Friday, 31 July 2015

Berhari Raya di KL Bird Park

Assalamualaikum U'olls..
 
Raya hari tu kitaorang beraya kat KL... My parents and parents in law di KL, jadi tak perlu nak bergaduh-gaduh nak balik kampung sape dulu... Senang, sebab umah parents kami dekat-dekat jer.... Cumanya, aku balik ke Kuala Terengganu masa hari raya ke-5. Terengganu tu kampong aku, my parents asal dari Kuala Terengganu tapi sejak nikah, dieorang pindah duk KL.. Jadinya, kat Kuala Terengganu, ada semua saudara mara, tok ki, tok wan, pakcik makcik semua ada.. But, tok ki & tok wan dah lama meninggal dunia. Yang tinggal, cuma uncle & aunty jer & all the cousins... But, still we have fun when we all balik kampong..
 
Kalau raya di KLyang bestnya, jalan lenggang, tak banyak kereta & yang paling best, langsung tak ada traffic jem, so aku boleh pergi mana jer aku nak pergi , cepat jer sampai kat destinasi... So, Raya ke-2 hari tu, kami decide nak bawak our lil' princess ni pergi Taman Burung. Taman Burung kat KL ni yang terbesar kat Asia Tenggara tau... Ingatkan tak ada orang, tapi penuh jugak orang datang Taman Burung masa hari raya ni...
 
She really enjoyed tengok burung-burung tu depan mata.. Tak pernah tengok kan sebelum ni... Maybe lepas ni, bolehlah pergi lagi..
 
Tiket masuk RM27 seorang (dewasa), kalau kanak-kanak RM 13 seorang.. and baby FREE of Charge. Bird Park dibuka seawall jam 9 pagi & tutup jam 6.00 petang...
 
Nak burung apa, semua ada..
 
Burung Kasawari

 

Flamingo..

Tempat ni besar, menapak la jugak aku nak berjalan.. Nasib baik baby aku angkut  naik stroller
 
 
Ni masa dalam flight, masa on the way balik Terengganu.. Kerjanya - "berkemas", dah boleh ganti jadi stewardess kat atas flight tu..
 
Ok, that's all..
Selamat Hari Raya u all
 

Tuesday, 28 July 2015

TQ Blogger - FARRAH FAMF TOWER

TQ so much yang tak terhingga buat Farrah dari FAMF Tower..
Sebab bagi aku kad raya...
Tak sangka dah tua-tua cegini pun, zaman IT tip-top ,
 aku masih lagi dapat kad raya..
and dari orang yang tak sangka-sangka..
Kami kenal pun start dari blog ni.. tak pernah jumpa in person..
tapi perkenalan yang terjalin ni, rasa macam close sangat..
 
TQ sekali lagi Farrah..
'Farah' junior suke giler kad ni sampai bawak masuk dalam school beg die.. hehe..
 
Sorry Farrah sebab lambat update..
lemau makan  lemang tak habis-habis lagi ni... nasib baik tak jadi lemang terus..
 
Simple tapi cantik sangat..
Orang kreatif, buat apa pun menjadi..
even guna kertas surat khabar pun menjadi jugak..

Cantik tulisan Farrah..
Kite dah tolong cium FL untuk awk.. hehehe

'Made with love'
Terasa loving nya...
hihi

THANK YOU | THANK YOU | THANK YOU
 

Thursday, 9 July 2015

Rutin Harian Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum...
 
 Ni aku nak share rutin harian aku sepanjang bulan Ramadhan ni... Bulan Ramadhan kali ni lain sikit dari tahun-tahun lepas bagi aku sebab tahun ni tahun 1st aku berpuasa dengan seoarang anak. Tahun lepas, baru bersalin masa Ramadhan, jadinya tak puasa.. Tahun ni Alhamdulillah dapat berpuasa & dapat masak untuk en.suami...


