Monday, 26 October 2015

Melbourne :: Our Accommodation

Sorry... Jarang update... October seems not too nice for me . Sebabnya - 1) handphone rosak. Alhamdulillah, after 2 weeks my phone dah keluar dari ICU. 2) Jerebu - bila jerebu, habis segala mak nenek habuk masuk mulut & hidung, aku, FL & hubsy demam & selsema.. Bayangkan, kami pass baton gilir-gilir demam. Paling kesian, si FL sebab dia kecik lagi... Jadi senang nak dapat penyakit.. Owh Haze! please go away now! Pastu pulak, dengan kerja tesis yang berlambak giler... Supervisor asyik call mintak itu ini.. Ye lah - lagi setahun kot, of course la nak kene kejar deadline... huhu... May November be nice to me... Do hope so...

 
*****************************************************************
Ok, ni tempat penginapan kitaorang kat Melbourne masa bercuti ke sana last year. Aku lupa dah nama tempat ni tapi aku suka giler tempat ni sebab die cosy dan nyaman jer.. Rasa tenang jer duk sini.. Bangun pagi, nampak pokok epal kat tingkap... Kat Malaysia, mana dapat nak tengok pokok epal.. Dapat tengok pokok pisang jer la hari-hari..
 
Ni rumah banglo 4 bilik, ada 3 bilik air. ada kitchen, ada laundry, ada vacumme kalau nak sapu sampah.. So boleh main masak-masak and basuh baju... Everything siap tersedia kecuali plastic sampah kiteorang kene beli sendiri.. Harga sewa rumah ni roughly dalam RM 1000 semalam.. Memandangkan kitaorang stay 10 orang (dewasa), jadinya perkiraannya RM 100 seorang untuk semalam. Kalau stay kat tempat backpacker pun, rate die paling murah pun korang boleh dapat RM 100 untuk seorang semalam. Ce tengok website hostelworld.com  - my favourite place in looking accommodation.. Kiranya, ambik rumah ni sebijik untuk 10 orang , kira jimat , Ok la tu...
 

Rumah jiran kitaorang..

Ni neighbourhood tempat kami tinggal









Post-box

Laundry room
 
The kitchen

Dining area

Restroom

Dining area waktu siang - cerah jer..

Living room
 
In summary, aku sangat recommend tempat penginapan ni pada sesiapa yang nak travel in group atau travel dengan family... Senang dan jimat sebab rumah ni boleh accommodate ramai orang dalam satu-satu masa. Cuma, Aussie sangat strict dengan bilangan orang yang stay kat satu-satu hotel/rumah. So, make sure jangan menipu, just bagitau jer jumlah sebenar berapa orang nak stay kat situ... Kalau kat Malaysia, kite hentam jer, tak ada orang check.. hehe

Tuesday, 13 October 2015

Travel :: Tips for Groceries Shopping

Biasanya bila kiteorang travel, hari 1st lepas check-in, kiteorang akan pergi supermarket untuk beli barang-barang nak masak sepanjang tempoh berada di situ.. Al-maklumlah, nak makan kat luar mahal sangat kalau covert dengan currency kita. Jadinya, masak-memasak lah untuk lebih jimat...

Ada 2, 3 benda jer yang aku bawak dari Malaysia, selebihnya aku beli kat tempat tu. Biasanya, "hardware" atau kitchen utensil tu aku bawak dari Malaysia, so aku beli yang "travel-friendly" punya stuff macam knife, chopping-board, cawan plastic, pinggan plastic (beli kat ikea jer), sudu-garfu, gula, garam, beras minyak masak,.. Dan yang paling tak dilupakan (ni pun kalau travel dalam Malaysia pun aku bawak) ialah Sabun & span cuci pinggan... Sebab kebanyakkan hotel tak sediakan benda alah ni..

** TIPS 1- Untuk lebih organize, sebelum travel tu, buat dulu siap-siap "meal-plan" kat rumah - apa yang nak dimakan nanti bila waktu travel... Nanti senang, pergi jer supermarket terus rembat jer barang.. Lagi super jimat sebab dah ada dalam budget apa yang PERLU dibeli..

Biasanya, kalau pergi shopping groceries ni kiteorang akan beli air jus & air mineral untuk minum, sayur, fruits, bawang, fish, spaghetti (kalau rasa nak makan pasta), roti, air yakult..

Ini lah barang yang kitaorang beli.. Tak banyak pun

Bawang putih / Garlic

Kat Melbourne, dieorang guna style self-service payment atau layan-diri masa nak buat payment...
Boleh bayar guna cash atau guna card-credit.. Lagi jimat tenaga kerja kan ..
Kat Malaysia , aku Nampak dah ada yang guna style gini macam kat Tesco IOI City Mall...
Tapi Malaysia baru je lagi adopt cara self-service ni...


**TIPS 2 - kalau nak shopping barang makanan di oversea, PLEASE tengok & baca ingredients kat label dahulu sebelum beli sebab ada makanan yang tak ada tanda "HALAL", so kite kena cari makanan yang tak ada unsur-unsur HARAM dalam makanan tersebut. Unsur-unsur HARAM pada label contohnya - alcohol, animal rennet, animal oil etc..
sebabnya kalau 'animal' , dieorang biasanya guna komponen-komponen dari 'babi'..

