Monday, 23 November 2015

Osaka - Kyoto :: Departure & Arrival

Assalamualaikum...
 
FYI, aku dah selamat pulang ke bumitercinta ni last week tapi sorry tak sempat nak update. Hari ni baru nak mula bercerita... Jangan jemu pulak ye dengar aku membebeell...
 
 
#Departure
 
Aku ambik ticket Air Asia X dari KLIA 2 ke Kansai International Airport (KIX). Flight return untuk 3 orang (sorang infant) dapat RM 2,500. Ok lah not bad.. Flight jam 1 pagi. So, aku pakaikan FL siap-siap ngan baju tido, senang sebab sampai airport jer, nak terus check-in, boarding, and tido.. Tak ada masa dah nak layan window shopping merewang-rewang.. So, baju tido la yang paling selesa untuk infant macam FL ni...
 
Kami tak ambik 'bassinett' untuk FL sebab dia dah besar, dah tak muat duduk dalam 'bassinett'. So , kami ambik seat biasa jer. Hot seat pun tak sesuai untuk FL sebab 'penghadang antara seat' di hot seat tu tak flexible, tak boleh nak buat 'turun-naik'. Aku harap korang paham la apa yang aku maksudkan ni...
 
Alhamdulillah, flight tak penuh, so, kami dapat extra seat untuk FL. Just paid another extra RM30 ++ untuk extra seat tu. Yang ini, Air Asia akan bagi option kat kita 3 hari sebelum depart. Air Asia akan bagi email.. Kalau tak confirm through online pun, nanti bila naik flight, kalau ada seat kosong, boleh la minta 'option' untuk extra seat tu. Tapi bayaran nya sama jer... I Think kalau confirm awal-awal lagi senang, sebab nanti bila check-in terus dapat no. seat. (Kalau ada infant, tak boleh buat online check-in).
 
Kami sampai awal di KLIA 2, so ada masa la nak relax-relax jap and tukar nappy FL. Di KLIA 2, baby room ada kat mana-mana jer, so senang untuk mummy or daddy nak pergi baby room either to change diapers or nursing as well. 
 
Muka mengantuk, tengah que untuk check-in

Kat KLIA 2 - posing sebelum naik flight...
 
 
Flight dari KL ke Kansai ambik masa 7 jam..
Beza waktu antara KL & Jepun, Jepun cepat sejam..
Ni dah pagi. Time bangun solat subuh.
So, bila dah bangun, buat rondaan cabin la nak tengok semuanya OK tak...
Kot-kot la ada yang perlukan bantuan, bolehla FL tolong bagitau kat cabin crew..
(She was wearing H&M Sleepsuit - #leenaootd)

SubhanaAllah. Cantiknya ciptaan Allah bila fajar menyinsing.
 Solat subuh kat tempat duduk jer (solat duduk - ambik wudhu kat dalam toilet).
Picture ni aku snap masa waktu subuh. Waktu tu jam 5 pagi kalau tak silap aku.
So, masa ni breakfast dah siap terhidang atas flight..
Flight landing jam 7 pagi. Waktu tu, dah cerah giler macam jam 9 pagi waktu Malaysia..
Kat Osaka, waktu siang die kejap jer. Jam 4.30 petang dah maghrib...
 
 
#Arrival
Kansai International Airport (KIX) merupakan airport no.1 di dunia dalam handling baggage yang mana bagasi/luggage tak pernah hilang walaupun 1 baggage sejak die mula beroperasi pada tahun 1994... Hebat kan... KIX tersenarai dalam Guinness World Record & Skytrax listing as the top airport of baggage handling.. Hebat kan!
 
Biasanya, sebelum travel, aku akan survey siap-siap facilities yang ada kat airport tu supaya senang keja aku nanti, tak ada lah tercari-cari...  And aku jugak akan survey pasal benda-benda yang wajib aku tahu sebelum sampai kat destinasi tu..
 
