Wednesday, 25 May 2016

Breastfeeding :: Tips untuk simpan EBM bila travel

Alhamdulillah, sebulan lagi FL akan genap umur 2 tahun.. 

AKu happy sangat sebab misi aku accomplish untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun..
Sehingga hari ni, FL masih menyusu badan.. She is so manja, tak boleh tido tanpa mummy, and i knew that's because of the milk... 

Aku punya misi 2 tahun nak menyusukan FL, and nak wean off by the time umur die 2 tahun. Tapi nampak gayanya macam tak ade pun lagi tanda-tanda die nak wean off, lagi kuat menyusu ade la.. Waaaaaa (mummy plak yang geram)..

Ni stok ebm aku dulu-dulu. 
Aku simpan kat dalam Upright Deep Freezer - jenama ELBA..  

Tips aku nak dapatkan susu yang banyak ialah - pam jer susu bile ade waktu terluang..
Biasanya baby kan banyak tido, so waktu die tido aku pam susu walaupun dalam kereta..

  
Tak semestinya hari-hari kite akan dapat kuantiti susu yang sama jer. 
Susu ni macam roller coaster jugak, ade naik, ade turun sebab banyak faktor, antaranya PENAT..
So, bile susu drop mcm ni, try buat power pumping hari-hari, at least sekali sehari..


FL dah start minum susu formula sejak umur die setahun lagi sebab masa tu production susu aku tak boleh nak memenuhi permintaan die yang sangat banyak.. Sebab baby makin berusia kan, so keinginan untuk minum lagi bertambahlah, and sebab lagi sebab FL ni jenis tak suka makan. Payah giler kalau nak suruh die makan. So sebab tu die bergantung kat susu jer.. It means that "no susu = no food". Aku bagi die susu Pediasure.. sebab Pediasure ni ade complete nutrien - semua zat mcm carbohydrat, vutamin, protein, fat, calsium semua ada... So, kalori susu ni lagi tinggi compare dengan susu lain. So, baguslah untuk baby atau kids yang tak nak makan atau picky eater..

Aku dah banyak share pasal BF journey aku kat dalam blog ni dulu. Boleh baca kat SINI.
So, Hari ni aku nak share macam mana nak bawak ebm balik umah bila pergi travel or balik kampung..

So far, paling jauh aku travel pun dalam Semenanjung Malaysia jer bawak EBM ni. Masa pergi Melbourne dulu, aku tak bawak balik ebm, aku pam kat sana, and habiskan kat sana jugak.

 TIPS / Cara-cara uruskan ebm bila travel :

#1. Bawak ice box & ice pack & garam siap-siap dari rumah.

#2. Pastikan ice pax di sejuk bekukan dalam fridge hotel.. Kalau hotel tak de fridge, mintak jasa baik staff hotel untuk simpankan ebm kite (pastikan buat label dengan betul, nanti tak pasal-pasal plak staff hotel tu minum ebm kite)..

#3. Pastikan susu dalam keadaan baik (jgn rosak). 

#4.  Bila hari nak travel, dapatkan air batu (ais) dari pihak hotel atau beli jer kat kedai.

#5. Susun ebm cantik-cantik dan kemas-dalam ice box

#6. Taburkan garam dalam ice box tu

#7. Letak ice sehingga penuh ice box tu

#8. Taburkan garam sekali lagi on top of it.. 
(Garam berfungsi utnuk melambatkan proses pencairan ais)

#9. Kalau ade towel, letakkan towel kat atas ice tu sebelum tutup ice box tu rapat-rapat.

#10. Bawak ice box dengan penuh berhati-hati & sepenuh kasih sayang

#11. Letakkan kat seat passenger . I means jangan letakkan kat dalam boot kereta sebab boot kereta panas, tak de airkond, nanti ais cepat cair.