4.15 am - Bangun, solat

4.50 am - Panaskan makanan & prepare for sahur
              - Masuk baju kotor dalam mesin basuh (laundry)

5.10 am - Start makan sahur

5.40 qam -Siap makan sahur, and kemas dapur

6.00 am - Siap kemas dapur

6.00 - 6.30 am - Solat Subuh, mengaji

6.30 am - Sidai kain

7.00 am - FL menangis > susukan FL (BF)

7.30 am - Mandi & iron baju

8.00 am - Rehat jap, tunggu sampai FL bangun

8.30 am - FL bangun, tukarkan nappy,BF

9.00 am - Keluar pergi University , on the way hantar FL ke nursery


******************* Seharian di University ********************

3.00 pm - Pergi Pasar Ramadhan , beli kuih

4.00 pm - Ambik FL dari Nursery

4.30 pm - Sampai umah
              - Mandi
              - Susukan FL
  

5.30 pm - Start masak untuk berbuka puasa + sahur

6.30 pm - Siap masak , REHAT

7.00 pm - Suap FL makan

7.30 pm - Bukak puasa

8.00 pm - Solat magrib, then tidurkan FL

9.00 pm - FL dah tidur, Mummy bangun, kemaskan dapur & segala benda yang perlu dikemaskan
              - Solat Isya' & terawikh (di rumah jer)

11.00 pm - TIDUR... ZZZZZ

** Repeat the same thing for the next day..

Alhamdulillah, I manage to do it.. And perhaps, Allah  gives me the strength to face the same routine for another 10 days, InshaAllah

TQ for reading!



Wednesday, 8 July 2015

Nasi Arab by Blogger Eny Abdullah

Semalam ada member dari Group mengaji dalam whatsapp hantar gambar ni...." Macam pernah tengok gambar ni" bisik hati kecilku.. Hehe

(I don't have FB account).. Member tu dapat resipi nasi Arab tu dari FB, ada orang share.. Kelaasss gitu kak Eny, resipi akak dah jadi viral...hehe

So, apa lagi.. dah jadi viral kan resipi ni, jom kite pakat buat Nasi Arab paling simple ni...tq kak eny

Tuesday, 7 July 2015

Baby's Food :: Creamy Orzo Peas

Creamy Orzo Peas
 
Bahan-bahan :
Unsalted Butter
Garlic (dihiris)
Cooking Cream
Orzo / Small Pasta
Peas
Cinnamon Powder
Cheddar Cheese
Parmesan Cheese
 
 
Jom Masak :

1. Rebus terlebih dahulu orzo / small pasta dalam periuk sehingga lembut. Kemudian asingkan.

2. Panaskan unsalted butter dalam pan

3. Masa butter tengah mencair tu, Masukkan hirisan garlic (bawang putih)

4. Then, masukkan cooking cream.

5. Masukkan a pinch of cinnamon powder,  kacang peas & orzo yang dah masak tadi. Gaulkan sehingga sebati dengan cream tadi.

6.  Pastu, masukkan cheddar cheese yang telah digrated

7. Lastly, tutup api, then serve with grated parmesan cheese... Siap !


Selamat mencuba, thank you for reading !

Monday, 6 July 2015

BreastFeeding :: ONE YEAR Journey

Alhamdulillah.. Dah setahun sudah journey breastfeeding aku menyusukan anak dara kesayangan ni... Macam tak percaya, masa berlalu macam kilat. pejam-celik-pejam-celik.. nangis-nangis, happy-happy, last-last dah setahun ... Cepattnya.. How time really flies..

Masa mula-mula FL lahir, cabaran jugak untuk aku nak BF dia.. Siap kena panggil Lactation Counselor lagi untuk ajar aku macam mana nak BF si anak.... Masa pantang, lepas pantang.. Alhamdulillah dapat sempurnakan BF secara exclusive sehingga umur FL 6 bulan..

Serious aku cakap BF ni walaupun dia benda semula jadi, tapi tough jugak nak hadap. Kena ade banyak ilmu dan banyak-banyak-banyak sabar. Selama setahun ni, journey BF aku macam roller coaster, sometime Up, sometime Down ... Banyak sangat cabaran.. But, finally i manage to do it untill 1 year now..
 
Aku guna pam Spectra M1 - double pump
 
 
Cabaran #1
 Si anak tak nak minum botol langsung.. Almaklumlah dah biasa dengan "botol susu" mummy.. Lagi best mummy punya dari minum kat botol.. Bila  tinggalkan FL kat daddy dia, kesian.. dia tak nak minum.. Last-last dia minum jugak kat umah babysitter. Itupun setelah melalui episod nangis, melalak, tolak-tolak, hempas-hempas botol susu.. huhu *mummy nangis*

Cabaran #2
Aku berhadapan dengan nursing strike.. Boleh baca post tu kat sini. Memang haru masa tu.. 2 hari si anak langsung tak nak BF.. Kalau bagi botol (perah susu letak dalam botol), dia minum jugak sikit-sikit..

