Friday, 27 February 2015

Baby Food :: Beef Casserole

Beef Casserole
Resipi original dari Annabel Karmel.  Tapi aku modified sikit resipi ni jadikan aku punya.. hehe
My gurl dah 8 bulan, jadi resipi ni sesuai untuk baby umur 8 bulan..


Bahan-bahan :
Sedikit minyak bijan / olive oil
Serbuk cinnamon
Bawang putih
Serai
Leek
Carrot
Kubis
Daun Saderi / Daun 'wonderpet' / Celery
Beef / Daging


Cara masak :
1. Firstly, Rebus daging sehingga empuk, then ketepikan.

2. Ambik casserole pot. Panaskan sedikit minyak bijan / olive oil. Aku guna periuk biasa jer yang aku khaskan sendiri untuk masak makanan anak sahaja.  Tak boleh campur-campur dengan makanan mak-pak. Hehe

3. Bila minyak dah panas, tumis bawang putih & serbuk cinnamon sehingga naik bau.

4. Then, masukkan semua sayur sekali dengan daging yang dah siap direbus tadi. Masukkan air. Tutup periuk, perlahankan api.

5. Tunggu sehingga sayur tadi masak. Pastu, tutup api.

6. Then, blend semua bahan dalam periuk tadi kat dalam baby's food processor.

7. Siap ! Serve bersama bubur nasi.. yumm-yumm

Selamat mencuba =)

Tuesday, 24 February 2015

My Lunch Box

Kalau ke school (universiti), aku biasa buat kerja (my thesis) kat library. Library UPM to be exact. But actually, not really a library. I do my work at graduate wings. Satu bangunan khas untuk student post graduate. Beza dengan library biasa, tempat ni hanya khas untuk student post graduate and kami boleh bawak masuk beg berbiji-biji and siap boleh tidur atas sofa bila mengantuk. Kalau nak buat kerja atas sofa pun boleh, but I have no picture right now. Nantilah aku sharekan. 

Memang best and comfy sangat. Tapi satu benda je yang lacking.. tak ada kafe atau restoren berdekatan. So, kalau nak makan, terpaksa drive keluar cari tempat makan. And nak dapatkan parking semula 1 hal pulak. So, mostly student akan bawak bekal. Same like I did. 

Thus, here is my lunch box. Senang urusan aku, tak perlu susah-susah cari kedai makan and parking, just stop from doing works for a couple of minutes, take a break then sambung kerja balik. Lagipun dapat jimat duit aku..


 At first, susah jugak nak cari lunch box yang berkenan di hati. After ages keep on searching, finally I found one that suit with my needs. Lunch box ni aku beli kat Aeon AU2, jenama Thermos, boleh tahan panas sampai 6 jam. 


Box ni ada 3 bekas makanan. Satu yang paling besar, 1 medium dan 1 lagi paling kecik. So muat la nak letak 1 bekas nasi, 1 bekas lauk dan 1 bekas sayur. Didatangkan jugak dengan sudu. Tapi aku tak guna sudu dia tu sebab besar sangat dan berat. Jadi, aku guna sudu biasa je (yang dalam bekas pink tu), dari jenama First choice, hanya RM7.00 sepasang (sudu& garfu). 


So, ini 1 contoh bekal makanan aku. Kalau aku tak sempat masak, aku hanya goreng ikan sekor and potong buah tomato as a sayur. Siap!

Sempat ke aku masak? Tak sempat kalau pagi-pagi nak prepard makanan. Dah lah nak uruskan EBM FL lagi, nak prepare makanan untuk FL lagi, so memang tak sempat nak buat makanan untuk aku. 

Jadinya, hari sebeljm tu, aku akan masak dinner lebih sikit, so nasi dan lauk cukup untuk aku bawak bekal ke school esokkan harinya. Bila nak keluar rumah, aku panaskan je dalam microwave, then masukkan dalam beg thermos ni. Siap!

Kalau tak sempat, aku akan buat makanan macam dalam gambar tu ataupun aku goreng frozen drummet  jer. Yang pasti, buah tomato memang tersedia ada dalam peti sejuk.. 

