Saturday, 31 January 2015

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin

Sincerely, aku suka baca blog Dr. SHIKIN, "Life Is Beautiful, Dont Waste It".. Sebabnya, Dr. Shikin selalu bagi info tentang dunia perubatan. Aku tak dapat nak jadi doktor sebab aku dulu takut nak bedah katak,so aku tak ambik subjek biologi masa SPM dulu.. Tu baru katak, bila jadi medical student, kena tidur ngan mayat, bedah-bedah mayat.. Aduuuss, lagi lah tak boleh blah.. 

Masa aku kat dalam wad bersalin dulu, aku tengok gynea jahit aku hidup-hidup.. Tu baru jahit sikit, belum lagi kena belah jantung, ambik paru-paru bagai.. Then , masa tu terlintas kat dalam hati aku

   "nasib baik Allah tak jadikan aku seorang doktor".

Allah swt kan Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap hamabNya..So, jawapannya, aku hanya mampu baca-baca blog and internet je untuk tahu detail pasal dunia perubatan. Nasib baik Dr.Shikin selalu cerita kat blog dia. Tq Doc. 

Aku suka baca blog Doc. Jadinya, jom kita ramai-ramai join Segmen Berkenalan by Dr.Shikin




Saya recommend  ini (tag): Effa Aziz

Friday, 30 January 2015

Banyaknya botol nak basuh...

Banyaknya botol susu nak kena basuh.. Ni lah rutin aku setiap malam (weekdays jer). Peenaaat woooo... Penaat berdiri..

Banyak sangat botol dibasuh setiap hari, sampai berus basuh botol selalu bertukar-ganti, tak kekal lama sebab terlebih bekerja. Latest, aku guna berus botol jenama Bebe Confort. Lama lah jugak boleh bertahan so far. And aku guna span basuh pinggan tu jugak.

Sebelum tidur, aku kena pastikan botol-botol ni terbasuh dengan sempurna dan sterilize sebelum aku masuk tidur. Kalau tak, tidur ku tak tenang, nanti termimpi-mimpi botol susu tak basuh lagi.. (drama sangat kooo...). Tapi kalau aku penat sangat, aku tak basuh gak, esok-esok baru aku basuh.

Setiap hari ada 13 botol yang nak kena basuh: 
■ 6 storage bottles - yang dihantar ke rumah babysitter
■ 6 storage bottles - yang mummy pam susu sepanjang hari
■ 1 botol susu jenama MAM

Lepas dah basuh, aku terus steril kan semua botol-botol tu. Biasanya kena buat dua trip, baru dapat steril semuanya

Ok, thats all for today.
Thank you for reading this entry k, loves u all =))

Wednesday, 28 January 2015

Lisa Surihani Mengandung

Baru-baru ni aku terbaca satu news paper article, article tu pasal Lisa Surihani dah preggy. Tapi statement ni belum dapat lagi pengesahan dari tuan punya badan. 

Baru lagi die preggy, masih awal lagi lah, belum cecah 3 bulan lagi.So, Lisa pun tak nak la lagi keluarkan apa-apa statement, awal lagi. Tapi aku pun tak tahu kesahihan berita ni. Sama- sama lah kita tunggu berita gembira ni dari Lisa sendiri. Aku pun tak sabar nak tengok cahaya mata dieorang.

  

Monday, 26 January 2015

Simpan Darah Tali Pusat

Dulu aku tak tahu langsung pasal tali pusat ke atau darah tali pusat atau orang panggil stemcell. Sampailah aku pergi kelas antenatal, ade satu slot pasal stemcell. Then, dari situ baru lah mata aku terbukak luas-luas pasal darah tali pusat ni.

En.suami dah tahu lama dah pasal ni tapi die diam jer tak habaq kat aku sebab nya die tak tahu hukum pasal simpan stemcell lagi. Then, lepas tu kami suami-isteri berusahalah cari maklumat pasal stemcell ni, termasuklah dari sudut hukum syarak.