Cabaran #3
Jenuhlah nak buat stok ebm. Sampai fridge (fridge 2 pintu) aku rosak sebab stok ebm penuh dalam freezer. Masa tu umur FL 3 bulan.. Nak tak nak terpaksa pergi beli deep freezer (aku dapat upright deep freezer, Alhamdulillah).. Thank you to en.suami yang sangat-sangat membantu mencari dan membeli deep freezer. Then, bila dah transfer semua ebm ke dalam deep freezer, elok lah pulak bernyala fridge aku tu.. Alhamdulillah, tak yah beli peti ais baru.
 
Sebahagian dari stok ebm dalam deep freezer
 
Ini ebm yang dibawa balik dari kampung atau masa pergi travel mana-mana..
Aku letak dalam ice box, letak ice banyak-banyak, letak garam..
Alhamdulillah boleh bertahan hingga sampai umah 
 
Cabaran #4
Masa umur FL 5 bulan, susu aku (yang diperah) drop giler.. Biasanya bila pam dapat la 16 oz sehari... Tapi masa 5 bulan ni, sehari aku pam dapat 5 oz jer.. huhu.. Then, jenuh lah aku cuba macam-macam produk milk booster nak tingkatkan kuantiti susu. Sampailah aku terjebak dengan milkbooster jenama Shaklee..Ade jugak aku makan benda lain.. Selain dari milk booster, aku gi berurut nak buangkan angin dalam badan & nak hilangkan stress (sebab maybe angin pun boleh membantutkan pengeluaran susu) . Yang paling penting, kena buat power pumping hari-hari.. Alhamdulillah, pengeluaran susu aku naik semula setelah sebulan aku berusaha keras..
 
Time susu drop - hanya dapat dalam 2 - 3oz jer sekali perah.. *sob. sob..*
 
Biasanya sekali perah (dalam 20 minit) aku dapat dalam 5-7 oz sekali perah..
So, kalau 3 sesi sehari , boleh la dapat dalam 16-18 oz sehari. Tak ade lah banyak sangat, tapi Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki Allah buat si anak
 
Cabaran #5
9 bulan - Stok ebm dah habis licin kat dalam deep freezer.. Mana tak licinya.. Aku produce susu sehari 16 oz jer tapi anak aku minum sehari 24 oz , kadang-kadang pernah sampai 28 oz.. Memang dia banyak sangat minum susu mummy.. Tapi badan dia kecik, berat tak naik sangat.. Dah keturunan gen kecik.. So,masa ni terpaksalah pergi menghantar fresh ebm kat umah babysitter bila waktu lunch.. Waktu pagi masa antar FL kat umah babysitter - aku bekalkan dia 3 botol ebm.. Then, waktu lunch - aku tambah lagi 3 botol ebm..

Cabaran #6
10 bulan - aku try bagi FL susu formula tapi dia reject terus.. Langsung tak nak.. Then, aku cuba bagi fresh milk.. Alhamdulillah dia nak minum fresh milk.. Mungkin  sebab fresh milk tu tak manis sangat macam susu formula.. But else, doctor & dietitian cakap aku tak boleh bagi kat die fresh milk lagi sebab umur dia tak sampai setahun lagi..huhu.. Then stop bagi fresh milk, jadi terpaksalah aku antar ebm.
 
Disebabkan aku selalu mobile dan kalau kat university, aku buat kerja kat Library, jadinya, aku selalu pam dalam kereta. Kebiasaannya, masa tengah drive, sebab nak jimat masa, sambil drive sambil pam susu, 2 in 1..
 
Ni masa on the way pergi travel mana-mana atau pun on the way balik kampung..
Aku akan ambil kesempatan untuk pam sementara FL tengah tidur dalam kereta..
Aku punya matlamat - ada free time jer, pam susu...
 
Cabaran #7
Masa Fl umur 11 bulan - Dia langsung tak nak minum susu (ebm) kat umah babysitter. Hari-hari aku bekalkan 6 botol ebm kat dia, semua habis dibuang macam tu jer kat dalam sink, FL langsung tak minum.. huhu.. Mummy sedih sangat bila tahu ebm dibuang.. SO, si anak tak lapar ker? For seure la dia haus tak minum susu & dia pun tak makan masa kat umah babysitter. Hari-hari dia minum air kosong jer and nangis la..... Sebab? Aku rasa sebab FL memberontak.. Die memberontak tak nak minum susu and tak nak makan, mungkin sebab BS tu selalu marahkan dia.. Tapi masa kat umah aku, dia minum susu and makan elok jer. Atas sebab itu, aku decide untuk stop antar FL kat umah babysitter lagi.. and daddy dia pun tak bagi dah aku antar si FL ni kat sana.. So, jadinya, mummy lah yang jaga FL 24/7.. Hari-hari.. and mummy kena jadi full time house wife + full time phd student... waaaa...

