Friday, 26 February 2016

My life nowdays

Assalamualaikum..
Salam Jumaat
 
Aku dah lama tak update blog... Ni pun aku nak buat quick update , takut nanti blog ni bersarang ngan anai-anai pulak..
 
Aku sekarang di tahun 3 pengajian Ph.D aku. Kalau ikutkan biasiswa aku, ia akan tamat September tahun ni.. So, it means that, I only have 7 months to go..
 
7 bulan tu masa yang agak singkat , pejam-celik, pejam-celik dah 7 bulan.. So, in order untuk aku dapat hantar tesis aku pada September tu, aku kene la pulun habis-habis untuk siapkan research ni.. A struggle phase for me right now..
 
So, sekarang life aku ngan tesis jer. Pagi-petang-siang-malam asyik menghadap laptop jer buat kerje-kerja research.. Sampai aku tido malam pun termimpi-mimpi tesis. Drama sangat kan!
 
Ini jam 3 pagi - bila semua orang dah lena tido, aku pun buat la kerja sambil baring-baring..

 
Aku dah dapat tukar supervisor, Alhamdulillah. Story pasal supervisor lama, aku cerita kat ENTRY INI. And aku baru habis exam - Compulsory Exam. Kalau fail exam tu, aku akan diberi peluang ke2 untuk reseat, andai kata fail jugak, alamatnya TERMINATE la a.k.a KENE TENDANG KELUAR.
 
Hopefully, result aku ok lah.. Tak nak lah reseat exam..
 
Masa ni jam 2 pagi. Buat kerja dalam bilik sebelah iron board.
 
Kalau dulu, aku hari-hari masak untuk en.suami & anak. Tapi sekarang ni, aku dah tak sempat dah nak masak untuk dieorang. Bukan tak sempat sebab tak ada masa, tapi tak sempat sebab penat. Masa yang ada terluang sikit, aku guna untuk rehat, rehatkan otak. Almaklumlah, lepas masak, nak kene cuci segala bende kat dapur tu.. So, kat situ dah takes time dah.
 
Aku pulak tak ada maid, so semuanya buat sendiri. So, hal-hal makan ni, aku tapau je beli kat kedai atau masa weekend, kami keluar makan kat luar. Aku skrang cuma masak 2 kali seminggu jer. But, aku bersyukur sangat sebab sebelum ni aku dah well-utilize masa aku sebelum2 ni masak hari-hari untuk keluarga sendiri dengan air tangan sendiri. Alhamdulillah. But, right now the time is really kicking & I cant do it all day long..
 
Basuh baju, jemur baju, lipat baju semuanya aku buat sendiri. Mujur lah en.suami sangat-sangat ringan tulang membantu buat kerja-kerja umah juga mcm basuh baju, basuh pinggan, lipat baju & lain-lain. So, kurang sikit la beban aku. Untuk uruskan FL pun, en.suami yang banyak uruskan bila die balik kerja. Cuma, pagi-pagi & bila en.suami tak ada kat umah, aku la yang uruskan princess sorang tu...
 
Masa 1st year dulu, aku pergi workshop "Time Management untuk PhD Student", dalam workshop tu ada diberitahu suruh outsources apa-apa yang boleh diout-source atau orang lain boleh buatkan.
 
Masa aku skrang banyak habis untuk buat tesis jer, kalau masak pun tak sempat, apatah lagi nak kemas umah, nak sapu-sapu umah, nak cuci bilik air.. So memang tak sempat la nak buat semua house chores tu.. Jadinya, aku pun panggil la maid secara sambilan (part time maid). Maid tu datang bila hari Ahad jer, itupun sebulan sekali, sebab umah aku kecik jer, by time cukup tempoh sebulan tu dah memang macam tongkang pecah dah & memang dah cukup haul nak kene kemaskan..
 
Part time maid ni aku cari kat internet jer. Cari punya cari, terjumpa lah  Adam Ikhlas Maid & Cleaning Services kat website ni - http://www.adamikhlasmaid.com/. Sebab die punya office kat area Kajang, so dekatlah dengan umah aku.. Harga die offer RM 100 untuk 2 orang maid bagi tempoh 4 jam. So far, aku sangat berpuas hati dengan kerja-kerja yang maid die buat.. Kalau tak puas hati, kite boleh jer komplen kat bos die.. But aku tak pernah komplen la lagi sebab aku sangat berpuas hati setakat ni..
 
