Wednesday, 30 September 2015

Melbourne :: St. Kilda Beach

Masa pergi Melbourne hari tu, aku singgah di St..Kilda Beach ni untuk menikmati angin petang di Melbourne.. Pantai St.Kilda ni adalah antara tempat yang wajib dilawati kalau dah sampai Melbourne ni selain dari Brighton Beach.  St.Kilda ni dekat jer dari Pusat Bandar Melbourne, korang pusing-pusing kereta , nanti jumpa la dengan pantai ni... Atau follow jer signboard "St.Kilda".. atau Tanya jer petunjuk arah -  Pakcik Google Map.. Atau naik trams berhenti kat "Stesen The Esplanade".. Kalau nak tahu info lanjut pasal trams di Melbourne ni, boleh klik link ni.. www.yarratrams.com.au..
 
Ramai orang lepak sini especially teenager & muda-mudi... "minum" sambil menikmati angina laut.. Kalau malam sikit atau istilah kita panggil "magrib", korang boleh tengok Peguin datang dari laut, singgah mendarat kat tepi pantai ni... Tapi boleh tengok jer lah, tak boleh tangkap buat balik umah k..
 
Masa aku pergi hari tu, tak sempat nak tengok peguin ni, sebab nak cepat-cepat gi beli grocery untuk buat masak..So, tak ada lah gambar peguin-peguin tu..
 
Sunset @ St.Kilda

Sejuk giler masa ni..
So, FL kene balut guna "wrap"..
Sebab tu , aku nampak "gemuk"


Aku pakai wrap masa ni (baby wearing)..
Boleh tengok kat sini untuk info lanjut pasal baby wrap..
 
Ok, itu jer..
Nanti aku share lagi story pasal Melbourne ni k..
TQ for reading!

Monday, 28 September 2015

Melbourne :: Sovereign Hill

Trip : October 2014
 
Dah setahun trip aku ke Melbourne.. Tapi baru sekarang nak update.. Duk buat pekasam jer kat dalam laptop.. Dah ade 2 entry pasal Melbourne aku post sebelum ni... Boleh baca kat sini :
 
Salah satu tempat yang aku pergi  ialah Sovereign Hill... Sovereign Hill ni Pekan Koboi... Kiranya, geng-geng koboi duduk kat sini lah suatu ketika dulu... ini kampong koboi yang real punya... Bukan macam Cowboy Town kat A'Famosa Resort tu.. Koboi-koboi punya pekerjaan kat Sovereign Hill ni ialah melombong emas... Dieorang cari emas, then dieorang process buat jadi jongkong emas atau duit syiling emas atau barang-barang kemas yang lain...
 
Sovereign Hill ni terletak kat Pekan Lama Ballarat, di Bradshaw Street. Kalau nak datang sini, senang jer, drive car ikut Western Highway lebih kurang 1 jam setengah. Bile dah sampai Ballarat, follow jer sign board ke Sovereign Hill.. Kalau korang pakai "Google Map", just follow jer direction pakcik google tu...
 
On the way to Ballarat. 1 hour and half from Melbourne City or an hour from Melbourne Airport. Western Highway - permandangan yang sangat indah...

Tiket masuk - AUD 49.50 seorang..
 Children umur 5 tahun -15 tahun separuh harga..
Bawah 5 tahun Free of Charge ..
Tiket masuk ni sekali dengan tiket masuk ke Gold Museum,
 kiranya kita bayar untuk masuk ke 2 tempat la...
Gold Museum kat depan Sovereign Hill jer..



Post Office Sovereign Hill

Ni die tunjuk demo macam mana nak guna senapang tu..

Ni salah seorang penduduk di Sovereign Hill (yang pakai baju putih tu, baju purple tu interframe je lebih)... Memang pakaian dieorang pakai hari-hari macam ni..

Tong Sampah - Recycle

Bank kat dalam Sovereign Hill

N hotel.. Hotel ni sekarang dah tak berfungsi dah.. Cuma dijadikan bar je lah tempat "minum-minum"

Signage

Lorong belakang antara bangunan
 
Ni tempat melombong emas.. Actually, emas nya dilombong bawah tanah. Emas yang dikorek dari bawah tanah, akan lalu benda alah ni, dan akan dibawa ke tempat pemprosesan. Maksudnya, bukan manusia yang bawakkan, mesin tu yang gerakkan sendiri
 

 Tourist boleh naik sampai ke atas tu.. Actually, tourist boleh masuk ke bawah tanah untuk tengok sendiri macam mana emas dilombong di bawah tanah tu... Tapi kena bayar lain, AUD 30 seorang untuk setiap trip ke bawah tanah tu..

