Thursday, 31 December 2015

ByeBye 2015 & Welcome 2016

Assalamualaikum..
Hari ni hari last tahun 2015... Kejap jer masa berlalu..
Wishlist aku tahun 2015 (baca kat ENTRI ni) banyak yang tak tercapai.. Sob.. Sob.. sedih...
Tapi aku happy sangat sebab sepanjang 2015 aku hidup dengan bahagia bersama Little Princess FL & en.suami yang sangat-sangat penyayang...

Overall, aku sum up ikut header kat bawah ni...

Study (PhD)
Kalau korang follow blog aku ni, korang tahu yang aku ada masalah ngan main supervisor aku (SV). Boleh baca kat ENTRI ni... Aku ada masa sebulan je lagi (January) untuk aku teruskan pengajian aku atau kene TERMINATE (gagal) sebab aku kena seat for the exam paling last Januari ni. Tapi sampai sekarang aku masih lagi belum ambik exam tu (soalan exam SV kene buat and bagi pada student). So, korang dapat bayangkan tak, dengan kerja keras aku selama ni, study hari-hari , end-up aku kene tendang dari university sebab masalah "orang lain", bukannya berpunca dari diri aku sendiri..
So, aku berhajat untuk tukar SV dan sekarang dalam proses untuk tukar SV sebab aku dah memang langsung tak boleh nak bekerja dengan SV aku tu & langsung tak boleh dah nak "mengadap" dia. Bile teringat kat dia, hati aku jadi sakit sangat-sangat..  
Kononnya, tahun 2015 ni nak start analyse data.. hahaha.. Langsung ke laut.. Sebabkan SV aku buat hal tu.. Mana dapat nya aku nak concentrate dengan data dah kalau hari-hari Sv mintak write-up tesis yang PERFECT dengan langsung tak ada masalah GRAMMAR. (geraammm nya aku!)
Entri-entri pasal study aku , boleh baca kat SINI.

Sewing Project
Kalau baca wish list ni, aku target nak menjahit tahun 2015 ni. Tapi mesin jahit tak terbeli sebab en.suami tak bagi green light. Katanya, aku kena siapkan phd dulu (kene submit tesis dulu), baru die akan belikan aku mesin jahit. "Masa tu menjahit la aku puas-puas hatta tak tido pun takpe" , katanya...
Huhu... Pasrah je la si isteri ni.. Tapi ada baiknya juga, kalau tak nanti, study ke laut..
Tapi aku sempat la jugak buat nursing cover sendiri & buat instant shawl sendiri (ENTRI ni) , dua-dua aku jahit guna tangan.. hahahahha.. (gigih ko!)
Ni dia nursing cover yang aku buat sendiri
ni die instant shawl yang aku jahit sendiri


Travel
Tahun ni aku banyak bercuti dalam negara.. Cuti-cuti Malaysia. Tak ada sangat pergi oversea. Satu-satunya trip tahun ni pergi Osaka hari tu. Boleh baca kat ENTRI ni. Faktor utama sebab factor currency Ringgit Malaysia jatuh, so everything jadi mahal termasuk kos tiket kapal terbang.

Almost every month aku pi jalan-jalan pusing Semenanjung Malaysia. Sebab apa aku  pergi bercuti, boleh baca kat ENTRI ni..

Kenapa tak pergi Sabah  Sarawak?. Fyi, aku dah banyak kali ke Borneo tahun-tahun sebelum ni. So sebab tu tahun 2015 ni tak plan untuk ke sana.

Antara tempat (dalam Semenanjung) yang aku pergi tahun 2015 ni (dan siapkan entry publish kat blog, ada tempat yang aku tak sempat nak 'tulis'.. sorry) :

- Port Dickson
- Avani Sepang Gold Coast Resort
- Johor Bahru
- Banting, Selangor
- Langkawi
- Bentong, Pahang