 
Nak pergi mana-mana , sekarang ni aku pikir 10x dulu, patut tak aku pergi... Even kawan-kawan ajak jumpa pun, aku terpaksa tolak.. Tapi someday aku kene jugak pergi bercuti mana-mana untuk recharge & refresh balik energy & minda aku ni supaya sentiasa produktif..
 
Skarang ni, aku tido jam 10 malam, aku bangun jam 3 atau 4 pagi, terus buat kerja depan laptop, sampailah subuh. Pastu, terus siap-siap untuk pergi university. Lepas hantar FL ke playschool (school die dalam univerisiti juga), aku terus ke library buat kerja sampai lah jam 5 ptg, then balik ambik FL. Sampai umah makan-makan, mandi-manda, solat & laundry & jam 10 dah tido.. Pastu, sambung balik rutin ni untuk hari-hari esok nya..
 
Begitula rutin aku hari-hari. Kecuali hari Ahad, aku rest tak buat apa-apa kerja research..
 
 
My formal workstation at home..
So messy bile tengah kusyuk buat kerja..
 
 
Itulah life aku sekarang... Sorry kawan-kawan kalau aku tak jenguk blog korang, aku harap korang faham.. And untuk sesiapa yang ada request postcard Puffin. Sabar ye.. Nnati bila aku free skit, aku pergi pejabat pos, poskan poskad tu untuk korang k.. Harap bersabaaaaaarrrrr. hehe
 
neway, thank you for reading..

Wednesday, 17 February 2016

Dorsett Pink Sign Up Instagram Accont

Finally! I already created an instagram account. I don't have any Facebook account ok. So, instead of blog, I also update my status via IG right now..
 
IG account ni aku buat khusus untuk perjalanan phd aku yang bergelar seorang pelajar sepenuh masa & juga merupakan ibu yang tegar menyokong #breastfeeding a.k.a penyusuan susu ibu sepenuhnya. hahahahaha..  So, gambar-gambar selpie tak ada dalam IG ni, aku cuma publish gambar2 aku & anak aku kat blog ni jer.. Kat IG tu cuma gambar2 study je & gambar2 yang berkaitan ngan #planneraddicts  and  #washitape  
 
Actually, aku created IG account ni sebagai motivasi kat aku supaya aku terus bersemangat nak tulis / buat research hari-hari.. Selain tu jugak, aku dapat gak inspirasi melalui kawan-kawan alam maya yang sentiasa update pasal study dieorang & kehidupan dieorang bergelar ibu yang tengah pulun buat phd..
 
Kalau korang nak follow aku kat IG, boleh search @dorsett.phd . Nak guna nama @dorsett.pink tapi nama tu tak available, dah ada orang ambik. huhuhu..
 

Tuesday, 16 February 2016

Postcards from Puffin


Postcard ni aku beli kat Big Bad Wolf dulu. Satu kotak postcard ni ada 200 keeping kat dalam tu .. "Puffin" tu nama jenama.. Aku suka poskad ni sebab design die macam rare & pelik. Sebab tu aku suka.. Saja aku beli untuk buat koleksi peribadi..
 
Ada orang nak tak? Kalau nak, aku boleh bagi sekeping. hahahaha (sekeping cukup la kan)... Kalau serius nak, bagi aku alamat rumah/opis korang, nanti aku pos. Komen kat entry ni & Emel kat aku alamat korang kat dorsett.pink14@gmail.com dengan tajuk "Nak Poskad Puffin".
 
Aku tak buat Give Away tau. Aku nak bagi ikhlas untuk orang yang serius NAK jer...

Monday, 15 February 2016

Bestnye Tengok Binatang di Safari Bukit Gambang, Kuantan

Sambungan dari entry INI & INI.
 
Harga masuk Safari ni RM48 seorang, kalau budak-budak (lebih 90cm) RM 38- harga ni untuk warganegara Malaysia. kalau bukan warganegara lagi mahal. Tapi sebab aku duduk hotel kat resort ni, so dapatla harga istimewa macam aku pernah crite kat entry-entry sebelum ni.
 