Contoh :
 
My Traveler Note Book for Osaka - Kyoto Trip 2015
 
 
1. Baby Room
So, untuk baby room, KIX ada 4 buah baby room.
 
1) Selepas kastam check, keluar gate arrival, terus jumpa baby room depan mata (bawah escalator- south wing).
2) Kat dalam departure hall
3) Kat Dosmestic Terminal
4) Kat dalam Aero Plaza - depan stesen keretapi


Baby room di KIX. Selesa dan Bersih.. Air panas nak buat susu pun ada..
 
2. Surau
 
Kat dalam KIX, ada 3 buah surau. Surau die bersih & cantik. Siap ada tempat ambik wudhu dalam surau, and kat dalam surau perempuan ada telekung tapi tak banyak la... 2 surau kat departure gate (international departure) and 1 lagi kat Terminal 1, Tingkat 3. Dekat dengan kedai makan..
Surau kat Departure Gate tu (kene lepas immigration dulu, baru boleh ke surau), kat hujung sekali, kat Gate no.26, tapi nanti naik jer train (macam aero train kat KLIA tu) ke gate mana pun sebab train tu akan berhenti di floor & terminal yang sama. 
 
Muslim Friendly Airport KIX
Credit picture to pakcik Gugel
 
3. Tempat Makan dalam KIX
Ada 4 buah restoren Halal kat dalam KIX ni yang dapat sijil Halal dari Malaysia. So, tak susah nak cari tempat makan kat sini... Boleh refer, click  entry ni.
 
 
# From Kansai to Kyoto
Dari KIX, aku naik tren 'HARUKA' ke Kyoto. The journey took about 1 hour and 30 minutes... Laju gak la... Tiket untuk Haruka ni (dari KIX ke Kyoto) - 2060 yen.. Haruka ni under JR Train Company. So, kite kene naik ke Tingkat 2, pergi ke Kansai Airport Railway Station. Kalau korang nak pergi Osaka ker, Nara ke, Kobe ker dengan naik train, semuanya naik kat sini..
 
Ni train station nye. Kat sini cuma ada JR & Nankai Rail jer..
 
 
Kat sini, ada Pass untuk tourist. Maybe lagi murah kot. Ada Haruka pass, ada Kansai Wide area pass, and macam-macam lagi lah.. KOrang boleh pilih nak pass yang mana. Tapi ada pro& cons nye. Sebab pass tu tak cover untuk semua jenis train. Ade tu cover JR train jer, ade tu cover subway jer.. So, pilihla yang mana berkenan.
 
Ni harga pass nye..
 
Kitaorang tak ambik pass tu sebab pass tu tak cover semua, so kiteorang beli kad "Touch & Go". Kad ni nama die "ICOCA". Kad ni boleh guna untuk train mana-mana pun even subway pun boleh. Harga kad ni paling kurang 1,500 yen, nanti kalau dah habis duit tu, boleh top-up kat mana-mana train station. Maksudnya, bile beli kad ni, kat dalam tu ada duit 1,500 yen. Bile nak balik ke Malaysia, pulangkan semula kad ni, and kita akan dapat 500 yen semula..
 
 
Ini kad 'touch & go' aku. Comeyy.. Ada gambar Hello Kitty

Ni kalau 'one-way ticket'. Bukan Huawei OK!

Sementara menanti que, nak beli tiket train

 

 
 
Ni dia HARUKA train. Aku ambik tiket yang free seating.
So, boleh duduk kat mana-mana jer.
Kalau penuh, nasib la korang kene berdiri. Tapi biasanya tak penuh la..
Free-seating ni duk kat coach No. 4 , 5, 6 jer..
Kalau yang book seat, duduk kat Coach No. 1-3,
tapi tiket nya 2 kali ganda dari tiket yang aku bayar tu..
 
Kat dalam train ni, ade vending machine. Kalau rasa dahaga, boleh beli air kat sini...
 