Tempat pembakaran kayu-kayu untuk dijadikan arang.. Mesin-mesin kat sini, masih guna mesin lama.. Yang ditempah khas dari Jerman sejak Perang Dunia ke-2 dulu..
 

Tempat tidur pekerja. In case kalau pekerja lombong nak 'nap' jap..

Setiap "khemah" ni ada macam-macam fungsi.. Ada "khemah" utnuk kafe, ada khemah untuk tidur, ada untuk "minum-minum", ada khemah untuk lepak-lepak jer..
 

Ni rupa rumah dieorang dalam "khemah" ni
 
Tempat mendulang emas

Salah satu "khemah" untuk rehat


Pakcik ni sedang mendulang emas... Pakcik ni dari Malaysia.. Sangat pandai dalam mencari emas... Dia datang sini sebab anak die duduk di Melbourne.. Kalau korang pandai mendulang, korang boleh mencuba nasib cari emas kat sini.. Emas yang korang dapat tu, boleh simpan bawak balik ke Malaysia.. Free..

ni perkampungan pekerja lombong emas ni...

Sistem paip untuk bekalkan air masa zaman dulu.. And yet, masih kekal guna system paip tu sampai sekarang

Ni café untuk pekerja makan & minum

Ni salah satu 'rumah' dieorang masa waktu siang (waktu bekerja)

Perigi ni digunakan untuk angkutemas dari bawah tanah... Ada perigi yang tourist boleh naik, and dibawak turun sehingga ke bawah.. Siap ada air-cond lagi..

Ni sisi lain rupa perkampungan dieorang

Me and FL


Kat sini tak ada tempat solat, so we all just solat kat tempat parking jer..

Ni permandangan kat highway, masa on the pergi & balik dari Ballarat...
 
 
For your information, kat dalam Sovereign Hill ni jugak ada tempat bowling.. Tempat Bowling masa zaman dulu-dulu.. Since masa Perang Dunia ke-2.. Bola bowling pun guna bola dari bijih timah, berat giler, Lane die pun dari bijih timah.. Tak ada system computer lagi.. Tourist boleh main bowling kat sini. Kalau korang nak rasa macam mana rasa main bowling guna bola bijih timah, boleh la dating sini. Tapi sorry aku tak ada gambar kat tempat bowling ni sebab masa tu tengah susukan FL, tak sempat nak ambik gambar...
 
Bila malam, ada night show, tapi tu kena bayar lain pulak..
 
Pendek kata, kalau korang nak tengok sendiri pekan koboi, dan nak tengok macam mana nak cari emas, boleh lah datang sini.. Aku rasa berbaloi la jugak bayaran fees dia tu..
 
Kalua nak tahu lebih detail, boleh layan website dieorang :

Ok, TQ for reading!

Friday, 25 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Selamat Hari Raya everyone.. Sekajap, muhasabah diri jap, jom kita bersyukur sebab kita selalu dapat makan daging lembu , daging kambing dan apa-apa spesis daging yang lain... Umat Islam yang kat Kemboja, Palestine , Hari Raya Haji ni lah dieorang baru dapat rasa makan daging.. Itupun sebab ada yang pemurah bagi sedekah daging.. Kalau tak, hanya mampu senyum tengok kemewahan orang Lain.. Huhu..

Kesian sangat... Aku terkesan sejak menjejakan kaki ke Kemboja tahun 2012 yang lalu.. Masa tu aku GI melawat Perkampungan Masyarakat Melayu Champa kat Phom Penh.. Naik tuk-tuk je pergi sana.. Driver tuk-tuk tu orang Islam , nama die Oya.. Die bawak kami pergi umah dia.. Ayah dia Imam kat kampung tu.. Tengok keadaan umah dieorang & sekolah dieorang... Aduuusss.. Tak dapat aku bayangkan betapa beruntungnya kita duduk di Bumi Malaysia ni... Masa tu aku berkenalan dengan semu ahli keluarga dia... Dieorang cerita la macam mana kehidupan Masyarakat Melayu Champa ni.. Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.. Baju-baju yang dieorang pakai, orang Malaysia yang sedekahkan..Tak mampu nak beli baju sendiri..Hari-hari makan ubi, Tempe, kalau ada rezeki lebih sikit dapat makan ikan atau ayam.. Setahun sekali baru dapat makan daging...