Tempat ni tak ramai orang, maybe sebab kurang promosi kot. Tapi tempat ni sangat-sangat best. Aku rasa tak ada lagi kot safari macam gini kat Malaysia ni. Even Zoo Taiping yang dikatakan safari tu, pun tak macam ni, jauh lagi la nak dibandingkan dengan Zoo Negara atau Zoo Melaka... Ini betul-betul safari, kita masuk dalam hutan tebal nun.. Nanti aku cerita apa yang best kat sini. Bertenang! baca semuanya ye..
 
Tempat ni dibuka dari jam 10 pagi sampaila jam 9 malam. Sebelum pergi, better confirm dulu jadual safari ni kat SINI. So, kita bayar tiket tu untuk sehari suntuk tau, gelang yang kite pakai (tiket), valid untuk sehari suntuk dalam safari and boleh keluar anytime jer, and boleh masuk anytime jer selagi gelang tak ditanggalkan. At least paling kurang pun, korang akan masuk dalam ni 2 jam setengah, itu minimum la, biasanya akan terlajak lebih dari 2 jam setengah tu..
 
Macam aku hari tu, lepas 3 jam kami keluar, then pergi waterpark, mandi-manda, then keluar dari water park masuk semula dalam safari ni sebab nak tengok show pukul 6 sampailah jam 9 malam. Janji jangan buang gelang yang kita pakai tu.
 
Kat dalam ni, ada banyak sangat show, aku suggest tengok la semua show-show die sebab sangat-sangat best. Pelakon2 and show tu nampak macam professional la.. And korang tak kan rasa show macam ni kat Zoo Negara.
 
SIMBA Plaza.
 Ini lobi , inilah landmark safari ni &
inilah tempat yang mula-mula kita jumpa bila masuk ke Safari ni..
 


Kat sini ada tempat untuk sewa stroller. RM5 jer satu.
 
Masa aku sampai kat Simba Plaza ni. Tak ada apa-apa signboard / flyers/ or any maklumat pasal Safari ni. In short, no welcome signboard here. So, aku & tourist-tourist lain kene buat-buat pandai macam tahu semua & buat muka seposen tanya itu - ini.. Pastu tanya-tanya pulak, staff marah (die raise voice jer pun). Conclusion, staff kat sini tak friendly sangat & tempat ni pun macam tak tourist-friendly ala-ala macam tak nak orang datang (just my opinion)..
 
So, bila sampai je kat Simba Plaza, staff kat situ terus Tanya kami
 
S : nak naik tram tak? Bayar RM1 seorang.
 
En.Suami : Kalau tak naik ?
 
S : Jalan kaki la. 20 minit untuk ke sana (Eagle Station)

Without any further explanation from the staff, kami pun naik la tram tu..

In the tram. See! kosong jer. Tak ada orang naik..
 
Yang sebenarnya..Kalau tak naik tram lagi best, jalan kaki jer sampai ke Eagle Station & along the way, korang boleh tengok macam-macam jenis binatang ayng dikurung dalam kandang macam burung, monyet, tikus, beruang & yang paling Win - White Lion! And korang tak perlu berpanas-panas, berhujan-hujan untuk ke Eagle Station sebab korang berjalan di dalam bangunan.
 
Tapi disebabkan aku tak tahu apa-apa (read : tak ada maklumat langsung!), aku pun dengan bangganya naikla tram ni..
 
Aku nak pesan, sebelum ke Eagle Station, makan la dulu kenyang-kenyang! Nanti korang dah sampai Eagle Station - tunggu lagi 2 jam setengah baru dapat makan.

Sampai jer di eagle Station, camel inilah penyambut tetamu korang.
Kita boleh ride camel ni bayar RM5.
 
kat dalam Safari ni, konsep die macam Air Asia.
U pay for what u want - segala-galanya kene bayar. Nothing free ok!


Tempat mainan budak-budak ni. Pun kene bayar RM5 seorang.
 
 
Tapi sebab masa tu tak ada orang jaga, so semuanya bermain tanpa bayaran tanpa rasa bersalah..
Lepas main, penat & lapar. So makan la dulu. Tak ada banyak pilihan makanan kat dalam ni (Eagle Station). Ade tempat makan, tapi pilihan makanan cuma maggi & mee soup. Satu cawan maggi lebih kurang RM6. Satu air mineral water (botol kecik) RM4.. Sooo mencekik darah!
 