Motherhood
Tahun ni FL genap 1 tahun masa Jun hari tu. Boleh baca kat ENTRI ni... How time flies too fast. Rasa macam baru je masuk labour room & penat "push" tak habis lagi.. hahhaha. (drama sangat ko!).. Sekarang umur FL dah 1 tahun 6 bulan. Dia exclusive breast feeding sampai umur 6 bulan (baca tentang My BF Journey kat ENTRI ni). And start umur die setahun, aku dah bagi die susu formula sebab demand die tinggi & supply aku kurang. Aku bagi die susu Pediasure sebab nak tambahkan kalori dalam badan die since die ni sangat-sangat kecik & kurus.. Berat die sekarang hanya 8.2 kg. Kecik kan?
However, die sangat-sangat aktif.. Dia start berjalan masa umur die setahun 3 bulan. Dia suka pergi hotel. Dia seorang yang observant, suka perhatikan orang (macam mummy die) and bagi aku die seorang fast learner sebab banyak benda yang dia belajar sendiri based on permerhatian die & bukan mummy or daddy yang ajarkan. Contoh macam solat, baca doa, lap air tumpah, assemble botol susu (sebab die pakai botol susu  MAM Anti-colic), jemur baju basah (baju dia je lah dia jemur), packing barang dalam beg kalau nak keluar, pakai baju sendiri, bukak nappy sendiri , letak baju kotor dalam basket, buang sampah dalam dustbin - semuanya die belajar sendiri based on pemerhatian die tengok mummy & daddy buat. Dia tengok sekali jer, terus die buat sendiri.

So much fun & the journey of mummyhood is really amazing. Although it is a little bit tiring but I enjoy every moment with her..


Finally, untuk 2016 pulak, aku tak tahu macam mana ngan life aku nanti. Maybe aku kurang update blog & blogwalking sebab nak concentrate kat study.. Almaklumlah dah 3rd year, target nya nak finish by September 2016 nanti tapi tak tahu la berjaya capai matlamat ke tak...

Or maybe aku kurangkan travel.. Tapi kalau tak travel, otak aku jadi 'cramp'...

So, entahla macam mana nanti. Tapi main focus tahun 2016 is STUDY, STUDY, STUDY and STUDY..
Happy New Year everyone !
Aku nak ucapkan terima kasih untuk semua yang baca blog aku, silet reader or my loyal follower.. Aku hargai korang sangat-sangat tapi kadang-kadang aku tak sempat nak blog walking menjengah korang.. Sooo sorry for that.. Tapi korang jangan la "merajuk" ngn aku. Nanti kalau akau ada masa lebih sikit, aku visit korang k..

Tuesday, 29 December 2015

Teknik Sonotron Hilangkan Batuk

Pause jap entry Kyoto - Osaka...
Aku nak post entry pasal sonotron ni sebelum aku buat pekasam dalam laptop aku ni..
 
******************************#throwback,
Masa musim jerebu teruk hari tu (September 2015), anak aku (FL) kena batuk hamper sebulan & selsema on off.. Kesian die, tak selesa.. Sebulan tu tempoh masa yang lama. Masa tu aku memang bengang giler dengan Kerajaan Indonesia sebab "buatkan" jerebu kat Malaysia..

 
Masa tempoh tu, aku tak keluar rumah langsung untuk beriadah, even tak pergi pun shopping complex. Hanya terpaksa keluar rumah untuk ke university & hantar FL ke nursery. Dalam umah, tingkap semua ditutup. Dalam kereta, tingkap pun tutup tapi FL ni sensitive, budak eczema la katakan.. Memang sangat-sangat sensitive dengan perubahan cuaca. Walaupun hanya menghirup udara tercemar tu untuk beberapa saat, die diserang batuk-batuk berkahak sampai sebulan...
 
Dah try buat teknik "sponge" tapi tak berkesan.. So, ada kawan suggest pergi bawa jumpa Dr.Nadir (Klinik Wangsa), Dr. Nadir buat teknik sedut kahak. Dr. Nadir ni famous, orang kata pakar sedut kahak la. Kalau bawa anak yang tengah batuk, selsema & berkahak jumpa Dr.nadir, confirm akan sembuh lepas jumpa Doc.. Dr.Nadir ni M.O (medical officer, bukan pakar) (ex-doctor kat Hospital Damai) tapi die dah macam pakar dah dalam dunia perubatan kanak-kanak. Kalau sape-sape rasa nak jumpa Dr.Nadir ni, boleh contact Klinik Wangsa (kat Wangsa Maju, KL) , 03- 4142 1614
.
Tapi kebetulan masa tu anak aku tengah sakit tu, Dr.Nadir tak ada di Malaysia. Dia tengah bercuti di luar negara. So, hasrat kami nak jumpa Dr.Nadir tak kesampaian sebab kami dah tak boleh nak tunggu lama lagi... Kesian sangat tengok FL ni, batuk tak henti-henti, tido malam pun tak lena.
 