Interior dalam HARUKA Train.  Kerusi ni boleh pusing-pusing tau.
Macam ETS la, tapi lagi advance dari ETS. Aku rasa pihak KTM (Keretapi Tanah Melayu) boleh upgrade kan Train ETS jadi macam ni, ada tempat letak bagasi besar-besar (ETS tak ada ruang untuk letak bagasi besar)..
 
During long-journey train like this...
Layan gadget la jawabnya si kecik ni...
Kalau tak, habis 1 keretapi die buat spot-check..
 
#Kyoto Train Station
Bila naik train, train akan berhenti di Kyoto Train Station. Train station ni meriah la.. Mana-mana train station kat Jepun ni pun meriah, ramai manusia... And bagi aku, architecture train station ni moden. Nampaklah die punya modern style architecture tu.
 
Kat sini atau mana-mana  tempat di Jepun ni tak "baby-friendly". So, bagi aku yang bawak stroller, jenuh la nak mencari lift (orang Jepun tak panggil lift - dieorang panggil "elevator"). Kat Jepun ni orang banyak guna tangga, even warga emas kat sini pun dieorang lagi selesa guna tangga atau escalator.. So, baby wearing is the best choice to travel. But, we also do need a stroller as well.. Alhamdulillah, aku punya stroller, "travel-friendly" as it is Made in Japan.
 
Inside Kyoto Train Station
 
Kyoto Train Station
 
 

 
  
Kyoto Tower - betul-betul kat depan train station ni
 
Aku guna stroller hitam belang-belang ni jenama 'APRICA'.. Model 'FLYE'.
Made in Japan. Very light weight - only 5 kg.. Boleh fold & unfold sebelah tangan jer..
So senang bawak travel kemana-mana pun, sebab boleh angkut ngan sebelah tangan jer..
Even tak ade daddy pun, mummy boleh handle sorang-sorang...

Teksi di Kyoto.
Pemandu teksi kat sini pakai topi macam topi kapten kapal bila ada passenger.
Bila tak ade passenger , dieorang tak pakai topi

So, itulah kisah departure and arrival aku untuk trip kali ni sehinggalah aku selamat tiba di Bandar Kyoto.. Nanti aku cerite pasal Kyoto di lain hari k.... Thank you for reading u oll...


Wednesday, 18 November 2015

Review : Japanese Noodles Soba Restaurant, OSAKA

Restoren ni terletak kat dalam Kansai International Airport (KIX), kat Tingkat 3.. Actually kat dalam KIX ni, ada 4 buah restoren halal yang dapat pengesahan sijil HALAL dari Malaysia since ramai tourist Muslim from Malaysia yang datang ke sini.
 
Restoren ni salah satu la yang ada Sijil HALAL - Japanese Noodles Soba Restaurant. Restoren ni cuma serve mee Jepun tu je yang dipanggil Soba. Mee Udon tak ada di sini ya.. No rice nor sushi too...
 
 

Muka depan restoren
 

Keropok Jepun.. Sedap sangat. ranggup jer..
 
Ada wifi free kat sini

Harga makan kat sini start dari 1000 yen

Restoren ni luas, so boleh tampung ramai customer pada satu2 masa

Soba Soup with Tempura. Kalau makan macam ni 2000 yen
 
 

Prawn Tempura

Orang Jepun makan soup macam ni -guna senduk & chopstick
 
 
Highly recommended... Sebab restoren ni 100% halal... and mee die pun sedap... and tempat die pun selesa... Tapi staff die tak pandai speaking English. So kami cakap bahasa ayam-itik je la... Air green tea boleh refill sampai penuh perut.. Kalau rasa nak makan makanan Jepun di Negara Jepun, boleh la ke sini...

Tuesday, 17 November 2015

On Vacation - Why?

