam la. So, untuk info detail, korang kena datang kat I-Site ni untuk maklumat lanjut.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
Kat dalam I-Site

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Kat dalam ni pun ada tourist information counter,so kalau sesat jalan kat Matamata ni, boleh lah datang sini tanya jalan pulang. Kat sini pun banyak jual sourvenir Hobbit

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
Poskad Hobbit pun ada jual sini 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Ala-ala Rumah En.Hobbit

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
Naik bas ni untuk pergi ke Hobbiton

 Bas ni kecik jer, so tiket pun limited. kalau habis tiket untuk waktu yang kita nak tu, terpaksa beli tiket untuk waktu lain.
Lepas dah meronda Pekan Matamata, kitaorang terus gerak ke Auckland Airport nak catch flight jam 5 petang untuk ke Christchurh.

So, nanti aku citer di episod yang lain...

Thank you guys for reading..