So, search punya search, kami jumpa 1 klinik kat Lembah Keramat - KLINIK KELUARGA (Signboard warna hijau) yang buat teknik sonotron untuk buang kahak.. Bukan saja kanak-kanak boleh buat teknik ni, orang dewasa pun boleh. Doctor kata (and baca review orang ramai jugak) at least 3 kali kene ulang-alik ke klinik untuk buat sonotron ni, baru berkesan kahak hilang.. Tapi kami hari tu, buat sekali jer, terus hilang batuk & kahak. Alhamdulillah....

Teknik sonotron ni , guna mesin yang dipanggil "Sonotron". Mesin ni menggunakan frekuensi haba untuk MENCAIRKAN KAHAK di bahagian dada. So, Doktor, akan halakan (macam sembur air), ke arah dada pesakit, belakang dada dan juga dekat hidung sebab hidung tersumbat disebabkan selsema)..

Mula-mula princess ni duduk diam sebab excited bende alah ni.
Tapi lama-lama die boring & tak duduk diam dah..

Kat belah belakang pun kena buat jugak..

 
 Proses ni ambik masa dalam 10-15 minit, lepas tu, terus balik, no ubat-ubat...and no pantang-pantang.. Alhamdulillah, berkesan. lepas buat sonotron ni sekali. Batuk FL terus hilang & dia dapat tido dengan lena lepas tu..
 
Kalau sesiapa nak buat sonotron ni, boleh la pergi ke Klinik Keluarga (signboard warna hijau),
kat jalan AU5D, Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur.  
Thank you for reading!

Monday, 28 December 2015

HoTel Review :: Thistle Hotel, Port Dickson

Monday bluesss...
Baru jer balik dari bercuti panjang.. Jalan maha Jem.. Tapi Alhamdulillah, aku plan balik ke KL hari Sabtu, so tak tempoh jem ngan orang lain... Cuti xmas panjang baru ni kami bercuti ke Hot Spring, Bentong kat Negeri Pahang tu.. dekat jer dari KL. Tak nak gi jauh-jauh sebab ta nak redah jem yang maha dashyat.. Best giler hotel tu  & kami pun pergi gak ke Kuala Gandah Eelephant Sanctuary, lawatan sambil belajar untuk princess FL... Tapi nanti-nantilah aku cerita  pasal percutian kiteorang tu..
 
****************************************************************************
 
Hari ni nak cerita pasal percutian ke Port Dickson, nak review pasal hotel yang aku menginap kat sana tempoh hari. Waktu kejadian : weekend sebelum weekend Xmas & Maulidur Rasul..
 
Hotel Thistle , Port Dickson. Actually, dah 2 kali aku stay kat hotel ni.. Tapi sebelum ni aku tak pernah lagi buat review pasal hotel kat PD ni, so kali ni nak up lah story pasal ni.. Sebelum ni, aku ada review Hotel Thistle kat JB, boleh baca kat LINK NI...
 
Sebab apa aku suka sangat stay kat Thisle? entah la, En.suami yang book kan, aku follow jer. Tapi maybe sebab layanan staff Thistle yang sangat-sangat friendly & sangat membantu.. Langsung tak sombong atau buat muka kelat kat customer.. And sebab facility kat Hotel Thistle ni best.. Gym die besar gedabak & sangat-sangat selesa untuk sape-sape nak 'kuruskan badan'.. And die punya swimming pool pun besar gedabak, selesa la nak swim bile crowd ramai. Tak ade lah crowded giler macam Hotel Avani Gold  Coast, Sepang (Tapi Avani pun best giler tau, boleh baca Review pasal Avani Gold Coast kat SINI).
 
Thistle PD ni tepi laut, so sape-sape yang nak main air laut, nak bersantai kat beach, boleh la jalan kaki ke pantai. Aktiviti sukan laut pun ada macam kayak, speed boat, banana boat.  
 
Ni main pool Thistle PD. Besar gerdabak. Kat hotel ni ada 2 pool. Satu main pool ni, and satu lagi pool kat tepi beach, yang tu kecik. But selesa untuk sape-sape yang nak kan privacy, jauh dari orang & boleh layan makan-minum kat café kat pool tu..
 
Setiap bilik ada balkoni...
 