Dari hasil soal-siasat, hukum simpan tali pusat & darah tali pusat adalah HARUS. Lagipun, banyak faedah bila simpan stemcell ni. Tali pusat yang aku maksudkan dalam entry ni ialah tali pusat yang panjang-panjang yang ade dalam womb kita masa kita mengandung yang bertujuan untuk salurkan nutrien pada si anak kat dalam rahim, bukan tali pusat kat perut masa si anak dah lahir tu tau. Dan darah tali pusat pulak ialah darah di sepanjang salur tali pusat (yang kat dalam rahim tadi).
Ini stemcell kit aku untuk collection masa aku bersalin. Masa antenatal check-up dengan gynea di bulan-bulan terakhir tu, aku dah bagitau kat my gynea yang aku nak simpan stemcell, so gynea suruh aku contact Company Cyro Cord. "No. contact mintak kat nurse di kaunter", katanya.

Lepas dapat kit ni, aku hari-hari bawak naik kereta. Mana tau ter-'accident' nanti bersalin awal ke, tak sempat dah nak balik umah ambik kit ni. Sebab kit ni kena bawak sekali masuk dalam labour room. Melangkah masuk je dalam labour room, terus bagi kit ni kat midwife, then, dia tahu lah nak buat apa dengan benda ni sebab hospital yang aku bersalin ni, hari-hari buat collection darah tali pusat. Jadi, diaorang dah biasa dah. Bila dah selesai urusan bersalin dan collection pun dah dibuat letak dalam kit ni, aku terus telefon consultant Cyro Cord yang assist aku tu. Then, transporter diaorang datang ambik untuk dibawa ke pusat penyimpan di Cyberjaya.


Antara kebaikan simpan darah tali pusat dan tali pusat ni ialah ;

♥ dapat merawat penyakit kronik yang melibatkan darah macam kanser darah , thalassemia , anemia, leukemia, & etc pada masa akan datang

♥ dapat merawat penyakit kronik yang lain macam stroke & penyakit jantung pada masa akan datang

♥ boleh guna untuk buat transplant pada masa akan datang

♥ bukan pemilik darah & tali pusat tu jer yang boleh guna, tapi untuk mummy & daddy , adik-beradik, datuk & nenek, selagi gen nye sama.

So, kalau sesiapa dalam family yang ada penyakit kronik atau baby tu sendiri yang ade apa2 masalah kesihatan pada masa akan datang, nak kan darah, atau nak buat transplant atau apa2 jer untuk tujuan nak rawat penyakit yang dihidapi  tu, boleh lah guna stem cell yang disimpan ni.

Aku simpan stem cell ni kat Company CryoCord. Simpanan tu selama 21 tahun, lepas 21 tahun kalau tak guna gak stemcell tu, depends pada kita la nak buat apa dengan stemcell tu samada nak terus simpan, atau nak lupuskan atau nak sedekahkan kat orang lain. Penyimpanan stem cell ni kat dalam tong cecair nitrogen dengan suhu -190°C.

Kalau korang berminat nak simpan gak, boleh la contact mana-mana consultant Cyro Cord untuk dapat maklumat detail.


P/s ;
1. Sepanjang aku tulis kat atas ni, aku stated "tali pusat" & "darah tali pusat". Sebabnya simpanan untuk dua benda ni adalah berbeza dan separate. Kalau kita ambik pakej untuk simpan tali pusat jer,  so tali pusat je la yang akan disimpan. Kalau ambik pakej untuk simpan darah tali pusat jer, so darah je la yang akan disimpan. Kalau ambik pakej simpan dua-dua, so dua-dua benda ni yang akan disimpan. Aku ambik pakej untuk simpan dua-dua ni..


2. Hanya hospital swasta jer yang benarkan untuk buat penyimpan stem cell ni. Hospital goverment belum boleh buat lagi.

Ini consultant from Cyro Cord. Puan Saliha nama dia. Masa ni kitaorang tengah consult untuk simpan stem cell ni. Discussion santai-santai jer kat Secret Recipe. Lepas sign borang and bayar, dia terus bagi kit tu kat aku.

Alhamdulillah, sekarang aku ada "identification card" yang menyatakan aku ada simpan stemcell di Cyro Cord. 