Hye Guys.. Assalamualaikum

Actually, hari ni aku nak up entry pasal salah satu restoren Jepun yang halal kat Osaka ni tapi sebabkan internet lembap nak mati, jadi terpaksa aku buat story lain... Aku nak meluahkan perasaan.. Yes! Meluahkan perasaan.. Blog is not for sharing only ait, it is also for LUAHAN PERASAAN kan? hahahha...

Ok, since all of you knew that i'm on my vacation right now, being to Southern Japan, and a famous destination for experiencing autumn - Kyoto & Osaka... Aku nak cerita kenapa aku kesini...


 ******* and the story begin...
Sememangnya setiap tahun aku akan pergi bercuti ke luar negara. That's a MUST. dan bercuti kdalam negara, sebulan sekali.. That's also a MUST... Tapi pergi ke Japan ni sama sekali tak dirancang.. Everything buat plan last minute.. Even book ticket flight pun last minute, tapi nasib baik still dapat harga yang affordable by using Air Asia X... RM 2,500 untuk 3 orang (return ticket).. Not bad la kan... Flight dari KLIA 2 ke Kansai.. 

Semua tahu aku tengah buat Ph.D..... Since October, Aku bengang giler ngan supervisor aku... Supervisor aku orang putih a.k.a Mat Saleh dan dia seorang senior lecturer...I think he is already 60s by age.. Aku tak ada apa-apa halangan untuk bekerja dengan Mat Saleh.. Tapi, dari sehari ke sehari, aku nampak cara pemikiran dia ni berbeza dari aku... 

Satunya (#1), 
Dia nak aku ikut cara dia... Walhal, ni research aku, aku yang lebih arif dengan apa yang aku buat. In addition, aku yang baca semua journal article and all the internet info and all the books, so for sure aku lebih tahu pasal research aku ni. Dia tak baca apa-apa pun pasal research aku ni, believe in me - dia tak tahu langsung!, tapi dia berlagak macam dia lebih pandai dari aku.... Apa yang dia cakap, dia nak aku tulis dalam tesis aku.. Mana boleh macam tu! sebab apa yang dia cakap tak ada bukti (tak ada sumber!), So tak kan la aku nak tulis dalam tesis - "Source : (DR. XOXO, 2015)... Kepala otak dia!


Kedua  (#2),
Aku langsung tak buat lagi research aku (data analysis). Data collection pun stuck halfway, sebab dia suruh stop dulu, dia nak aku concentrate buat write-up tulis Chapter 1, Chapter 2, Chapter 3.. Orang lain (yang buat PHD), biasanya, Chapter- chapter ni kita tulis last sekali especially Chapter 1 sebab data collection & data analysis takes time or even it takes years to finish it. Thats why, people do the analysis part first rather than write-up... Pastu pulak, bila aku dah siapkan semua chapter-chapter tu, dia suruh aku baiki itu dan ini supaya menjadi PERFECT!.. Kepala otak dia! Bilanya aku nak siap kalau asyik duk membaiki jer.. Believe me nak tulis 1 muka surat pun, boleh ambik masa 1 hari tau, sebab nak pikir tu ambik masa....Lain la tulis blog, 1 jam pun,macam-macam dapat tulis...

Ketiga (#3)
In order to graduate as a Philosophy Doctorate, u have to submit and being acceptance - 1 journal paper at least... Kalau tak buat journal paper tu, harapkan semata-mata tesis, walaupun tesis tu POWER giler memang sampai bila-bila lah tak dapat grad Ph.D..  So, aku pun menulis lah journal paper, memang banyak journal paper yang ada dalam DRAFT laptop aku ni... Bila aku cakap kat dia, aku tengah buat paper pasal XXX. Dia suruh stop, and buat write-up. Dia tak cakap direct, tapi cara dia tu kite paham lah yang dia tak nak aku buat paper. Aku dah banyak kali cakap kat dia, this is a UPM requirement - to publish at least 1 journal paper in order to graduate... Dia cakap "yes" dan angguk tapi the end. Dia akan balik pada yang asal.. So bila nya aku nak hantar journal paper tu kalau dah selalu duk 'hang' jer..