 
 
Ni bilik aku..
Masa tu aku duduk kat ground floor. Punyalah banyak nyamuk, tapi staff hotel bagi 'ridsect' and die tolong 'spray' kan sekali + ada ubat nyamuk elektrik dalam bilik ni. So, bile malam tido tak terasa sangat la nyamuk menyanyi & gigit..

Kat dalam bilik ni, ada living room & 1 bed room (with king size bed).
Kat living room, ada 2 sofa.. memang selesa giler...

Ni bed room ngan 'make-up' room.
Ada 2 sink dalam bilik ni, so, tak ada lah nak berebut..

"Tak sabar nak gi mandi pool ni"...
Bilik kiteorang ni depan swimming pool,
so, keluar bilik je terus terpacak kat swimming pool

Sink ni kat dalam 'Make-up" room...
And pintu restroom room ni ada 2 entrance.
Satu belah sink ni & satu lagi kat main entrance bilik ni..
See, Nampak kan, dari 'sini' terus nampak pintu ke main door tu..
 
Ni restroom. Ada 2 pintu macam aku cakap tadi.
Pastu dalam shower room ni, ada 1 bath tub,
and ada 1 shower room (ada pintu gak), and 1 toilet (ada pintu gak)

 
Ni kids room...

Asyik die main bola. Tapi lebih asyik kalau dapat tengok orang 'coz she is an observer

 
  
Ni kids room - tempat mainan budak-budak

Die paling suka main air-air ni..
 
Pool for kids ade 2. Dua-dua ada 'slide' atau gelongsor..

OOTD..
Swim suit : From Schwarzenbach
Body Warmer : From Mothercare
Float : From Swim Trainer
 
 
FL with her swim coach..
hahhahahaha

Ni posing depan bilik...
Keluar jer pintu bilik terus terpacak kat depan pool.
I was wearing 'Ogival Muslimah Swimsuit'

Ni lah GYM die yang aku cakap besar gedabak tadi...
plus, gym ni sangat cool ngn music die & sangat Wangi.
Banyak giler treadmill die

Nak ber-yoga pun boleh kat sini. Siap ade gym ball lagi

Sape yang nak "buat badan", nak jadi abang sado,
boleh la guna semua bende alah ni

Ni lobi die. Besar

ni portable drying rack yang aku selalu bwak bile travel.
Sebab senang aku nak keringkan pingan-mangkuk yang basah-basah tu.
Dyring rack ni sangat ringan & travel friendly (memang dicipta untuk travel pun),
die jimat space sebab boleh muat dalam handbeg jer..
 
 
Ok, overall, bercuti kat Thistle PD ni sangat-sangat best.
Macam-macam facility die ada.
And ada padang golf jugak.
Golfer-golfer, this is a place for u as well.
And ada court tenis & boleh sewa basikal jugak..
Playground untuk kids pun ada..
Kalau sape-sape nak buat team building kat sini, pun ada jugak fasiliti untuk team building..
Pendek kata, lengkap la semuanya from top to toe...
 
** Very recommended..
 
Ok, that's all,
nanti aku sambung cerita pasal Jepun lak atau cerite percutian aku ke Bentong, Pahang recently..
Thank you for reading guys !
 

Tuesday, 22 December 2015

Travel :: Tips Masuk ke Universal Studio Japan

Salah satu matlamat nak ke Osaka ialah sebab nak ke USJ - Universal Studio Japan. Aku punya wishlist, nak masuk semua Universal Studio dalam dunia ni. Aku dah pergi USS, dan kali ni ke USJ pulak, Hopefully tercapai la satu hari nanti untuk masuk semua Universal sudio dalam dunia ni. En.suami pun dah bagi greenlights. Yeaaaayyy..
Frankly speaking, from the bottom of my heart, nak masuk USJ ni mencabar jugak la... USJ tak sama macam USS (Universal Studio Singapore). Kalau korang kata ramai giler orang pergi USS, USJ ni lagi berkali-kali ganda ramai.. And yang ramai tu kebanyakkannya rakyat Jepun sendiri. Jepun kan terkenal dengan jumlah populasi yang banyak. En.suami spend time untuk  search pasal USJ (via internet surfing) lama jugak la. Macam-macam review kami baca.
USJ ni dibuka dari jam 9 pagi sampai 9.30 malam. Hari-hari bukak. Ada one day tiecket, and ada 2 day ticket.
1. How to get there :
1. Naik JR train - 'Osaka Loop Line'
2. Then, stop kat stesen 'Nishikujo'
3. Tukar train, ambik train 'JR Yumesaki Line' - train kartun-kartun atau train gambar 'Harry Porter'
4. Pastu, stop kat stesen 'Universal-City', 2 stesen je dari 'Nishikujo'.
Ni lah rupa train yang menuju ke USJ
2. Beli Tiket USJ
#Tips untuk beli tiket - belilah siap-siap sebelum tiba di USJ sebabnya kalau walk in , hazabedah! sangat-sangatlah lama. Kawan aku punya pengalaman, 2 jam beratur kat kaunter tiket nak beli tiket jer.. Pastu pulak, nak beli 'express pass' tak boleh beli kat kaunter, terpaksa beli di online. Kalau tak beli express pass - beratur la jawabnya.. Beratur kat dalam USJ ni tak sama macam beratur kat dalam USS tau. hahahha
Ni interface website USJ