Itu saja perkongsian tentang stemcell ni. Harap dapat bagi info pada yang memerlukan.
TQ for reading this entry  =))
  

Segmen Bloglist by Cik Manis

Jom ramai- ramai kite join segmen bloglist yang adik Nur Inani buat ni..



Macam mana? Bukak blog Nur Inani, and follow arahannya kat situ. Semudah kacang jer kan.. hehe

Sunday, 25 January 2015

Mencari anak susuan

Sedang aku intai-intai ke blog orang lain, Aku ternampak satu entri ni. Si pemilik blog, Atiqah Hanim sedang mencari anak susuan sebab stok EBM ( express breast milk) die melimpah-limpah sehingga hampir nak penuh deep freezer rumah dia. 

So, dia dengan baik hati dan ikhlas nak dermakan susu-susu tu kepada sesiapa yang memerlukan.. Untuuung woooo, dapat jimat duit, tak yah beli susu tepung (read : susu formula) yang super-duper mahal. 

Jadi, jika ade sesiapa yang berminat nak dapatkan stok susu ibu tersebut, ataupun ada kawan-kawan ke, saudara-mara ke,  boleh lah contact Pn. Atiqah Hanim di blog dia - www.sihatmacamyaya.blogspot.com


 

Thursday, 22 January 2015

Travel :: Jalan - Jalan Vienna - Part 1



Trip : Februari 2014

Vienna, ibu negara Austria. Aku kesini naik flight dari Amsterdam guna KLM Airways. Kat Austria ni Bahasa Ibunda depa ialah Bahasa Jerman sebab negara ni sebelah dengan Jerman. Bila dieorang sapa aku, dieorang guna Bahasa Jerman, aku pun terganga "Arrrrrrr", then dieorang baru guna Bahasa Inggeris. Kat sapa-sapa pun, dieorang akan guna Bahasa Jerman dulu as 1st language. Kalau ko tak paham, baru dieorang translate, tak kira lah muka ko macam Mat Bangla sekalipun, dieorang tetap akan guna Bahasa Jerman dulu. Berbelit gak lidah aku nak sebut satu-satu word tu..

Vienna sangat terkenal dengan mozart. So, people called it as "A city of mozart". Kalau sesiapa yang minat muzik, elok la datang ke Vienna, sebab boleh belajar banyak benda pasal muzik kat sini. School of Music kat sini sangat famous, boleh dikatakan paling famous kat  Eropah. The history of music and the art of music semuanya boleh belajar kat sini. Siap ada Muzium Muzik lagi kat sini. So, aku suggest kat Siti Nurhaliza & Yuna, silalah datang sini. Dieorang tak baca blog aku ni. Jadi, korang tolong sampaikan kat dieorang k.

Bila berjalan kat Bandar Vienna ni, banyak orang promote untuk teater / show mozart kat sini, show tu kat Opera House. So, rugi lah kalau tak tengok show tu kat sini. Bukan senang, sebab kat tempat lain tak ade wooo. Macam tengok kat Istana Budaya la gitu. Aku hari tutak tengok pun sebab tiket bapak mahal, dalam 50 euro, kalau convert duit kite dalam RM 250 seorang. Mana aku nak cekau duit sebanyak tu semata-mata nak tengok teater musikal. Owwhh!! tidaklah, banyak benda lain lagi aku nak buat dengan duit RM250 tu.. 

Lagi satu, Vienna ni terkenal dengan agama "Jewish". Dikatakan, Vienna ni tempat "The Father of Mary" (Ayah kepada Maryam atau Datuk Nabi Isa). So, history kat sini sangat terkenal dengan artifak-artifak peninggalan zaman Ayah Maryam.

Aku ke sana selama 3 hari. Then, after that aku ke Istanbul pulak. Sepanjang kat Vienna 3 hari ni, aku sempat la pusing 1 bandar. Mod pengangkutan aku kat sini ialah Tram, Bas Hop On Hop OFF dan Subway atau orang kat sini panggil "U-Bahn".

So, ni aku jamu dulu Part 1 gambar-gambar area Vienna, nanti aku sambung pulak dalam Part 2.