Ini dia stok ebm yang diantar ke umah BS hari-hari..
Biasanya dalam 6 - 7 botol sehari. Setiap botol 4 oz..
And for sure aku kena labelkan, sebab nanti takut bertukar dengan baby lain..
 
 
Sekarang
Alhamdulillah, Aku happy sangat sebab dapat melalui fasa 1 tahun breast feeding journey dengan lancer walaupun ade banyak cabaran.. Dan sekarang, aku masih lagi continue BF anak aku, cumanya sekarang aku dah start bagi dia susu formula.. Tapi most of the time, dia mintak nak direct feeding jer.. Aku bagi dia susu pediasure sebab susu tu jer yang dia nak dan tak reject.. And lagi satu sebab PediaSure ada komposisi pemakanan lengkap , ada karbohidrat, zat besi dan lain-lain nutrient.. Sebab FL ni tak makan sangat, jadi aku kena bagi susu yang boleh gantikan makanan hari-hari..
 
 
Lastly, Alhamdulillah..
Thank you for reading my story..

Thursday, 2 July 2015

Baby's Food :: Mac & Cheese

Princess I yang sorang tu, si FL suka sangat makan pasta.. Jadinya, mummy kena tukar la hari-hari menu pasta untuk dimasak. Kalau asyik makan benda yang sama jer, bosan jugak...
 

Ni dia Mac & Cheese Baby Punya, versi Dorsett Pink..


Bahan-bahan :
- Small macaroni
- Seulas bawang putih - dihiris atau ditumbuk
- Butter ( I used unsalted butter)
- Parmesan cheese
- Cheddar cheese
- A pinch of cinnamon powder


Jom Masak :

- Mula-mula, rebuskan macaroni dalam periuk sehingga lembut. Pastu asingkan

- Pastu, Ambik pan untuk masak

***********************************************

1. Panaskan butter dalam pan

2. Masa butter tengah berbuih kepanasan tu, masukan bawang putih

3. Then, masukkan Cheddar cheese (diparut) & cinnamon powder

4. Pastu, masukan macaroni yang dah lembut tadi. Biarkan sehingga cheese tadi melting

5. Tutup api, dan serve dengan parmesan cheese (diparut)..

Siap !

Wednesday, 1 July 2015

#naelofaraya


Sempena birthday aku yang ke-31, 1 Ramadhan hari tu... I got a birthday present from my hubs.. which was NAELOFAR HIJAB... Alhamdulillah.. Last year, aku dapat hadiah handbag jenama STORKSAK (sekali dengan hadiah melahirkan anak kesayangan - 2 in 1).. Tahun ni dapat hadiah tudung neelofa.. Even hadiahnya tak lah mahal seperti harga handbag berjenama, but i really appreciated it.. 'Coz this was the first time hubs bought hijab for a women.. The effort is priceless.. LOve him to the moon and back..

Dan kebetulan dah nak dekat raya, so Naelofar Hijab ade release raya collection sempena Syawal nak dekat dah ni.. So, apalagi , kami grab la raya collection hijab from naelofar hijab ni... Fresh from oven lagi... nanti boleh la bergaya ala-ala Lopa gitu.. hahaha.. For sure, orang lain pun pakai hijab yang sama jugak, tapi aku tak kisah 'coz that one is not a big issue for me.. Aku jenis orang yang simple, jadinya aku tak kisah kalau nampak orang lain pakai baju sepesen macam yang aku pakai sebabnya aku ni bukannya anak raja atau anak mana-mana jutawan yang segalanya nak custom-made.. I just be myself..

Aalang-alang , boleh buat jadi tudung hari raya nanti.. Tudung raya dah ada... Misi nak mencari baju raya pulak (ERRKKK! aku tak pernah ada baju raya tau... tapi maybe baju raya tahun ni boleh pakai apa yang ada dalam almari je la kot.. jimat sikit.....)