Ni pengalaman aku (mungkin pengalaman korang berbeza, so nanti janganla pulak kata - saya senang je beli tiket)....

#1. Beli tiket via online - https://www.usj.co.jp/e/
First thing first, nak dapatkan tiket masuk ke USJ. For your information, tiket USJ yang dijual di website dieorang (online purchasing), - perlu dibeli dengan bahasa Jepun. Maksudnya, bile kita nak beli tiket through website USJ ni, die automatik terus keluar bahasa Jepun. So, kalau nak beli tiket, kena guna 'Google Translator' untuk purchase ticket. Kalau ada kawan-kawan yang tahu bahasa Jepun, minta tolong la kat depa untuk buatkan.
Pastu , bile dah berjaya, and nak bayar, tak boleh bayar, die tetiba pergi ke page lain. huhu...
#2. Beli tiket kat mesin OP.
Mesin ni ada kat kedai runcit Lawson kat sekitar Negara Jepun ni.. Nak beli tiket apa-apa, boleh beli guna mesin ni.. Sama macam nak beli through online, bila nak bayar, dia terus bahasa Jepun. So, kena minta tolong staf kat situ, tolong buatkan. Tapi kalau staff tu sibuk, ada customer lain masa tu, niat tu terpaksa dibatalkan saja..
Ni rupa mesin OP.. Tiket masuk Disneyland pun boleh beli kat sini.
#3. Walk-in : Beli tiket kat pintu masuk USJ 
So, terpaksalah aku beratur panjang kat depan kaunter USJ ni.. Kalau nak walk - in, make sure datang pagi-pagi, sebab nanti nak kena beratur nak main game kat dalam pulak...
#4. Beli tiket USJ kat Agensi Pelancongan atau Matta Fair
Kalau baca blog Sis Jari Manis - JM yang comel, die beli kat Matta Fair kat PWTC tu.. Baca entry tu kat SINI. Kalau nak beli kat Matta Fair tu, kena plan awal-awal la bile nak ke USJ, sebab bile dah beli dah tak boleh return semula dah. Macam aku yang jenis plan last- minit ni, memang tak dapat la nak beli awal-awal. 
 Harga tiket

Harga 'Express Pass'
Pass 3 - 3,300 yen
Pass 5 - 5,200 yen
Pass 7 - 6,600 yen
** P/s : Pass 3 tu maksudnya 3 game jer yang boleh express (tak perlu beratur).
Kalau Pass 5 - 5 game je la yang boleh express..
**P/s : Harga ni selalu berubah-rubah ikut tarikh.
So, sebelum beli, kena check dulu kat wesite USJ.