Bangunan Parlimen


Nak ke Bangunan Parlimen ni, naik U-Bahn (Line U2) berhenti kat stesen "Rathaus". Atau naik tram No.2 & 46 menuju ke Ottaking, then stop kat di stesen "Parlament"


Shopping district in Vienna
Nak ke shopping district ni, naik U-Bahn (Line U1 / U3, stop kat stesen "Stephansplatz"

Opera House Vienna
Nak ke sini, naik U-Bahn (Line U1), stop kat stesen "Karlsplatz", then exit ke Opera House. Atau naik tram No.1,2,62,71 berhenti kat stesen "Kartner Ring"




 Pusat Bandar Vienna
Nak ke Pusat Bandar ni senang jer, naik je U-Bahn dan berhenti kat stesen "Karlsplatz"

 Kereta Kuda kat Vienna. Mahal gak harga ni dalam 20 euro


Riesenrad - giant ferris wheel
Nak datang sini, naik Tram No.0 & 5 dan U-Bahn Line U1 & U2, berhenti kat stesen Prater


 Kunst Haus Wien - Museum Hundertwasser
Aku suka bangunan ni, unik dan pelik sebab tak ade simetri. Memang betul-betul art. 
Nak ke sini, naik Tram No.1 & O, stop kat stesen "Radetzkyplatz"



House of Music

Padlock - Lambang Cinta Abadi
Padlock yang dikunci kat atas jambatan macam ni memang famous kat negara Barat. Dieorang tulis la nama dieorang (ko & pasangan ko) kat atas padlock tu & lock kan kat tiang macam kat dalam gambar. Kunci tu ko sendiri pegang. Ibaratnya love ever lasting gitu. JIka padlock nya terbuka, means cinta dieorang akan musnah, tak kekal lama.. Gitu la.
Gambar ni kat Stadpark




Stadpark - Taman Negeri
Nak datang sini, naik U-Bahn  (Line U4) stop kat station "Stadpark"

Tram - one of the transportation mode in Vienna

Kalau nak pergi ke Bangunan Parlimen, naik tram berhenti kat station ni .
Ini signboard station kat sana



 The Kunsthistorisches Museum - Museum Sejarah Vienna
One of the world's largest and important museums.
Nak datang sini, naik U-Bahn (Line U2, berhenti kat stesen "Museumsquartier" atau Line U3 stop kat stesen "Volkstheater". Naik tram pun boleh jugak, tram No. D, 1, 2

 



The Naturhistorisches Museum. 
Located in front of Kunsthistorisches Museum



Ok. itu saja... Nanti kite jumpa kat Part 2 plak k..
Thanks for reading

Wednesday, 21 January 2015

Her new car seat

Semalam secara rasminya, FL dah bertukar ke car seat yang baru, yang lebih sesuai dengan usia dia hari ni. FL dah 7 bulan sekarang, dah boleh crawling and can seat by her own..

So, dia dah tak nak duduk dalam car seat baby dia tu.. Bila letak dalam car seat yang sebelum ni, dia nangis-nangis, bangun and nak keluar dari car seat tu. Kan bahaya bila mummy tengah drive.. So, solusinya bertukar la ke car seat baby tua.

Ini car seat lama tu. Car seat ni direka khas untuk infant sampai umur 6 bulan. Tapi FL terlebih 1 bulan duduk dalam car seat ni. Car seat ni mummy letak kat depan, kat seat passenger sebelah driver supaya senang mummy nak calm kan dia bila dia menangis


Bila keluar makan kat luar, kami pun bawak gak car seat ni sekali sebab senang nak letak FL. SO, mummy & daddy pun dapatlah makan dengan tenang.. 
(p/s : Masa ni FL umur 3 bulan)

Ini gambar last week, masa ni dia dah boleh bangun dah dari pembaringan dan berusaha sedaya mungkin nak keluar dari situ. Nasib baik dari safety belt penyelamat keadaan. 
Lastly, mummy kene stop jap kat tepi jalan calm kan dia & pujuk-pujuk dia..
(mencaaabaaaar betul )