Since then.... Baru aku tahu, ramai lagi orang Islam atas dunia ni yang fakir & miskin... Kalau orang Malaysia cakap kat aku yang dia hidup Susah - aku terus katakan pada dia "sesusah-susah engkau pun, kau masih lagi dapat makan ikan hari -hari, makan daging berkali-kali dalam setahun, orang Kemboja tu dapat makan daging sekali setahun jer, tu pun sebab orang yang sedekahkan daging"...

Moral of the story, ibadat qurban ni sebenarnya nak menghargai jugak orang lain supaya turut sama menikmati nikmat Allah swt di atas muka bumi ni..

Jom kita muhasabah diri... Maaf zahir & batin u'oll...

Wednesday, 23 September 2015

My "Handbag"

Assalamualaikum..
 
Hari ni aku tak de mood sebenarnya.. I'm in Blueess... sebab esok dah cuti.. Tapi aku masih lagi "disini", menghadap tesis yang dah naik muak aku tengok ni.. Tapi apakan daya, demi segulung ijazah , aku gigihkan juga... Lagi pun aku tak balik kampung untuk sambut Hari Raya esok, jadinya lebih baik aku ke library dan siapkan apa yang patut sebelum cuti panjang ni... Esok, baru nak plan nak short escape ke mana....
 
Sambil mata duk terkebil-kebil tengok laptop ni, tak de mood nak tulis tesis, jadinya aku buatlah entry ni - "My Handbag"..
 
OK, ni adalah "handbag" aku yang aku duk bawak hari-hari pergi universiti.... Hanya ke university saja, kalau aku keluar dating ngan en.suami & anak aku, confirm aku tak bawak handbag ni... hahaha.. Selain dari handbag ni, aku jugak ada bawak beg laptop & "beg kerja" (untuk letak buku-buku & stationary).. Actually, ni "bag organizer", tapi aku selesa jadikan dia sebagai handbag aku.. I bought it from Fashion Valet, jenama Gin&Jacqie
 
Aku selesa pakai "handbag" ni sebab dia ada banyak poket.. Boleh sumbat macam2 macam poket doraemon.. Bag ni ada 7 poket kat luar & 1 poket kecik kat dalam. See! dah koyak! Nampak sangat aku betul-betul lenjan bag ni, fully utilize.. So, ada chance la nak mintak dengan en.suami "handbag" baru. hehe
 
 
Ni kat dalam bag.. Aku letak purse, beg mekap, tumbler air panas/air sejuk & sepasang sudu & garfu (dalam beg kecik warna pink tu).. Sudu garfu tu, kalau aku tak bawak lunch box, aku letak la dalam "handbeg" ni, tapi kalau aku bawak lunch box, sudu garfu ni aku campak dalam lunch box tu sekali..

 

See! dah koyak rabak... 3 poket kat belah luar ni, aku letak hand sanitizer, charger handphone & my 2nd phone.. Masing-masing duduk dalam poket masing-masing...
 

 Ni poket other side pulak, ada 2 poket besar. Satunya aku letak tisu muka & satu lagi aku letak  handphone aku ni.. Sorry hanphone tak ade dalam poket tu, sebab aku tengah ambik gambar ni...
 

 Ni pulak poket tepi. Poket yang ini aku letak - pendrive, matrix card & kunci kereta
 
Poket tepi yang belah satu lagi tu pulak, aku letak wet tissue.. Wet tissue sangat penting bagi aku.. Mana tahu tetiba, hidung keluar hingus, dan-dan tu la nak lap guna wet tissue...
 
So, itulah cerite pasal poket doraemon aku......
OK lah, TQ for reading everybody..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha !
 

Monday, 21 September 2015

PHD Tips :: Doa & Zikir untuk Permudahkan Urusan

Quick update.. Sorry pada rakan bloggers sekalian, saya tak berkesempatan lagi nak blogwalking ke blog korang... Nanti ada waktu "terluang" sikit, saya akan visit korang ye.. Jangan merajuk tau! Tinggal je komen kat my post, saya baca, confirm !

***********************************************************
 

OK, ni nak share pasal doa & zikir yang boleh diamalkan untuk student-student & researcher-researcher sekalian.... InshaAllah, jalan yang berliku-liku, penuh dengan onak duri dalam menyiapkan research, akan mampu ditempuhi dengan sabar & tenang...
 