Ok, tu saja cerita pasal lunch box aku. 
TQ for reading =))



Monday, 23 February 2015

Paragliding at Bukit Jugra, Banting

Chinese New Year holiday , tak kemana-mana pun, we just spent our time in a small cottage at Banting, Selangor. The main thing, is that we wanna bring the family together, spend time together and enjoy our holiday together. 

The cottage was so small with 2 bedrooms and 1 washroom and also providing a swimming pool. Even it is too small for a big crowd like ourselves but it is enough to gather 12 persons (including 2 babies) under one roof. Hehe 

Why we choose that type of accomodation? It just because we wanna experience-ing the kampung style punya holiday. Selalu pergi kat bandar-bandar je, kali ni nak try pulak rasa bercuti kat dalam kampung ladang kelapa sawit. Ok lah, not bad, a nice experience indeed. 

So, the next day we went to Bukit Jugra, also located in Banting. Perhaps to try paragliding here. It was my first time seeing that extreme sports.  The weather was nice and pleasant tapi panas terik sangat. And it was a good idea to fly with that sort of clime. However,  it was not my intention due to " aku tak nak hitam".. hehe  (menyammpah.. sambil ketuk belakang kepala).. 



Dapat tengok pun best sangat. First time tengok live depan mata. Kalau nak cuba benda ni, bayar je RM150, dan terbang lah ke mana sahaja.. ceeewaahh..

For the beginners, kena naik dua orang, sorang lagi expert yang akan guide kita. Tak dibenarkan naik sorang-sorang. And payung terbang pulak ada dua. Satu, the main one and satu lagi dalam beg galas yang kita galas in case kalau yang fisrt one tu rosak, so ada back up la.. Kebarangkalian nak jatuh tu, sangat tipis, so far semua selamat. 

See.. nampak tak dua orang ni. Diaorang ni tengah get ready untuk fly

Akak ni tengah prepare untuk fly. Beg galas kat belakang tu ialah payung no.2, in case of emergency, it is a savior

Everybody tengah set up

Adik ni kecik lagi tau, tapi berani dia try game ni. Kalau tak salah, adik ni masih bersekolah

Tempat menunggu dan tempat menonton



And after that,  we drove ourselves to Pulau Carey, Klang. We went to Mah Meri Cultural Village. Only RM5 for the ticket, and you could see the uniqueness of orang asli culture. 

Then, we drove back to our paradise (home). So, itu je lah aktiviti kiteorang cuti CNY hari tu. Even tak pergi jauh-jauh, at least I could experiencing something different. Lama-lama duduk kat Klang Valley ni, tak pernah pun aku jejakkan kaki ke  Banting sebelum ni. After all, memang best sangat.

 
Rumah Api Bukit Jugra. ( sumber imej - pakcik google)


Ok, so pada sesiapa yang nak cuba paragliding ni, boleh la datang ke Bukit Jugra , Banting.. You will feel the different when u try that game. Selamat mencuba !

TQ for reading.

Monday, 16 February 2015

Fettucini Carbonara

Semalam Hari Ahad.
Tak kemana-mana, hanya lepak kat umah jer melayan anak dara yang sorang tu.
So, aku decide untuk buat fettucini carbonara buat julung-julung kalinya.
Resipi asal aku ciplak dari blogger Eny Abdullah.
Cumanya, aku tukarkan sosej kepada udang.
 



Sorry, maaf gambar blur sebab ambik gambar dari talipon cap ayamku.
 
So, kalau sesapa na cuba, boleh la ambik resipi dari Cik Eny.. hehe.. 
Ataupun kalau nak resipi lain pun, Cik Eny boleh bantu sebab dia suka masak-memasak and suka share resipi..
 
By the way, Thank you so much Eny for your sharing

Friday, 13 February 2015

Travel :: Jalan-Jalan Vienna - Stephansdom

Entry yang berkaitan dengan Jalan-Jalan Vienna :
 
Kali ni aku nak cerita pasal Stephansdom pulak. Stephansdom tu dalam Bahasa Jerman, kalau dalam English dipanggil sebagai St. Stephen's Cathedral. Ini adalah church yang tertua di Bandar Vienna ni dan merupakan landmark untuk Vienna atau orang tempatan panggil Wien (German's word). So, kalau datang ke Vienna, tak ke sini trip anda dikira tak sah. hehe..
 