Inilah dia car seat FL yang baru. Buat pertama kalinya, dia terpaksa duduk sorang-sorang kat belakang. Mula-mula meronta jugak, so mummy terus jadi penyanyi keluarkan suara saprano, dia terus diam sambil nyanyi dengan mummy and tepuk tangan, last-last dia tertidur walaupun peeching mummy lari. Masa on the way balik pulak, dia ok je, mungkin dah boleh independent duduk sorang-sorang kat belakang


Bila daddy bawak kereta, FL akan duduk dalam car seat ni kat belakang dengan mummy. So, bila travel mana-mana naik kereta, mummy ada chance nak tidur jap bila FL bertenang. Ataupun mummy ambik peluang untuk pam susu.. 
(kene pandai- pandai curi masa untuk buat stok ebm)

Monday, 19 January 2015

Eczema :: Aqueous Cream vs Aqua Cream

Aku merupakan pembawa eczema, baka diwarisi dari zaman nenek moyang aku. Semua orang dalam famili ade eczema, ade yang tak serius , ade yang serius. Depends la. So, kami 1 famili dah biasa dah dengan perkataan "Eczema" ni. So, no wonder la my baby gurl, FL pun dapat eczema jugak, tempias dari mummy dia. 

She has been diagnosed with eczema since she was 2 months old. That time, i applied a Johnson & Johnson lotion on her skin. But, few weeks after that, her skin became irritated. Thus, i took her to see her paeditrician and Paed said that she had an eczema. Then, Paed gave me "Aqua Cream" that need to apply to her skin during bath time and after bath. Alhamdulillah, everything going smooth after that. 

Paed also told me that try not to give my daughter a steroid base medication / cream. Because it will ruin the baby's skin. Once your bby's skin been affected by steroid, it will automatically ruin the skin and takes a long time to cure, might be untill she will be an adult. So, the best treatment for eczema is only the moisturizer which means the baby's skin need to be moisture all the time, tak boleh biarkan skin tu kering. Bila skin kering, senang dapat rash and it intend for slow recovery. And aqua cream is one sort of moisturizer.


 
Aqueous Cream vs Aqua Cream


 Aku ingatkan aqua cream ni sama dengan aqueous cream sebab dua-dua guna untuk eczema. Then, masa stok Aqua cream FL habis kat umah, aku pun ke Watson untuk beli stok baru. Biasanya, memang aku beli 1 botol besar ni. 

Then, bila sampai di Watson aku pun tanyalah kat chemist kat situ pasal aqua cream, and die tunjuklah yang itu (aqueous cream). Aku pun terus ambik dan bayar sebab ku ingatkan sama je dari segi isi kandungan nya dan fungsinya , mungkin berbeza dari segi ejaannya. hehe.. Nak pulak, aqueous cream ni murah giler dalam RM 19.00 jer sedangkan aqua cream dalam RM 50 satu botol.

 Then, balik umah, aku pun sapukan aqueous cream tu kat skin FL, selang 2,3 hari skin die jadi rash. Rash tu cume naik kat tempat yang aku apply cream tu jer. Then, aku terus stop. Pastu pergi farmasi lain cari aqua cream jugak. Balik umah, sapu skin yang rash tadi ngan aqua cream, esokkannya skin die ok bit by bit. After 1 week, jadi flawless dah semula..

 So, sememangnya "aqua cream" dan "aqueous cream" ni sangat-sangat berbeza. Isi kandungan berbeza, harga pun berbeza cuma sama dari segi fungsi untuk merawat eczema. Aqueous cream mengandungi paraffin dan aqua cream mengandungi paraben.

This is the worst so far. This pict was captured when we went back to our home town during flood last month.

*** Besides this cream, i also applied her other products as well but will try to explain about it later. Nanti lari tajuk pulak.. hehe

Saturday, 17 January 2015

Travel :: Mosque in Vienna

Hidaya Mosque in Vienna, Austria is one of the Islamic Centre in Wien City. Located at Praterstrabe, No.52. "Strabe" is a German's word which mean "street". 