*** TIPS 3 - Kalau beli barang basah masa travel ni, kalau boleh beli lah IKAN atau Makanan LAUT sahaja. Sebabnya, makanan laut ni dah confirm HALAL dan tak perlu disembelih... Tapi, kalau ayam/ daging, kita perlu cari kedai yang confirm jual daging HALAL (daging yang disembelih). And it is hard to find it unless u dah tahu kat mana kedai daging HALAL tu .. 1 lagi , time constraint jugak.. Nak mencari kedai HALAL tu 1 hal lagi...Travel ni bukannya lama pun, kejap jer, jadi faktor masa sangat memainkan peranan utama..


OK... itu jer tips yang aku nak share kalau nak beli grocery masa korang travel..
Hope ianya membantu... ** This is from my personal experience...
Might be differ from yours...
Thank you for reading aite... 

Thursday, 8 October 2015

Surprise Gift - Planner Accessories

Semalam bukak post box, tetiba terkejut beruk rasa macam nak lompat ala-ala kangaroo bila dapat parcel dengan nama "Dorsett Pink"..
"Pasti kawan blog yang bagi ni ", gerak hati aku...
 
Bila bukak .. Tadddaaaaaaa..
 
Ini dia hadiah nya... Berbalut kemas.. Ye lah, kalau tak berbalut , nanti koyok-koyok pulak macam Wak Doyok... Aku snagat-sangat terharu.. Dalam hati aku - "ada jugak Nye orang nak bagi hadiah kat aku"
 
Jenuh aku bukak balutan ni,, jenuh aku belek-belek nak tahu siapa yang kirim ni...
Tapi hampeh..
Si pengirim buat surprise tak bagitau langsung...
memang betul-betul surprise ni...
 So terpaksalah main teka teki...

Dia bagi planner accessories, ada washi tape lagi as dia tahu aku ni planner addicts..
Aku pernah share kat entry ini.
Aku ni bukan boleh tengok wahi tape..
Boleh jadi tak tentu arah bila tengok washi tape because I do I loves it so much...
Setiap bulan mesti spend duit pergi beli washi ni..
Kalau dapat hadiah washi tape, lagi lah 100 kali ganda suka -suki sampai perut aku berkocak-kocak
 

Ni die bagi sticky note.. Siap tampal kat atas greeting card yang dibuat sendiri lagi, hasil kerja tangan sendiri... Ni custom made greeting card, kalau ada sesiap yang nak tempah kad yang dibuat guna tangan sendiri - boleh lah order dengan dia..

Ni tulisan nya.. sangat cantik...
Ayat-ayat tu buat aku sangat terharu macam rasa nak menitiskan air mata..
Rasa macam orang tu kenal aku sangat-sangat walhal kami tak pernah jumpa pun...
 
 
 Teka punya teka, sampai tidur malam pun duk asyik teringat hadiah ni...
Hari ni bukak laptop, terjah-terjah blog kawan-kawan..
Last-last aku tahu siapa si pengirim ni melalui gambar ni
 
 
So, si pengirim nya - Farrah FAMF Tower
Amboiii Farrah, buat surprise pulak ye...
 
Thank you so much aite..
Sangat terharu saya dapat hadiah ni dari awak...
And I knew , u do that , sincere from your heart..
Thank you, thank you, thank you..
No words could describe how much I appreciate your gift...
U really makes my day Farrah...
I'm Lovin it =))

Thursday, 1 October 2015

Phone - less

Hari Raya Haji hari tu handphone aku rosak. Padahal, baru jer beli 5 bulan.. huhu..
So hantar repair, sampai sekarang handphone masih lagi dalam ICU..
Once upon a time, I thought yang aku ni jenis "tak boleh hidup" kalau tak ada handphone sebab aku sangat rely dengan phone... HP tu dah macam kawan baik aku...
 
Fortunately, I was so surprise, rupa-rupa aku tak adalah kematu bila hp tak ada.. Maybe sebab sekarang ni ada anak penyeri kehidupan, jadi life always get busy.. Mommies out there, u know what I mean right?
 
Tapi sekarang ni life rasa macam lain sikit, tak ada dah rutin tengok instagram hari-hari, tak ada dah nak balas message dari whatsapp group.. Tak ada nak Tanya pakcik gugel apa-apa... Maybe Allah swt nak bagi sesuatu - supaya aku lebih focus dengan tesis phd aku, tak adalah sikit-sikit tengok HP, sikit-sikit tengok HP.. Bila nak siap kerja nya kalau cegitu..
 
Tapi ada jugak rasa bosan tu datang... Even sekarang nak blogwalking pun tak ada mood, nak update blog pun tak ada mood.. Maaf ye kawan-kawan, aku bukan sombong... Nanti aku visit korang.. Korang just tinggal je komen kat entry2 aku... Jangan merajuk k....

Hopefully, HP aku cepat keluar dari ICU...
Rindu nak ambik gambar FL banyak-banyak. hehe
TQ for reading!