Ada orang share pasal doa & zikir ni kat Doctorate Support Group kat dalam FB. Aku lupa siapa yang share. Anyway, aku berterima kasih sangat kat dia sebab tak kedekut ilmu & sudi share bende yang baik ni untuk kebaikan kita semua...
 
 
JOM Amalkan :
  • Wirid untuk menjadi bijak pandai di dalam bidang kita. Baca "Ya Rasyidu" sebanyak... mungkin selepas solat 
  •  Wirid untuk melihat apa yang dirahsiakan (e.g: segala kekusutan sewaktu buat PhD). Baca "Alaa Ya'lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir"
  •  Wirid untuk mendapat ilmu dengan hikmah Baca "Ya 'Aliimu Ilman Hikmah"

  •  Doa mohon ditambah ilmu dan kefahaman "Rabbi zidnii 'ilman warzuqni fahman"

  •  Surah Al Alak (ayat 1-5) - anak kunci segala ilmu
  •  Surah Al Hasyr (ayat 21 -24) .
  •  Surah An Naml - ayat 30-31
  •  Surah An Naml - ayat 15-19
  •  Surah Al Mulk
#Hopefully membantu korang sekalian, selamat beramal!
TQ for reading!

Friday, 18 September 2015

Baby's Food :: Vegie Fettuchini

Assalamualaikum..
Salam Jumaat yang penuh barakah
 
Jom try buat vegie fettuchini versi mummy FL.. Aku dah cerita kat post-post sebelum ni yang anak aku si FL ni tak suka makan nasi. Die lebih suka makan pasta, spaghetti, pizza dan segala jenis Italian food. Jadinya, mummy dia ni dah serupa chef dah duk try itu ini.. Kebanyakan food ni, aku try & error jer... Kalau sedap, Alhamdulillah.. hahaha.. Tapi biasanya memang sedap pun (letak dalam bakul,angkat sendiri.. hahahha)..
 
 
So, inilah rupa vegetable fettuchini versi Dorsett Pink


Bahan-bahan :
- Fettuchini
-Garlic
-Butter
-Halia (blend)
-Carrot Puree
-Spinach, Pumpkin, Butternut Squash Puree
- Parmesan Cheese
- Parsley Flake (optional)


Jom Masak :

1. Firstly, buat puree dulu. Senang je..

2. Steam semua sayur-sayuran (carrot, spinach, pumpkin, butternut squash), pastu blend semuanya..
   **** Puri ni aku dah buat stock siap-siap kat dalam freezer, jadinya bila nak masak, aku just    ambik jer puri ni 1 bekas keluarkan dari peti ais...

3. Rebuskan fettuchini supaya dia lembut. Pastu, ketepikan dahulu.. (Macam rebus spaghetti ler)..

4. Pastu, Panaskan butter dalam kuali.. (Aku guna "unsalted" butter).

5. Masa butter tengah berbuih nak mencair tu, masukkan garlic atau bawang putih & halia yang telah diblend .

6. Then, masukkan semua puri-puri tadi ke dalam kuali. Gaul rata..

7. Pastu, masukan fettuchini yang dah direbus tadi..

8. Dah gaul rata (sekejap je), tutup api. Then, masukkan parmesan cheese (grated/diparut).

9. Taburkan parsley flakes.. (ini optional, kalau tak nak takpe)..

9. Siap! Sedia untuk makan.. Yummm-yummm...

p/s : aku tak masukkan garam sebabnya cheese tu dah ada garam, nanti takut masin pulak.. Lagipun, budak kecik nak makan tak sesuai makan masin-masin ni..

Ok.. selamat mencuba ye u' oll
Selamat berhujung minggu juga...
Thank you for reading !

Tuesday, 15 September 2015

PHD :: Tips to Work Fast

This infograhic I found at Firuz's Blog.
How to work fast..
As I am a person who always got distracted and stuck,
I think this tips would help me a lot in doing my research. 
 
tumblr_mx8ljaOrdI1s6bw99o1_1280
 
Thank you so much firuz for your sharing...
 
I think it also help others as well...


Thursday, 10 September 2015

Playing & Learning Class

Assalamualaikum...
 
I've already signed up my daughter into Gymboree Play & Learn Class on last June 2015..
Sejak dari sebelum ada anak lagi, aku berangan-angan nak hantar anak aku masuk kelas kat Gymboree ni.. Jealous tengok parents lain hantar anak dieorang kat sini, kids pun macam happy je dapat main sambil belajar.. So, hmasa mengandung dulu, selalu lah duk usha website Gymboree ni & tengok kat You Tube... Thus, angan-angan tu kini dah menjadi realiti... Alhamdulillah..
 