#12. Dalam perjalanan, kalau ais mula mencair, cari mana- mana kedai yang jual ais, gantikan ais tu.. Pengalaman aku so far, pernah ketikanya kami berhenti 2 kali tukar ais. 

#13. Sampai je di rumah, terus masukan dalam freezer, jangan berlengah-lengah tau!

   
 Ni slaah satu hotel yang aku pergi - ice free jer upon request. 
So, aku mintaklah banyak-banyak untuk penuhkan ice box aku ni..








 
Ni masa dalam perjalanan - sesi menukar ais..


Selamatkan EBM korang - jangan letak ice boz kat dalam boot kereta!
Ni sesi menuai susu masa dalam perjalanan. 
Cooler beg warna biru tu sentiasa setia menemani aku kemana saja..
And together with Famous Amos cookies.. hehehe.. 
(sambil pam, sambil makan - baru hati riang gumbira.. hehe)


AKu harap perkongsian aku kali ni dapat memberi manfaat kat para ibu-ibu yang sedang menyusu... =))
Thanks you for reading ya!

Tuesday, 17 May 2016

Celebrating Teacher's Day for the 1st time

16 May - everybody celebrating Teachers Day.. 
But how so sweet - my daughter celebrate it for the first time ever in her life .. 
(She will turns 2 years old next month)
A joyful moment that i think every parent would cherish it.. 

Same goes to me 25 years ago.....
 
 
This beautiful lady was a teacher of mine 25 years ago... 
She was my class teacher when i was in Standard 1 at SR Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu... 
She taught me everything from A-Z,counting 123 , taught me how to read , taught me mathematics and even taught me about Islamic rules. 
Without her, I'm not be standing who I am right now.. 
If i do not know how to read, i cant pursue my phd right now..
Everything was began from this beautiful lady.. 

Up until now, we still contact each other and the relationship bond between us is not just a teacher-student relationship but more to family bonding even I've  left my school life for ages... 
You are the best teacher in my life Cikgu Maimon...
 All the knowledge I gain today is start from you Cikgu...
You have lights up my life.. 
Thanks for being my guru.. 

And i also didnt forget all my teachers in the school, and lecturers at my campus's life - UiTM Sri Iskandar, UitM Shah Alam & UPM.. 
Everybody is great...

And today, my daughter celebrate Teacher's Day at her school. 1 day late maybe because yesterday was a Monday and everybody get busy in Monday blueess.. hehehe (aku lah tu - setipa isnin jer tak de mood)...

 So, their school teachers decided to celebrate Teacher's Dat today and every student has been asked to bring food because they make it in potluck style. Because her mummy is sooo pemalas, so mummy just bought a carton of vitagen.. hehe... It's good for the children's health as well.. 

My advice to all, if u wanna succeed in your academics and life, don't forget all the sacrifices and knowledge of your teacher.. Dont ever being rude with your teacher... The restu and barakah also comes from them besides our parents... So cherish them when they are still alive.. 

Happy Teacher's Day to all Cikgu around the world.. You are the best person in world who educate thousand students to be a best khalifah on earth... 

 #Terimakasihcikgu

Wednesday, 11 May 2016

Celebrating Mother's Day :: HARAM ke ??

Recently, most of us celebrate Mother's Day.. It just a way of expressing an appreciation to our mother - a best women in our life since our first day in their tummy.

In accordance of Mother's Day, my husband wish me that beautiful words "Happy Mothers Day", and he want to make a mothers day celebration for me - just a small celebration - just went for makan-makan...

But, i refuse it.. I said to him, it against Islam rules of celebrating Mothers Day because i remembered Ustaz Azhar Idrus bagi ceramah pasal Mothers Day ni. And it is HARAM.. So, i told my husband, its HARAM.. but its ok if we just going out for makan-makan only - chill la... and for me everyday we must appreciate our mother or mother's to our children, not just during Mothers Day only.. 

Korang boleh tengok video ni..