 
The entrance


 
Have to walk up the staircase first 'coz the prayer room is located at the 1st floor

To get here, take the U-Bahn / underground (U1 Line) and stop at "Nestroyplatz Station"

Friday, 16 January 2015

Bila anak demam......

Bila anak demam..

  1. Mummy susah hati


Bila anak demam...

  2. Dia asyik meragam jer


Bila anak demam...

  3. Dia nak dukung jer


Bila anak demam...

  4. Dia nak melekap jer dengan mummy


Bila anak demam....

  5. Die kurang selera makan


Bila anak demam...

  6. Satu kerja pun mummy tak boleh buat,
           because I have taking care of her 24/7


Bila anak demam...

  7. Sometimes, my tears also falling down sebab  sedih tengok dia sakit


FL - please get well very soon sayang 'coz mummy do loves you so much and mummy loves to see U playing around and do some talking.. 
May Allah bless you always sayang

Saturday, 10 January 2015

Blog Walking ; Jalan-Jalan Cari Makan

Aku tercari cari tempat makan yang best.. Program "Jalan-Jalan Cari Makan" kat TV3 tu memang jarang sekali lah tengok sebabnya hari Ahad - hari ahad biasanya keluar berdating  dengan en suami & anak. Kalau  ade kat umah pun, time tu tengah sibuk cuci kain dan masak memasak. So memang tak ade sangat peluang keemasan nak tengok cite tu..

Thus, aku pun tanyalah kat pakcik google trmpat makan yang best. And aku terjumpa blog ni "jalan jalan cari makan". Maklumat lengkap, siap ade gps coordinate lagi di bagitau. So, lepas ni, senang la nak cari tempat makan, click je blog tu terus drive ke meja makan...

Thursday, 8 January 2015

Breast Feeding :: Latest EBM stock

This is my latest ebm ( express breast milk ) stock. Update on January 7th, 2015. Untill now, I have  170 oz.. Each storage bag contains 4 oz, but got a few of 5 oz in each bag.. So total, 170 oz..

I knew this not a huge stock as other people did but that is enough for my baby.. I store my ebm in my upright deep freezer.. Only one drawer full with milk, other 3 drawers are nothing, so I place an ice brick in it. Before this, I could have 3 drawers full with my ebm but it had decrease over time due to slow production and high demand ==(((.. 

Why I put 4 oz each bag?? Because it easy for me to transfer into the storage bottle everyday. She just drink 4oz per session. SO, I just take a few bag (depends on how long I leave her), and straight away transfer into storage bottles..

 

Monday, 5 January 2015

Travel :: Mosque in Melbourne

Albanian Mosque at Drummond Street, Melbourne. Was built in year 1969. Located in the heart of Melbourne City Centre and in the centre of residential area. The nearest trams station to get here is the "Curtain Station".
 
 
 

Inside the mosque

In front of the mosque

the neigbourhood


Surrounding area

How I prepared my baby's food during flood

Masa flood hari tu kat kampung, tak ade electricity. So food processor kesayangan tak dapat digunakan. Even nak masak nasik pun kena guna cara manual a.k.a dapur gas. Kalau aku masak nasi guna dapur gas, memang jawabnye makan nasi bakar la.. Memang tak lepas masak nasi. Nasib baik mak mertua aku tak pernah tengok aku masak nasi guna arang dapur.. hehe..

Ok, so terpaksalah aku masak makanan anak dara kesayangan ni guna dapur gas jugak, cara manual. First time ok. By hook or by crook, aku terpaksa jugak, kalau tak kesian anak aku meraung kelaparan.


Juadah kali ni - pumpkin atau orang kampung aku panggil labu.


Mula-mula potong buah labu ni dan buangkan rambut die yang kusut masai tu.



Lepas tu, basuh and rebuskan kat atas dapur gas.




Then, lenyek-lenyekan pumpkin tu dengan sudu sampai jadi halus.Means that, sehingga boleh dimakan oleh anak lah..

 

Tang-tang... dah siiiiaaaaaappppp... Remember, periksa dulu suhu makanan sebelum bagi makan..


 
*** senyuumm from ear to ear  =))