Church ni adalah Ibu gereja untuk penganut agama Kristian (Roman Katolik).  Terletak di Stephensplatz. Gereja ini dibina hasil inisiatif Duke Rudolf IV (salah seorang raja Austria). Gereja ini dibina menggantikan dua buah gereja terawal di Vienna yang telah musnah di atas tapak yang sama. Kiranya, gereja ini asalnya dibina pada tahun 1147. Tower  gereja ni setinggi 136 meter. Dan hiasan dinding, fasad bangunan mahupun interior dalaman gereja ini sangat berseni. Seni ukirannya sangat halus and betul-betul artistic.  
 
Event-event besar di Vienna banyak diadakan di gereja ni. Korang pernah dengar nama "Antonio Vivaldi" tak? Dia adalah composer lagu yang terkenal di Itali dan majlis pengebumian Antonio Vivaldi dijalankan di gereja ini pada tahun 1741.
 
Sekarang gereja ni dibuka untuk tourist. Tapi kalau pengganut agama kristian nak sembahyang pun boleh juga, ada ruang khas untuk diaorang. Masuk dalam ni free jer, tak perlu bayar. Gereja ini sentiasa ada renovation untuk mengukuhkan strukturnya yang dimakan usia.
 
 
Ini bangunan Stephansdom. Berhadapan dengan butik Zara. Masa aku ambik gambar ni, aku tengah berdiri di pintu masuk butik Zara.

 
Ini tower Stephansdom setinggi 136 meter

Selfie. Ini aktiviti wajib untuk dibuat kenangan dalam album menandakan aku dah sampai ke sini. hehe

Fasad hadapan church. Kat dinding tu ada lukisan yang sangat-sangat halus

Ramai giler orang berkunjung ke sini setiap hari

Arca ni aku rasa ada kat mana-mana church yang hebat-hebat

What it means? Can someone tell? ada dinyatakan maksud arca ni kat bawah tu tapi aku tak paham bahasa Jerman.. hehe

When I saw this, .. terus aku terpegun. For those who love architecture, might understand how I felt
 

Roman design..

Ini interior kat dalam.. Besar giler dalaman gereja ni. Mula-mula masuk macam seram sebab ni first time aku masuk gereja yang hebat macam ni, biasanya tengok movie je. Terasa duduk dalam cerita Harry Porter.. hehe

See.. Macam gereja yang Kate  MIddleton & Prince William kahwin pulak rasanya..
 
Ok, ini gereja yang Will & Kate kahwin betul-betul di Gereja Westminster Abbey, London. Macam sama kan dengan Stephansdom

 
Ini lukisan kat tiang-tiang dalam church

Ruang khas yang kecik untuk siapa-siapa dating nak sembahyang

Limit kawasan untuk tourist. Kawasan ini berpagar , so tourist tak boleh lepasi pagar tu. Kalau ada upacara-upacara keagamaan atau upacara lain, pagar ini akan dibuka. Same like "Blue Mosque, Istanbul".

Salah satu ukiran di tiang gereja ini diluar bangunan

 
Gambar dari jauh di Stephanplatz
  
p/s : kalau nak datang ke Stephansdom, hanya naik U-Bahn dan berhenti di station "Stephanplatz", keluar je exit, terus Nampak bangunan besar gereja ni kat depan anda. 
 
Ok, that's all, thank you for reading!
 

Lagu Ketuhanan

Al-Fatihah

 
Takziah untuk keluarga Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kembali ke Rahmatullah semalam jam 9.45 malam. Meninggal malam Jumaat yang penuh barakah, mulia nya Arwah dan sememangnya Arwah terlepas dari azab kubur dan ditempatkan dikalangan para mujahidah..
 