I signed up my princess for playing class, music class & art class.. Tapi art class belum start lagi, kena tunggu umur dia 1 tahun 6 bulan baru dapat join... Actually, kelas kat Gymboree ni untuk anak-anak start dari lahir lagi dah boleh join, tapi kelas apa yang boleh join tu , it depends pada peringkat umur..  Macam music class, start umur 6 bulan baru boleh join..
 
So far so good.. FL happy sangat dapat main-main dengan kawan-kawan and dapat explore banyak benda masa kat dalam kelas.. Mana lah tak excited.. Kalau boleh, hari-hari dia nak datang kelas ni... Kelas kat sini English medium.. so diaorang communicate fully English.. Its good for our kids also sebab dapat belajar speaking English.. Mummy or daddy pun kene / "WAJIB" join jugak kelas ni, maksudnya kena help anak untuk involve dalam aktiviti dieorang.. Kalau anak dah umur 3 tahun, baru mummy/daddy tak yah involve sekali... Dalam planner aku pun, aku dah tanda siap-siap untuk 'free' kan masa aku untuk hantar FL pergi kelas ni..
 
 

Ni set up kat dalam kelas... set ni akan berubah setiap 2 minggu
 depends pada modul pembelajaran..
 
Bilik main ni luas... So, memang enjoy la anak-anak bergerak bebas explore itu ini...
 
FL with her classmate & her teacher... Still waiting for others before the class begin..
 
 
So parents.. if u are interested to send your kids to Gymboree Class, please visit their website
 
Anyway, TQ for reading everybody!

Monday, 7 September 2015

Review :: Meat Point, TTDI

Assalamualaikum..
 
Ni kedai steak yang halal area KL ni. Restoren ni nama dia Meat Point. Terletak kat jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail. Daging die sangat-sangat juicy.. Sedap giler... Restoren ni kecik jer, kalau nak datang, better buat reservation dulu, kalau walk-in jer, tengok nasib la ada seat ke idak..
 
Harga dia berpatutan. Kalau rakyat marhaen macam aku ni, boleh dikategorikan mahal la... Tapi tu standard la... Sebabnya daging dia berkualiti, daging lembu dari Australia. Menu yang paling famous kat sini tentunya steak.. Tapi kalau ada yang tak makan daging, jangan risau, ikan salmon & pasta pun ada serve kat sini.
 
Mula-mula, korang pilih daging kat dalam freezer ni. Setiap daging tu dah ada diletak harga siap-siap, Kalau harga RM 100, nanti korang bayar la RM 100 (contohnya gitu la).. Kat sini, harg daging sampai RM 200 pun ada. Kalau nasib baik, dapat lah daging yang harga RM 30 jer (tu la yang paling murah).. Pastu, bawak daging tu pergi kaunter, then bagitau nak masak jenis macam mana. Nak masak 'rare' ke, 'medium' ke, 'medium well' ke atau 'well'.. and pilih jenis sayur yang kita nak, ada steam veggie atau salad atau potato, ikut suka korang la.... Nanti waiter tu akan Tanya meja kita & nama apa (nama kita). Sebabnya, steak tu nanti akan terus dihidang kat orang yang order.. Kalau doraemon yang order, doraemon la yang dapat..

Ni dia abdomen lembu..
Korang suka part mana? Aku suka bahagian 'Rib" & "Sirloin" sebab bahagian tu lembut

Ni dia kedai nya... Gelap jer sebab nak bagi impak romantis.. So, untuk couple-couple yang sedang dilamun cinta, sesuai la belanja awek atau pakwe korang dating makan kat sini..

Burger pun ada..... Burger macam ni harga dia kalau tak salah aku dalam Rm 18

Garlic bread

Grilled Chicken. Harganya dalam RM 24..
Kalau pasta, harga dalm RM 22
1 cawan fresh orange harga dalam RM 9.90..
 
OK... Harga-harga tu tak termasuk GST lagi tau.. Nanti kena tambah GST 6% and service charge 10%. So, kita kena bayar tax 16%..
 
Walaupun restoren ni mahal, tapi aku gerenti yang korang sangat-sangat suka sebab daging dia sangat-sangat sedap.. Restoren ni milik orang Melayu & yang pasti restoren ni Halal..
So, boleh lah cuba...
 
Ok, that's all, TQ for reading..