Keempat (#4),
Dia selalu bandingkan cara penulisan tesis aku dengan cara menulis buku... Mana sama bro!.. Cara tulis buku lain, cara tulis journal lain, cara tulis research lain... Memang sama sekali tak sama.. Tapi, dia duk asyik bandingkan dan suruh aku menulis mengikut gaya menulis buku. Sebabnya - dia tak pernah buat research (PHD pun dia buat masa tahun 70an dulu, and since then, dia tak ada buat research langsung)  and recently, die tulis buku. Thats why, die selalu compare cara aku menulis dengan cara die menulis buku.

Kelima (#5),
Dia selalu pertikaikan format penulisan Tesis oleh universiti... Dia tak setuju aku ikut format tu, dia nak aku ikut cara dia... Welll.. Ni bangang tahap gaban aku boleh katakan . Dah itu yang ditetapkan oleh University Graduate School, aku kene ikutla. Nanti kalau aku tak ikut, aku tak dapatla grad... Dia boleh pulak bergaduh ngan aku pasal format tesis tu... ayooo.... bende simple tu pun nak bergaduh.. Well, korang nampak kan, di asangat keras kepala, apa yang dia kata, kite kene ikut. Padahal, ni tesis aku, ikut suka aku la nak buat lagu mana pun...


Dan ... ada banyak lagi yang buat aku rasa nak hantuk kepala kat dinding...  
Aku rasa nak give-up buat Ph.D ni... 
Kalau macam ni gayanya, harapan aku untuk submit tesis by September next year memang tak kesampaian la.. 
Aku tak nak drag sub,it tesis ni ... 
Sebab aku tak sabar nak merealisasikan impian aku - 
untuk menjadi SURI RUMAH SEPENUH MASA.... + a part time traveller..
Aku dah penat menghadap research ni, plus pulak dengan supervisor yang macam hampeh ni... 
Lagi lah buatkan aku menyampah...
Tension, stress, semua ada...

Dan kebetulan pulak, my husband was being away for about a month... 
He went for outstation in United States. Somehow, for business meeting...  
And that was the ultimate reason for being on vacation besides wanna get away from my stress....

Cadangan aku untuk bercuti ke Japan diluluskan oleh en.suami tanpa ada sebarang bantahan langsung.. Dan ticket flight dibeli boleh en.suami semasa dia di U.S.. En.suami balik je ke Kuala Lumpur, esokannya, kami fly ke Kansai..
Hotel pun kami book beberapa jam sebelum fly..
But Alhamdulilllah, everything was fine even thought with last minute preparation..

Friday, 13 November 2015

Wordless Kyoto :: Gion

Only in Kyoto , specifically Gion City, you can see Geisha & Maiko..Gion is an ancient town of Japan.. " A-must-visit" place when you are in Kyoto...

Thursday, 12 November 2015

Kansai, Japan :: Safely Arrived

Alhamdulilllah.. We are safely arrived at Kansai International Airport, Japan for experiencing the autumn in Osaka and Kyoto....

Stay tuned for more updates... Nitez everybody...

Friday, 6 November 2015

Travel :: Tukar Gambar Passport

FL akan travel tak lama lagi.... So, kenalah update passport kalau tak , tak lepas imigresen nanti sebab muka dia dah berubah.. FL buat passport first time last year, masa nak ke Melbourne.. Dah setahun masa berlalu, for sure muka dah berubah. Sebab tu kena tukar gambar even passport masih lagi valid. Passport dia kami buat untuk 5 tahun. So masih ada lagi 4 tahun.

Proses tukar gambar passport ni FREE jer, tak yah bayar sesen pun.. Hanya perlu bawak dokumen ni:

1. Gambar passport terbaru (background putih) - 3 keping
2. Sijil lahir anak - Original & fotostat
3. IC mak / ayah / penjaga - Original & fotostat
4. Isi borang tukar gambar... Borang ni ambik kat Pejabat Imigresen Bahagian Passport tu la.... 