Since our day 1 in our marriage life, my husband and i always debate-ing between each other. Bukan gaduh ok, jangan salah faham pulak (Kitaorang tak pernah gaduh ok sejak berkahwin). Its just a discussion untuk percambahan buah fikiran (ceewaaah! ayat tak boleh blah!), so both of us will come out with facts, logik akal tak diambil kira ...Semuanya mesti berdasarkan fakta samaada teori, hadith, ayat alquran, pandangan ulamak atau sunnah Rasulullah saw. And the outcome from these discussions, both of us will get a new knowledge on that particular issue/topic... Ala-ala macam usrah la..

My argumentation in celebrating Mothers Day is just based on Ustaz Azhar Idrus's opinion only. No more facts after that. So, my husband pun korek-korek la internet, nak tahu apa pandangan ulamak lain tentang Mothers Day ni - sebenarnya boleh atau tak sambut - haram atau tak?

So, ini jawapan die.....................
 

So, korang boleh lah tengok link ni apa kata Dr MAZA dan Mufti Kelantan.. ANd korang jugak boleh search fatwa-fatwa lain berkaitan celebration Mothers day ni..
http://www.astroawani.com/…/sambut-hari-ibu-harus-yang-dila…
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/…/10153101_759043277…
https://twitter.com/realDrMAZA/status/199446312754753538

Pandangan dari Ulamak Yusuf al-Qadrawi pulak :

“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
 
In conclusion, sebenarnya boleh sambut Mothers Day tu dan hukumnya HARUS selagi kita tidak mengikut iktikad atau akifah Kristian atau orang-orang Yahudi atau orang-orang kafir yang lain.

Itu je lah aku share, sekian.. dan terima kasih kerna sudi membaca..

Last but not least - Happy Mothers Day to my readers.. hehehe

Tuesday, 10 May 2016

Restoren Korea di BB Bangi-Kajang :: Moustache Milk Cafe

Frankly speaking, aku tak tak gemar sangat pergi ke restoren Korea sebab aku lebih suka makanan Jepun. Makanan Korea aku tak minat sangat - maybe sebab tak pernah try, so tak tahu macam mana rasa dia. sebab lagi satu aku tak boleh blah ngan KIMCHI... Rasa die sangat loya tekak aku. !st time rasa kimchi kat Korea msa pergi sana bertahun-tahun dulu.. Orang korea tu suruh aku try sebab kata dieorang kimci ni sayur - sayur bagus untuk kesihatan. Aku telan jer, terus gi toilet muntah... bluueekk.. (Sorry ya pada peminat kimchi..tekak aku tekak melayu.. i cannot go la - longhat terengganu).

But, hari tu aku tersinggah kat cafe ni.. Saja-saja nak try, sementara nak tunggu doktor masuk klinik (tengah tunggu nak jumpa dentist kat dental clinic kat sebelah). Boleh tahan gak. First time lah duk belek-belek menu - tak tau nak order apa.. (Kunoo nyee aku..)

And lastly, aku order - Bipimbab (entah cemana eja dia). Boleh tahan jugak sedap..

So, lepas ni maybe boleh cuba lagi makan kat sini since cafe ni kat belakang rumah aku jer.. Aku suka cafe ni sebab decorations die sangat nyaman & tenang jer.. Cafe ni  located kat area Putra Kajang, kat sebelah Plaza Tol Sg.Ramal. Dekat giler dari Seksyen 7, BB Bangi. Satu deret dengan butik Prof.Muhaya - Modesty. So, senang je la nak cari - depan kedai tayar.

Cafe ni lebih dikenali dengan nama MM Cafe 

Wall decor penuh dengan citer-citer Korea & anime Korea

Ade play section for the kidz.. 
So, kidz mesti suka datang sini.. 


Wall decor 

Santai jer, nak tido pun boleh

Mostly yang selalu datang sini perempuan - orang laki tak minat k-pop

Ade reading section... Banyak buku pasal Korea..