Kenapa kena beli 'express pass'?
Sebabnya kalau tak beli, korang kena beratur panjang giler untuk main satu-satu game atau nak naik ride. Contohnya, main attraction kat USJ ni 'Harry Porter' , nak beratur untuk naik Harry Porter ni 2 jam. Kalau beli express pass, tak perlu beratur, terus naik jer.
Express pass ni bukan untuk semua game. Ada ceritain game jer, depends on package yang kita beli. Dan pakej ni tak sama sepanjang tahun, die berubah-rubah ikut suka hati dia. So, kena selalu check website die la, apa yang latest seblum korang beli..
3. Plan your trip to USJ
Memandangkan USJ ni dipenuhi dengan lautan manusia, dan nak main satu-satu game tu, kena beratur panjang giler,  jadinya lebih baik korang plan trip korang ke sana. Sebelum datang sini, download dulu map USJ from website dieorang kat sini - https://www.usj.co.jp/e/common/studiomap.html.
And, study apa attraction yang best kat sini, and apa yang korang nak naik. Pastu, bile masuk dalam USJ, terus tuju ke tempat yang korang nak main tu. Sebabnya, kalau tak buat macam ni, sampai sana baru terpinga-pinga nak main apa, masa korang habis macam tu jer... Dah la bayar mahal.
Kat dalam USJ ni penuh ngan local tourist dari Negara Jepun sendiri. Staff USJ (orang Jepun) tak macam yang kita kenal kat luar USJ which is sooo friendly. Kat dalam sini, staff tu tak layan sangat tourist dari negara lain. Dieorang lebih bagi perhatian kat rakyat dieorang sendiri. Ye la, rakyat dieorang yang berjuta-juta ni juga yang menyumbang pada ekonomi USJ ni..  
Attraction yang paling best dalam USJ ni - Harry Porter (wajib cuba!), Jaws , Jurassic Park (rasanya kat USS pun ada Jurassic Park ni). Yang lain-lain tu, depends la korang nak naik apa.



4. Makan
Kat dalam USJ tak ada tempat makan halal. So, kami bawak bekal makanan masuk sini. Actually, tak boleh bawak, tapi kami sorok-sorok dalam diapers bag FL. Kalau tak bawak bekal, maybe korang boleh makan vegetarian food kat restoren dalam USJ ni. Ada banyak resoten kat sini. Food court pun ada. Atau boleh bawak snack atau roti-roti sorok-sorok letak dalam beg.
Untuk yang bawak baby pulak , baby food ada jual kat 'Snoopy Backlot Café'. So mummy tak yah risau kat mana nak cari baby food atau risau nak bawak 'puree' untuk baby. Mummies boleh beli yang vegetable ingredients food. Confirm halal.
My lunch box
5. Solat
Kat dalam USJ tak ada prayer room khas untuk solat. So, hari tu kami cari tempat tersembunyi & perform our solat. Wudhu' ambik kat dalam toilet. Alternative lain, korang maybe boleh minta kebenaran untuk solat dalam baby room (kat dalam 'Universal Wonderland'). Hari tu kami tak solat sini, sebab en.suami segan & tak nak ganggu keselesaan ibu-ibu lain untuk buat 'urusan' dalam baby room ni. That's why, kami solat kat tempat lain.
Solat kat tempat tersembunyi..
Kalau travel, biasanya aku memang bawak sejadah yang nipis giler (khas untuk travel)..
Masa pergi hari tu, haji hujan..
Semoga info-info yang aku kongsikan ni dapat membantu mempermudahkan urusan korang untuk masuk dalam USJ.. Kalau ada info yang tak lengkap, aku mintak maaf.. Maybe korang boleh cuba search kat blog-blog lain yang cerite pasal USJ ni..
That's all for today. Nanti aku sambung lagi k.
Thank u for reading !

Friday, 18 December 2015

Travel :: From Kyoto to Osaka

First of all, sorry gambar kat enry sebelum ni tak keluar... Aku pun tak tahu kenapa, maybe sebab aku copy paste gambar tu dari pakcik gugel, pastu pakcik gugel marah, then die block kan gambar tu tak kasi korang tengok.. hahahhaha... Sorry ye... Aku tak ada gambar kat 'Philosophy Path' tu sebab aku tak pergi situ hari tu, info tu aku dapat dari internet. Nanti, kalau aku rajin (kalau rajin la, aku cari gambar lain k untuk korang jamu mata sebab seriously 'Philosophy Path' tu cantik giler)
 
***************************************************
 
 
Before kami ke Golden Temple, kami naik teksi dari hotel ke Kyoto Train Station dulu sebab nak simpan beg dulu kat sini. Harga teksi dalam RM60 (2000 ++ yen) untuk perjalanan dari hotel ke stesen tren - 15 minit. Dah jadi lumrah bila kiteorang travel, tempat letak luggage tu adalah bende yang wajib kena ambik tahu di setiap destinasi yang dituju.. Perangai dari travel sorang-sorang sebelum kahwin, sampai lah travel dengan anak..backpacker katakan..  hahahaha..
 