Ketika entry ini ditulis, arwah Tok Guru dah selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi di kampungnya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Dan hari ni juga, bila aku bukak radio, radio banyak mainkan lagu-lagu ketuhanan dan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Dah lama aku tak dengar suara merdu alunan nasyid mendendeangkan lagu memuji Kebesaran Ilahi untuk menghormati pemergian Tok Guru Nik Aziz. Sayu Nye hati dengar, terasa ada ketenangan yang mengalir.  Kan best kalau hari-hari radio kat Malaysia ni mainkan lagu-lagu ketuhanan macam ni.. Boleh mendidik anak-anak dengan lagu-lagu mulia cegini and kita pun dapat pahala sama bila sama-sama ikut nyanyi..
 
InshaAllah, aku doakan industri radio akan berubah ke arah itu suatu hari nanti.


 

Thursday, 12 February 2015

Breastfeeding :: My Latest EBM Stock - Feb 15

Dah baca entry aku pasal EBM (express breast milk) stock yang last month punya?
Kalau belum, boleh baca kat sini..
 
Ini pula ebm stock aku untuk bulan Februari 2015 ni. Kalau last month 1 drawer je penuh, Fberuari ni 2 drawer penuh. Lagi 2 drawer kosong, aku letakkan makanan frozen kat dalam tu macam nugget atau chicken wing, atau karipap segera. Aku kira stok ni 10 Februari lepas. Jadinya, setakat 10 Februari, ada 48 plastic bag yang berisi ebm. Setiap satu beg ada 4 oz. So, total 192 oz. Ada pertambahan sebanyak 22 oz dari stok bulan Januari lalu.
 
Alhamdulillah, ini rezeki untuk FL bulan ini. Produktiviti susu aku tak selalunya bombastic, ada banyak hari susu aku jatuh merundum macam durian yang dah masak jatuh ke tanah. Puncanya, ada banyak sebab. Tapi Alhamdulillah, dengan pengambilan milk booster dan power pumping, produktiviti susu aku kembali kepada kuantiti asal.
 

May Allah swt ease my breastfeeding journey till she turns 2 years old. Perhaps, I could do it.. InshaAllah..

Rise and shine you all,tq for reading =)

Wednesday, 11 February 2015

Travel :: How to make a baby's passport

No Passport, No Ticket

Ok, aku buat passport untuk FL masa umur dia 3 bulan. Anak traveler, pasti lah kena ada passport jugak kan.. hehe.. Sebab FL nak terbang ke Melbourne masa umur dia 4 bulan. Sebelum nak gi buat passport tu, jenuhlah jugak aku blog walking kot-kot ada yang tulis macam mana nak buat passport anak, tapi satu pun tak ada. (sedihh.. sob--sob..).. Ye lah, aku nak tahu lah, apa dokumen yang kena bawak, gambar kena bawak ke tak.. Berapa bayaran dia, and lain-lain keperluan la..

Last-last, aku main redah jer, sediakan segala dokumen even surat nikah aku pun aku bawak sekali ke Pejabat Imigresen sebab nanti bila diminta, senang, bagi jer terus.. Aku pun siap print dan isi 'borang mohon passport baru' dari Laman Web Imigresen. Walhal, tak perlu pun.. Takpe, at least aku dah sediakan payung sebelum hujan..

Btw, aku buat passport ni di Pejabat Imigresen, Putrajaya. Mungkin kalau ditempat lain,lain kot keperluan yang diperlukan .

Ok, ini dokumen yang diperlukan :

1 - Gambar passport. Background putih.
Untuk baby, kita kena ambik gambar passport siap-siap di kedai gambar. Hanya diperlukan sekeping gambar aja. Tapi kalau untuk orang dewasa, tak perlu bawak gambar passport dah, sebab nanti akan diambil di hadapan kaunter buat passport tu, free of charge. Macam buat I/C

Her first passport's pict.

2. Salinan surat beranak
Bawak siap-siap salinan surat beranak 1 keping. Kalau tak nanti, jenuh nak pi cari kedai fotostat.

3. Sediakan duit
Aku buat passport FL utnuk tempoh 5 tahun. So bayarannya masa itu ialah RM 150, separuh dari harga passport dewasa. Dalam tempoh 5 tahun, pasti muka dia berubah kan, jadi kita kena pergi tukar gambar kat Pejabat Imigresen bila nak travel nanti. Bawak siap-siap gambar terbaru..