Sebenarnya tempat ni dalam hutan sebelah highway LPT jer..
Nampak tak LPT yang cenonet tu?

Masa ni on the way ke Safari (safari yang dalam hutan tu). Dari Eagle Station ke sini dalam 10 minit berjalan kaki. U see, tak ada orang.. Memang tempat ni tak ramai orang pun datang, even masa aku pergi tu Public Holiday..eerrmmm...
 
Jangan lupa bawak air mineral tau - jauh nak berjalan..

Ni dalam tram nak masuk hutan.. Soo excited this little gurl..
 
Tram die rupa harimau bintang / zebra macam dalam gambar aku sebelum-sebelum ni..
Dalam tram ni penuh, tram hanya akan bergerak bila dah penuh, so berjenuhla tunggu orang sorang-sorang naik tram..Kat dalam tram ni, kami dinasihatkan supaya seat properly sebab Tanah dalam hutan berbukit bukau & berlopak-lopak (tak rata) & disuruh tutup tingkap rapat-rapat sebab takut binatang terjah masuk...

First animal we saw - Hippopotamus..
Die ni macam malas jer - tido jer dalam air..

Ni tempat gajah.
Gajah ni baru jer masuk sini, baru di bawa dari Pusat Latihan Gajah Kuala Gandah.
Boleh baca entry pasal Kuala Gandah Elephant Sanctuary kat SINI..

Ni nama die NYALA
 
Ni pagar rintangan api untuk masuk ke kandang haiwan pemangsa - harimau, singa, cheetah , etc..
 
Bila truck kite masuk jer dalam kandang ni, pintu ni terus terutup.. Nak masuk sini, kami kene tunggu sebab pagar dibuka ikut layer (lapisan). Ada 3 layer tak salah aku.. And setiap binatang-binatang ni lain-lain kandang, so setiap kandang-kandang tu, kami kene menunggu dengan sabar sehingga pagar dibuka & ditutup kembali baru dapat masuk tengok..

Ni singa. Tidor jer - PEMALAS!

Ni singa jantan

 

Ni cheetah

Ni view dari dalam truck -sengaja nak tunjuk tingkap tu.
 Betapa secure nye truck ni..
 

Ni keadaan kandang die. Pagar elektrik sekeliling..
 
Actually,dalam gambar ni ada seekor binatang dikenali sebagai 'dubok". Dubok ni haiwan pemangsa yang lagi ganas & lagi bahaya dari cheetah & harimau. Harimau & cheetah pun takut dengan dubok ni, aku tak pasti la pulak si singa takut tak dengan dei ni... Rupa die kecik cenonet jer, tapi ganas giler..

Ni zebra
 
Unta

Ni lembu.
Mungkin lembu-lembu kat sini korang tak pernah tengok kat kampong korang..

Asyik sangat tengok binatang sampai tertidor dah si kecik ni..

Ni lembu Ducth Lady yang dari Australia tu.
 
 Lembu ni boleh keluarkan susu (kalau die ada anak kecik bawah umur 2 tahun.. hehehe -
sama macam manusia), sehingga 200 oz sehari...
 
Ni burung kasawari..
 
Lepas dah pusing satu hutan, kami pun kembali semula ke Eagle Station.. And kami diberi pilihan untuk naik tram (bayar  RM1 seorang) atau jalan kaki. Masa ni lah, aku diberitahu (itupun selepas aku duk tanya-tanya macam Inspektor polis), yang kalau berjalan kaki, kite dapat tengok macam-macam binatang.
 
Ok,then kami pun decide la untuk berjalan kaki ke Simba Plaza sambil dukung FL yang tengah tido, rasa macam dukung seguni beras. Aku tak bawak stroller datang sini or even tak sewa stroller pun sebab tahu FL prefer utnuk berjalan kaki kat dalam ni..
 
This is all the way to Simba Plaza. Sunyi je kan - tak ada orang

inilah rupa bangunan yang ada binatang-binatang dalam jail (kene kurung)

Tempat ni besar & luas tapi sayang tak ada signboard, or in other words - not informative

Lukisan kat dinding

Aku tak tahu apa nama binatang kecik ni..aktif giler
 

Binatang tak ada lagi tapi kandang dah siap

Ni beruang
 
Kalau ada anak kecik besar FL, wajib bawak ke tempat ni, sebab boleh tengok binatang2 kat kampong..