** JANGAN LUPA bawak anak sekali... Ada kes Hamba Allah tak bawak anak sekali, dah jenuh nak kena balik umah pulak ambik anak...

Aku buat proses ni kat Pejabat Imigresen Putrajaya, located at Menara Ikhlas (depan Perbadanan Putrajaya). Masa pergi tu, aku tak bawak gambar passport sebab aku tak jumpa kedai gambar kat Putrajaya ni... Aku rasa sekarang ni, it's very hard to find photo shop. Sebab sekarang, orang dah tak tangkap gambar kat kedai dah, orang cuma hantar kedai untuk cuci gambar jer...

Dulu aku selalu pergi kedai gambar kat Presint 15 tapi sekarang kedai tu dah tutup. Dah lingkup agaknya... So, aku dah tahu kat mana lagi nak cari kedai gambar. Then, aku redah jer Pejabat Imigresen, Bahagian Passport tu. Dia cakap kena ambik gambar dulu. Then aku cakap la terus terang, aku tak jumpa kedai gambar... Pastu, dia cakap, ada kat bangunan sebelah (Bangunan Jabatan Imigresen), kat Tingkat 2... 

So, aku pun pergi lah ke Tingkat 2 bangunan sebelah tu , ambik gambar. RM15 utk 4 keping. Even kat situ pun, ada perkhidmatan fotostat & print surat.. So senang la kalau nak buat urusan visa (Malaysia) and permit kerja (bagi pekerja asing).

Aku tak perlu tunggu lama pun. Sebab tukar gambar ni kejap jer. Lagi satu sebab baby / kanak-kanak buat urusan di Kaunter Khas.. Khas untuk kanak-kanak.. So, cepat la... Tunggu 30 minit, passport dah siap.. Alhamdulillah...
Ini gambar yang paling latest... Masam je muka - muka mengantuk..

wefie kat Pejabat Imigresen

Taadddaaaa..... ni rupanya.. So, Sekarang dah dapat green light untuk fly... Lepas ni boleh lah gi travel lagi ngan mummy & daddy..




Monday, 2 November 2015

I am Washi Tape Lover!

Hye November !!
Diam - diam, dah nak hujung tahun.. Kejap jer masa berlalu..
 
As I am a planner addict, I am also in love with washi tape.. I use that washi tape to decorate my planner as well as to decorate other things too such as for my travelling notebook journal, for my meal plan and also to d├ęcor greeting cards.
 
If I found washi tape anywhere, I can go ga-ga towards it.. haha... soooo addicted !
Usually, I bought washi from Kinokuniya - my favourite place since my school time.. or in Daiso.. as Daiso can get much more cheaper but there is less choice... tak banyak sangat washi kat Daiso... But right now, I found a new place selling washi tape at affordable price.. Only RM 5.30 for each of it.. Same like Daiso as well... It is KOMONOYA, located at Alamanda Shopping Mall in Putrajaya.
Actually, kat instagram pun ramai yang jual washi tape ni..
just search #washitape or #planneraddictsmalaysia
 
So, here is my collections..
 
Ini koleksi sedia ada.. Top-up beli sikit-sikit.. Yang guna stick ais-krim tu, untuk bawak gi travel mana-mana, senang, jimat space & ringan.. Tapi kalau ke university hari-hari, aku angkut semua nya sebab senang nak cari design mana yang berkenan..
 
Just bought this one at Komonoya.. Rasa macam nak borong semua tapi tak mampu... *kawal nafsu*

I used this pouch bag to store my washi collections.. But it seems too pack right now..
I think I do need a bigger space

Ini washi tape Farrah yang bagi...Entry kat sini.. Thank you.. Koleksi aku makin bertambah... Thank you Farrah...
 
 Ok. That's all.
Thank you for reading as well..
Enjoy your November ya.. !