Bila dah bayar, aku hanya perlu tunggu 1 jam jer untuk passport siap.. Dan ini hasilnya..
Taaadddaaaa..

For sure, nanti nak kena tukar gambar, sebab muka dia sekarang dah lain..

Ok, itu aja.. Terima kasih sebab baca ye kawan-kawan

Travel :: Jalan-jalan Vienna - Part 2

Kisah Part 1 di sini 
 
Sorry lambat update kisah jalan-jalan ke Vienna ni..
Sorry ye..
 So, ini aku sambung kisah Part 2 pulak..
Jom layan gambar..
 
 
Ingat tak aku cerita kat Part 1, yang Vienna ni terkenal dengan music Mozart. Kalau korang jalan-jalan kat Bandar Vienna, nanti ada orang yang pakai baju macam gambar kat atas ni tegur ko untuk promote tiket tengok show Mozart. Diaorang nidatang dari pelbagai company, ada yang pakai baju warna merah macam ni, ada yang pakai baju warna hijau and ada yang pakai baju macam gambar kat bawah ni. So, pandai-pandai lah korang pilih yang mana satu yang paling murah.. Kalau korang student, make sure bawak kad matrik, sebab kat sini akan dapat special price untuk student even untuk public transport.
 

Sangat berseni kan.. Kat Vienna ni banyak arca-arca rupa manusia macam ni. Same like Italy.. Sebab ini bandar seni.. Jadi, kesenian diabadikan dalam bentuk arca serupa gini.

It just a simple cake. Aku sengaja ambik gambar kek ni sebab kek ni besar sangat. Ini kedai jual kek. Dalam kedai ni, macam-macam bentuk kek korang boleh tengok macam dalam cerita "Cake Boss" tu. Kat Malaysia rasanya tak ada lagi kedai kek macam ni. Kalau ada pun, diaorang buat based on request. Tak ade lah nak pamerkan kat kedai macam kedai kek ni buat. Aku tak ambik gambar kek-kek lain, sebab tak dibenarkan, so, yang ini pun curi-curi ambik dari luar. 

Ini kedai sourveniour

Ok, ini salah satu butik kat Stephansplatz. Stephansplatz ni shopping district yang menempatkan butik-butik designer terkenal dan branded macam Louis Vuitton, Channel, DKNY, Zara, Pandora, Omega, Hermes, dan macam-macam lagi lah.

Stephansplatz. Tempat ni memang ramai orang macam kat Bukit Bintang la kalau kat KL ni.

The end of Stephansplatz (platz = street), korang akan jumpa church yang paling besar ni - Stephansdom. Church ni ialah landmark untuk Bandar Vienna. Stephansdom tu dalam bahasa Jerman, kalau dalam English dipanggil St. Stephen's Cathedral. It is the mother church of Roman Catholic. Ia siap dibina pada tahun 1160. Lama giler kan?? Masuk dalam church ni, terasa la berada dalam church zaman kurun macam dalam cerita Harry Porter atau macam kat upacara Pernikahan William & Kate.
 

Selfie depan Stephansdom

Ini jam dinding kat dinding luar Stephansdom. Sangat antik

Ini original from Omega brand.. Jam dinding kat Bangunan Omega

Ini pintu masuk Butik Omega. Juga di Stephansplatz.

Ini stesen U-Bahn Stadpark (Taman Negeri)


Dua gambar kat atas ni diambil di Stadpark. Dah menjadi tradisi aku ketika travel keluar Negara, aku akan singgah di mana-mana taman untuk menikmati pemandangan and at the same time nak berehat sebab penat berjalan. Sambil tu, aku akan makan tengahari / lunch kat taman. Biasanya, aku bawak bekal dari hotel..Nak jimat duit kan..


Selfie kat depan Bangunan Parlimen


Ini Pejabat Pos di Pusat Bandar Vienna. Aku ke sini tak lain tak bukan untuk pos poskad untuk kawan-kawan di Malaysia.. Maybe u will be the next... ??


Ok, itu saja untuk Part 2 ini. Aku rasa dah tak ada Part3 kot.. hehe.. Tapi InshaAllah aku akan update sikit-sikit pasal Jalan-jalan Vienna lagi..

TQ for reading ya..