Ni rumah melayu - sebagai pameran jer..

Ni kat halaman rumah melayu. See ada ayam..

Rabbit

Kambing - mmbbeekkk.. mmmbbeekk


Menahan panas

Air soya ni harga nya RM 4.50 setin..
Kalau air mineral botol kecik Rm 4.00 sebotol.
Kalau jagung (sweet corn) - RM 3.00 secawan,
kalau waffle RM5 ..
So, semuanya mahal dalam ni.. Sangat mencekik darah..
Moral of the story - bawaklah air mineral banyak-banyak & makanan banyak2
 supaya poket korang tak kering kontang dalam ni..

Hati-hati dengan kuda ni, die suka mengigit

Ni jer binatang yang aku boleh berselfie. Binatang-binatang lain semua sombong .. hahaha

Ni kuda Uganda (kalau tak salah aku).
Besar & kakinya berbulu.. Kuda ni diguna untuk buat show
 

Ni fire show jam 7.45 malam.. Sorry gambar tak clear

 

Ni salah saty auditorium - tempat show.. Ada banyak auditorium dalam safari ni. Setiap show berlainan venue die. So, u must alert!. Macam aku cakap awal-awal tadi, kat sini sangat kurang information nya - sangat tak informative, so kite kene alert sendiri show jam brapa & kat mana, kene banyak tanya staff kat dalam tu la (kalau staff tu nak tolong ko!).

Di Simba Plaza, korang akan jumpa singa putih ni dalam gelas kaca ni...

Ada 3 ekor singa putih

 

Gelas kaca ni kat tempat makan kat dalam Simba Plaza,
 sambil makan, sambil tengok singa putih ni
 

Kesian beruang ni, nama die "Black". Die meraung sebab gatal kat lutut sebab eczema..

Kuda
 
Sorry gambar blur (tangan tak bedung). Ni entrance sebelum masuk, tempat beli tiket
 
 
Aku rasa tempat ni sangat-sangat best especially untuk mereka yang ada anak-anak kecik.
Selain dapat tengok binatang depan-depan mata, kita jugak belajar banyak bende tentang binatang kat sini sebab ada banyak show.. And show-show die bagi aku bombastic la. Binatang-binatang dalam show ni semuanya pandai berlakon (well-trained), kalau korang tak caya, korang tengok Show "The Tarzan Adventure" jam 8 malam.
 
Tapi banyak bende yang masih lagi perlu diperbaiki oleh pihak Pengurusan Safari ni, antaranya :
 
1. Staff kat sini perlu dihantar ke kursus PRO  atau kursus khidmat pelanggan supaya dieorang tahu macam mana untuk berkomunikasi dengan pelawat-pelawat yang datang kat sini & tahu macam mana nak beri maklumat yang betul pada pengunjung
 
2. Please provide signboard. People yang datang sini selalu lost & akan come out dengan soalan - "where to go after this?"
 
3. Please provide more informative tools such as flyers, direktori, informative signage , etc..
 
4. Marketting & publisiti. Ramai orang tak tahu akan kewujudan tempat ni. And kalau tahu pun, orang tak tahu apa yang ada kat dalam ni - best ke tak masuk sini? So, aku suggest supaya pihak pengurusan Safari ni tingkatkan lagi publisiti tempat ni..
 
p/s : Actually, ada banyak lagi binatang-binatang kat sini yang aku tak tunjuk dalam entry ni, sebab terlalu banyak binatang nye. Aku cuma highlight yang rare & best jer..
 
So, aku harap dengan perkongsian aku ni, dapat la benefit atau bagi idea kat korang , mana nak jalan-jalan nanti & semoga perkongsian aku ni dapat memperelokkan lagi tempat ni (harap-harap pihak pengurusan Safari Bukit Gambang ni baca post ni) supaya dapat menarik lagi ramai pengunjung datang ke sini dan secara tak langsung dapat tingkatkan ekonomi negara..
 
Sekian, wasssalam.
Thank you for reading..