Wednesday, 20 April 2016

My 2016 Planner - Hobonichi Weekly

**Sorry lambat post pasal planner ni - dah masuk April baru nak citer.. soo sorry .

As i am a planner addicts, of course i will look into new planner every single year.. 
Sebab aku ni jenis orang yang PELUPA tahap cipan.. Lebih-lebih lagi sejak beranak ni, banyak wayar terputus, kadar kepelupaan tu berkali-kali ganda meningkat macam arus elektrik..
 So, aku kene ada planner utk  catat ape bende aku kene buat setiap hari, setiap minggu, setiap bulan and even setiap tahun.. 

Aku seorang yang jenis planning punya orang. sebab kalu aku tak buat macam tu - aku akan jadi kelam kabut, bangun pagi, duk pikir - apa bende nak buat hari ni.. sebab fius dah banyak terbakar sejak usia meniti ke fasa emas ni.. huhu..

So, tahun ni aku decide nak beli Planner dari Jepun. Nama die Hobonichi. Korang boleh search jer kat gugel - Hobonichi.. Short name die - Hobo. Hobo ni ada macam-macam jenis, and macam - macam saiz. Tapi Hobo ni tak ada lagi kat pasaran Malaysia , so aku beli kat Jepun. aku order jer dari student Malaysia kat Osaka yang belajar kat sana, die buat part -time belikan barang-barang Jepun.

Nah! Ni die rupa planner aku.. Aku beli jenis Hobonichi Weekly. 
AKu ambik warna pink..
Harga die dalam Rm 120++ kot kalau tak silap aku..
AKu suka yang ni sebab saiz die kecik - sebesar wallet kite jer 
& senang nak bawak masuk handbeg pergi mana-mana ..

Ni rupa dalam die.. 
Die by weekly.
So, senang aku nak buat planning untuk seminggu 
 
Tapi ade jugak month view & yearly view sampai tahun 2017.. 

Nak lagi cantik, aku pun pasang la cover.. 
Cover ni custom made.
 Aku tempah ngan kawan yang ambik tempahan buat cover untuk planner. 
Apa jenis planner, semua dia buat.. 
So, kebanyakan customer dia adalah geng-geng #planneraddicts jugak..
Kalau sape2 nak tempah bende alah ni jugak, korang cari je kat IG @linaann.xoxo

Ni rupa dalam cover ni.. Siap ade poket lagi.. 
Mak suka sangat!
Boleh buat letak sticker & sticky notes atau boleh letak duit..  

Ini another cover untuk hobo aku ni.. 
So, kalau aku bosan pakai baju burung hantu tu , 
aku tukar la plak ngn cover stilleto ni..

Kasi close-up sikit!

Ini antara sticker2 yang aku beli untuk hias planner kesayangan aku ni.
Aku beli kat Toy 'R' Us, boleh la dapat serendah rm3.90,
Kalau beli kat Daiso, Rm5 satu,
Kalau kat MPH, or Parkson, RM 7-8 satu,
Kalau kat Mr.Diy boleh dapat RM2 satu..
Aku memang suka kumpul sticker-sticker comel-comel, kiut-miut mcm gini,
macam budak skolah darjah 3 la plak kan.. 
(That's a child trap inside me! hahahaha)

So, agak-agak kalau nak bagi hadiah kat aku (ehh! perasan plak! ingat ade ke orang nak bagi hadiah kat ko!).. Mana la tahu kan, kot-kt termimpi aku malam ni, esok terus dapat hidayah nak bagi hadiah kat aku, bagi jer sticker cegini, aku terima dengan tangan terbuka.. kkkhikhikhikhi..

**Thank you for reading ya!

Thursday, 7 April 2016

Betul ke harga tiket kapal terbang dari Malaysia NAIK 10X GANDA???

 
 Aku baru jer baca berita ni... 
Tak tahu betul ke idak..
Tak tahu nak percaya ke idak..

 
Semua airlines dari Malaysia macam MAS, AA, Firefly, Malindo Air nak naikkan harga 10 kali ganda start 15 April 2016 ni sebab dieorang kene tanggung kenaikan kos yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) macam berita kat bawah ni....
 
Untuk kaki travel - ni berita yang sangat sedih..
BUT, betul ke?
 
Untuk para kaki travel, pengembara, travelholics, dan segala perkataan yang seangkatan dengannya, tolong komen - betul ke tidak berita ni? Sebab kalau betul, skrang gak aku kene beli tiket untuk next destinasi kembara aku...

Kalau nak tahu lebih lanjut, klik link ni - http://www.msn.com/en-my/travel/news/airline-fees-to-multiply-10-times-from-april-15-m%e2%80%99sian-travellers-to-suffer-consequences/ar-BBrsi9k?li=BBr8Mk9&ocid=iehp