Sebab senang nak tinggal luggage, malas nak usung 1 dunia.. Kat Kyoto Train Station ni, ada kaunter yang tinggal beg tu, ada orang jaga, and bayar di kaunter & ade jugak locker. So, kiteorang ambik 2 biji locker yang besar. 1 locker harga 500 yen. So, kiteorang kene bayar 1000 yen untuk 2 locker..
 
 
 
This little gurl so obsessed with vending machine..
macam jakun pulak tengok vending machine kat merata-rata
tempat sebab dia tak pernah tengok bende alah ni kat Malaysia... hahhahaha

Bila penat, rehat je la dulu kat kaki lima..
Why bother??

Kalau kat Kyoto Train Station,
ada attach sekali ngan shopping complex,
siap ada Isetan lagi..
So, korang boleh la shopping kat Kyoto Train Station ni kalau nak

Budak kecik ni tengah tawar-menawar harga dengan sales gurl tu...

Penat asyik jalan jer tak henti-henti..
So, kita duduk makan-makan la dulu...

Selphiee satuuu..
(Wearing 'Printed Babe & Basic Hijab' from 'NaelofarHijab'
- senang buat travel sebab tak perlu iron & tak renyuk)

 

With 2 big luggage & 1 stroller & 1 cheeky toddler,
I could rather said that was really 'amazing' journey,
as Kyoto & Osaka is not a "stroller-friendly'" country.
 
 
Dari Kyoto, kami naik 'Haruka Train', stop at "Tennoji Station" sebab hotel kami dalam Daerah Tennoji, Osaka. Pastu kena naik subway atau JR Train pergi ke stesen Namba.. Tapi kami gerak dari Kyoto dah lambat. Train dari Kyoto ke Tennoji ambik masa dalam 1 jam lebih.  Bila sampai di Tennoji station, subway semua dah tutup sebab dah kul 12 malam.. So, terpaksa ambik teksi ke hotel..
 
Nak cerite ni.. punyalah kiteorang bengang dengan driver teksi tu..
Maybe bukan semua taxi driver kat Osaka ni macam ni...
Mungkin nasib kiteornag tak baik dapat taxi driver yang macam tu..
 
Ceritenya - driver tu tak tahu bahasa inggeris, so iteorang communicate guna bahasa ayam - itik.. Pastu, en.suami tunjuk kan kertas (alamat hotel), die masukkan butiran alamat tu kat GPS die.. Aku Nampak macam die masukkan "kod kawasan"(lebih kurang macam poskod la).. Pastu, last2 die sesat.. Die pun duk pusing-pusing la kawasan tu padahal hotel kami tu dah dekat dah ngn tempat yang die pusing tu.. Yang aku heran, kenapa pakai GPS pun, masih lagi sesat.. Soooo tak masuk akal!..
 
Then, en.suami cakap kat aku yang GPS kat sini customize, dieorang tak pakai google maps atau waze macam yang kite duk pakai kat Malaysia ni. And customize die sangatlah menyusahkan orang! Pastu, lepas dah puas pusing, die stop kat tepi jalan, tanya orang kat mana hotel tu, orang tu pun tak tahu.. Then, driver tu cakap dengan kiteorang "tak apa bende entah" sebab die cakap bahasa Jepun..
 
Aku suruh die call hotel tu.. Die pulak suruh kami call guna hp kami.. hahaha.. Lawak-lawak. So, terpaksalah kami call hotel tu guna hp kami (kene buat roaming la) tapi no telipon hotel salah... So, tak dapat la call hotel.. Then, terpaksa en.suami ON GPS kat hp die (buat roaming la),guna Google Maps, kejap jer dah sampai hotel... memang sooo bengang dengan driver teksi tu..
 
Dah la die yang sesat! tak tahu bahasa inggeris pulak! tak tahu gadjet pulak! Sepatutnya jadi driver teksi kena la peka dengan semua application ni sebab memang tugas die untuk bawak penumpang sampai ke destinasi.. And lagi satu yang buat kami BENGANG TAHAP GABAN - die charge harga yang die sesat tu ikut 'meter / jarak' kat meter teksi tu... Geram betul aku!!.... So, malam tu kami kena bayar 2000 yen untuk perjalanan yang pendek tu...
 
Bila sampai hotel, aku cakap kat receptionist telifon hotel tak dapat (no service), staff hotel pulak tak paham! sebab dieorang kat sini cakap Jepun jer, tak cakap omputih.. Sabooooo jer la...
 
 
Nah aku belanja 1 gambar penghibur hati....