Ni section untuk staff buat air..

quotes from the visitors.


Kat sini ade surau, so selesalah kalau nak solat..

Tempat makan die sangat-sangat santai... 
Kalau nak buat keje kat laptop sangat sesuai la kat sini sebab ade wifi 

So, kalau sesape nak datang, sangatlah recommended!
Boleh try babe..
Thanks for reading ya..

Thursday, 5 May 2016

Short Escape to Lexis Hibiscus, PD

Bulan lepas aku gi bercuti kat PD, to be exact -  Lexis Hibiscus, Port Dickson. Satu spesis la dengan Grand Lexis kat Lukut PD tu, tapi Lexis Hibiscus ni bukan Grand Lexis tau. 

Lexis Hibiscus ni baru je dibuka setahun yang lalu.. Even baru, ramai giler yang datang sini. 
Konsep die- rumah atas air & bentuk Bunga Raya - Hibiscus Flower.. 
Lebih kurang Avani Sepang Gold Coast la, cuma bezanya hotel ni ada lengkap dengan SWIMMING POOL kat dalam setiap rumah.. 

Accomodation kat sini ade 2 type :
1. Sky Villa - Bilik kat main block ala-ala macam apartment
2. Rumah atas laut - ade macam2 jenis (so, ada macam2 nama), macam2 harga..

Jom kita layan gambar...

Ini rupa hotel ni dari udara..  



Bangun pagi-pagi, tengok air membiru - teruzz zaaappp.. Terjun! 

kalau dah namanya pool dalam bilik sendiri, 
jam 3 pagi pun boleh terjun pool, sape nak halau..

Swimming pool & FL tak boleh dipisahkan..

Ini dressing room. Ade toilet, bathroom ...

& wardbrobe

Setiap rumah ade sauna..
 So, anytime jer boleh membakar lemak-lemak yang terperap kat badan tu...

Ni die buil-in TV.. 
Masuk jer bilik, kite tak nampak pun TV, bila ambik remote,
 tekan butang ON, terus keluar skrin kat dinding.. 
Very futuristic sangat

Setiap bilik ade 2 katil king size & ade 5 helai towel. 
Bilik kat Sky Villa pun sama jugak, ade 2 katil saiz King...

Pool & bilik tido, dipisahkan oleh dressing room

Wall decor. AKu suka!

Boleh tengok bawah, 
mana tau tetiba ade sekor ikan paus lalu kat bawah rumah ker. 
Dah rezeki dapat tengok ikan paus..

Ni aku selpi kat rumah atas air tu.
 Harga semalaman rumah jenis ni RM 900.

Between bedroom & swimming pool, ada pintu kaca cegini, pintu ni sentiasa bertutup 24 jam sebab untuk keselamatan. So, for those yang bring anak-anak kecik, tak perlu risau sebab tahap keselamata tip-top! Unless kalau anak-anak mandi dalam pool, memang kene pantau la sepanjang amsa...

Haruslah bawak laptop... Sambik bercuti, kerja tak boleh dilupakan..
Asyik nye die melayan makanan...

Masa untuk brekfast..

Ini main restaurant.. 
Brekfast, lunch & dinner semua kat sini.. 
Kalau weekend memang ramai orang

Kalau brekfast, biasanya complementary dengan harga bilik. 
Tapi kalau lunch & dinner kene bayar lain. 
Buffet Dinner kat sini RM 38/pax..

Ni view dari restuarant, 
Sambil makan, sambil layan mata tengok air..

Restaurant ni ada indoor & outdoor. 
So terpulangla nak duduk dalam atau nak duduk luar

Lighting lol

Kalau duduk dalam, sejuk la sikit

Ada playground for kids


Kat Lexis Hibiscus ni , ade Kidz Playroom.
Tapi kene bayar.
RM 20 untuk seorang kanak-kanak , hanya untuk 1 jam..
Nothing free ok!
 
Dalam kidz playroom ni ade slide.. 

Mainan die pun best.. Boleh explore macam-macam..

Puas hati la bayar Rm20..
Ade jugak basikal untuk budak-budak, 
Ade batik painting,
ade mug painting,
ade colouring .. Macam-macam lagi lah..




 
  
Untuk parents yang ade anak kecik, hotel ni sesuai sangat la untuk berholiday...
Selain tu, kat hotel ni jugak ade SPA & karoeke, so kalau korang nak berjimba kat spa atau koraoke, boleh la tinggal anak korang kat kids playroom ni sementara korang gi grooming body korang tu..

  
Ni pulak rupa dari Sky Villa - bilik yang dekat main block . Macam apartment tu...
Masa kiteroang gi bercuti hari tu, kiteorang stay 3days , 2nights...
So sengaja ambik bilik lain-lain untuk setiap malam sebab nak rasa dua2 jenis bilik ni...
Bilik sky villa ni murah sikit dari bilik atas air tu - dalam RM 800 semalam (murah seratus jer)..

Kalau bilik Sky Villa ni, swimming pool die kecik sikit dari rumah atas air tu.. 
So, kalau nak puas berenang, better pergi public swimming pool kat bawah..
 
Ni dressing room

Ni rupa interior bilik Sky Villa ni.. 
Between dressing room, wardrobe & katil, ade divider.. 

  
Ni gambar dari dalam bilik..
Ni bilik air kat dalam Sky Villa. 
Ade bathtub. Kalau rumah atas air, tak ade bathtub 

Working area..

Ade sofa..

 
Ini permandangan dari atas bangunan

Helipad - Kalau agak-agak malas nak drive ke PD, datang jer naik helikopter..
Kat sini ade jugak perkhidmatan sewa helikopter..
Kot-kot, sesaja nak gi shopping Pavillion nak merasa naik heli, sewa jer kat sini.
Apa-apa hal, boleh tanya kat receptionist..

Kat sini pun ade gym jugak..
And ade achery jugak..
Instead, ade jual servis sewa basikal..
Kalau nak jogging pun, not bad jugak, jauh jugak kilometer korang boleh lari..

Ade beach.. 

So kalau sesape nak main water sport, semuanya ada kat sini. 
Ada jet ski, banana boat, boleh main beach volleyball...
Nak memancing pun boleh.. 
Bawak jer fishing rod... 
And sewa boat pergi fishing kat tengah laut nun..

Ni dia public swimming pool kalau rasa 
swimming pool kat bilik tak cukup besar nak buat kuak lentang...

Enjoy the night view...

Kalau datang masa weekend, 
korang boleh tengok fire show ni..

And ade dance jugak..  
(Jumaat malam & Sabtu malam jer dieorang buat show ni)

Ni lobby area... 
Ramai giler orang kalau hari weekend..
 

Lobby die besar.. Sooo selesa..

Ni orang duk menunggu nak naik buggy nak ke bilik masing-masing..

Kalau nak pi ke bilik atas air tu, naik buggy ni.. 
Free of charge.. 
Kalau nak berjalan kaki pun boleh.. exercise sikit..

Ini goodbye dance waktu check-out..
First time aku tengok orang menari bile waktu check-out.. 
Sebelum ni tak pernah tengok lagi kat hotel-hotel lain.. 

Kidz sangat terhibur

Budak kecik tu pun nak dance jugaak...


In conclusion, itulah cerite aku masa pergi Lexis Hibiscus hari tu.. Hotel ni sangat-sangat best. sebab bilik die super duper besar dalam 800 sq ft untuk setiap bilik.. So, boleh la datang bercuti bawak mak, bapak, pak lang, mak long dan segala suku kaum..

Memang sangat-sangat RECOMMENDED sebab facilities die lengkap & korang tak kan bosan. Believe me! 

btw, thanks sebab membaca..